Tuesday, March 20, 2007

Puisi Komunikatif

Apakah maksud apabila sesuatu itu dikatakan bersifat 'komunikatif'? Maksudnya, mesej yang disampaikan dalam puisi itu terang dan jelas, sehingga orang biasa-biasa pun faham.

Jika sesebuah puisi itu sukar difahami, sehingga pembaca cuma dapat meneka-neka apa agaknya yang cuba disampaikan oleh pengarang, maka puisi seperti itu tidak komunikatif.

Barangkali, salah satu faktor yang menyebabkan buku-buku puisi Melayu sukar dijual adalah ciri puisi-puisi Melayu yang kurang komunikatif, menyebabkan puisi-puisi itu sukar difahami.

Hmmm... Siapa pula yang mahu membayar RM20 bagi menyusahkan otaknya...

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Puisi
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Plus Plus Menulis Buku Cerita-cerita Agama Previous entry: Ada-ada Sahaja: Ketirisan dan Rasuah dalam Dunia Teater
Siti Hajar  on  03/24  at  11:16 PM

Assalamualaikum Puan,

Saya suka puisi yang sekali dibaca sudah tahu ceritanya daripada yang perlu saya baca berkali-kali dan berfikir-fikir apa yang hendak disampaikan oleh penyair itu.

Puisi yang mulanya memikat dengan kata-kata atau ceritanya akan akhirnya difikirkan juga makna yang tersirat. Yang penting, puisi itu, apabila disemak seimbas berjaya memanggil-manggil jiwa minta dibeli. Reka letaknya juga harus mampu menjemput wang dari dompet.
——-

Web Sutera  on  03/24  at  11:31 PM

Puisi yang wangi, bak kata sdr Mya Marja

Puan Ainon Mohd.  on  03/25  at  07:02 AM

Sdr Siti Hajar,

Saya pun seperti sdr juga, saya tidak suka puisi yang menyusahkan saya, sebagaimana saya tidak suka apa-apalah yang menyusahkan otak saya… apa-apa yang tidak komunikatif.

Saya mahukan puisi yang maknanya biasa-biasa sahaja, tetapi ditulis dengan bahasa yang memberikan saya pengalaman linguistik baru, yakni susunan perkataan yang saya belum pernah baca.

Hmmm…bak puisi Sdr KSI: Tuan kata, berikan daku jiwa!

Cik Siti oooi!!! Mana dia puisi cinta Cikpuan yang baru?

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: