Saturday, June 21, 2008

PTS Sibuk Menerbitkan Buku Apa Sekarang

Editor-editor PTS Islamika dan PTS Millenia saat ini sibuk menyiapkan buku-buku yang akan mula dihantar ke kedai-kedai paling lewat 2 minggu sebelum tiba bulan Ramadhan.

Trend pasaran buku-buku agama menunjukkan peningkatan ketara sebulan sebelum bulan puasa dan sepanjang bulan puasa.

Malah, pada masa ini pesanan untuk buku-buku seperti Ramadan Tetamu yang Dirindui sudah mula diterima, sejauh dari Singapura.

Dalam keadaan seperti sekarang para editor sibuk dengan proses menerbitkan judul-judul baru dan juga mengulang cetak judul-judul lama. Inilah kelebihan buku-buku agama, ia dapat diulangcetak tiap-tiap tahun.

Penerbit-penerbit buku masakan pula sekarang ini sibuk dengan kerja-kerja pra-cetak sebab buku-buku masakan jauh lebih rumit dan mahal proses penerbitannya. Bukan itu sahaja, setiap tahun mereka perlu menerbitkan buku masakan baru, tidak boleh mengulang cetak buku masakan tahun-tahun lalu. 

Selepas habis sibuk-sibuk menerbitkan buku-buku buat pasaran bulan puasa dan hari raya, para editor sibuk pula menguruskan penerbitan buku-buku buat pasaran musim haji. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Novel Cinta PTS Previous entry: Tip Survival Kedai Buku: Tiru SARJANA MEDIA

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: