Friday, March 28, 2008

PTS Taja Pameran PEKOMIK Sempena Pesta Buku

Persatuan Penggiat Komik Malaysia (PeKOMIK) akan mengadakan 'Pameran Folio Ilustrator Malaysia 2008' di ruang legar PWTC sempena Pesta Buku 2008.

Pameran akan berlangsung sepanjang pesta buku. Sebanyak 50 panel pameran akan disediakan. Pameran ini bertujuan memberi ruang dan peluang kepada pelukis mengetengahkan hasil kerja mereka kepada penerbit yang mengambil bahagian dalam pesta.

Majlis perasmian akan diadakan pada hari Sabtu 5 April 2008 jam 10:30 pagi.

PeKOMIK menghimpun dua acara dalam satu perasmian iaitu 'Pameran Folio Ilustrator Malaysia 2008' dan 'Lukisan Komik Terpanjang'. Kain rentang sepanjang 400 meter akan dilukis oleh pelukis kartun, komik dan animasi di ruang legar PWTC yang boleh disaksikan oleh semua pengunjung. PeKOMIK sedang berusaha mendapatkan pengiktirafan daripada Malaysia Books Of Record dalam acara Lukisan Komik Terpanjang ini.

Sempena pameran, PeKOMIK menyediakan satu panel khas bagi mengingati jasa dan kebaikan arwah Ahmad Zafran terhadap persatuan dan kenalan. Panel ini akan memperkenalkan serba sedikit perjalanan hidup Allahyarham.

Pengarah pameran adalah Tuan jOnOs

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Hura-hara di PTS Menjelang Pesta Buku Previous entry: Peringatan! Jangan Menterjemah Sebelum Mendapat Lesen Hak Terjemahan
naga  on  03/18  at  06:51 PM

PTS juga menaja MASKARA.

husni  on  03/18  at  09:01 PM

Salam.

Pada pendapat sifu, adakah perlu suatu hari nanti wujud sebuah institusi latihan penulisan seterusnya melahirkan ramai penulis berkualiti. Bagaimana pula kalau wujud sebuah syarikat yang memberi peluang pekerjaan sebagai penulis sepenuh masa, syarikat membayar gaji, menyediakan segala kemudahan seperti komputer dan buku rujukan, memberi kursus dan bengkel serta membantu menerbitkan buku-buku tersebut. Selepas buku tersebut diterbitkan adakah wajar royalti dibayar kepada penulis berkongsi 50/50 dengan syarikat? Sekian.

...........

Nota Sifu: Dalam dunia bisnes penerbitan, idea seperti itu tidak praktikal. Jika idea itu bagus dan menguntungkan, tentu sudah banyak penerbit buku di dunia yang mengamalkannya.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/19  at  11:28 AM

Assalamualaikum,

Terima kasih sifu dan pihak Unika atas siaran ini. Kami (PeKOMIK) mengucapkan ribuan terima kasih kerana PTS telah banyak memberi ruang dan peluang serta sokongan kepada kami.

Hanya Allah s.w.t akan membalas segala budi baik kepada seluruh warga PTS.

Amin!
jOnOs
http://www.pekomik.com

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: