Wednesday, March 28, 2007

Puisi-puisi Penawar Duka

Dimaklumkan kepada anggota tim penyair Islami PTS, mulakanlah menulis puisi-puisi bagi perempuan-perempuan yang sedang dirundung duka, luka, kecewa, putus asa dan melara, supaya terus tabah dan bangun semula....

KE PADANG KEHIDUPAN
Kamal

Selamat datang ke padang kehidupan
Berhati-hatilah ketika melangkah
Di sini, harum kembang dan bisa duri
saling bersilangan.

Perjalananmu baru bermula
Langkah pertama pembuka semangat
Usah diingat rindu yang sarat
Gantunglah ia ketika sempat.

Aku akan melihatmu dari jauh
Jatuh dan bangun pasti kautempuh
Kesatlah air mata yang jatuh
Di padang kehidupan ini
Kau akan menjadi lebih mengerti
Kehidupan ini bukannya mimpi
yang indah tidak akan terus menanti.

DIA LELAKI YANG MEMBUNUH CINTAMU
Kamal

Dia telah membunuh cintamu
dengan pedang dustanya.

Menjaja cinta ke mana jua
Masihkah dia yang kaucinta?

Dia membisikkan sayang dan rindu
buatmu penuh syahdu
lalu kaukunyah dengan melulu.

Yang kauinginkan hanya kasihnya
Yang kauterima hanya derita.

Kuburkan sahaja rasa cinta itu
sebelum perlahan-lahan
dia membunuh jiwa sucimu!

AKU TERLALU TERLUKA MELIHATMU BEGITU
Kamal

Aku terlalu terluka
melihatmu begitu
Seakan telah kauhilangkan
matahari dari hidupmu
Kegelapan di mana-mana
Bagai sebuah kematian sebelum saatnya.

Aku mahu kausenyum kembali
bercerita tentang dirimu dan impian
yang kaulakarkan di kanvas harapan
Palitkan kembali warna keriangan di wajahmu
Tabahlah merentasi segala dugaan.

Aku terlalu terluka
Jika kau terus begitu
Membiarkan waktu berlalu
dan memberikan kemenangan
pada sebuah kegagalan lalu.

ENGKAU AKAN LEBIH BAHAGIA TANPANYA
Kamal

Engkau selalu bertanya
mengapa cinta hadir
andai hanya untuk melukakan?
Bisa kenangan itu meresap
dan menyesakkan perasaanmu,
meluluhkan.

Inilah hakikat, jodoh pertemuan
ketentuan tuhan
Jika terus menyayanginya
hanya menambah lara di jiwa
Engkau perlu bersedia melepaskan
apa yang tidak kaumiliki
dengan rela hati.

Pujuklah hati sendiri,
cinta itu bukanlah abadi
andai tuhan mengkehendaki
jalan hidupmu begini.

Tidak akan tuhan
anugerahkan dugaan
jika dirimu tidak tertanggungkan.

Engkau akan lebih bahagia
tanpanya, sebagaimana dia
lebih berbahagia tanpamu!

SEHARI LAGI WAKTU TELAH BERLALU
Kamal

Jika begitulah pengakhirannya
engkau hanya menyiksakan jiwa
yang kudengari hanya suara kesedihan
yang berlantunan di ruangan hati
saat kuhampiri dirimu
yang kaku penuh keliru.

Hari berlalu dalam senyap
kesunyian di mana-mana
untuk apakah lagi kesedihan itu, sahabat?

Aku ingin memimpinmu kembali
ke jalan asal,
menginsafi segala yang terjadi
bukankah hidup kita harus dalam
redhaNya, sahabat!

Sehari lagi waktu telah berlalu
aku tidak mahu hatimu menjadi
sekeras batu,
menyagat kewarasan dirimu
melupakan tuhan yang satu!

Cahaya di Hujung Gelita
Kamal

Kaunantilah kilau bintang
Mergerdip di hujung malam
Walau guruh di hati
Masih belum reda
Menikam segenap rasa.

Kesetiaan bukan lagi taruhan
Untuk hati melepaskan sayang
Pada rindu yang enggan bertandang
Sesudah kasihnya hilang.

Pasti ada sinar
Di penghujung lara
Memercikkan cahaya bahagia
di gelita jiwa.

LEPASKANLAH JANJI-JANJINYA
Kamal

Lepaskanlah segala janji-janjinya
daripada terus memasung dukamu
Kau harus lebih yakin
Menepis bilah sengsara
tanpa dibayangi sangsi dan ragu
yang meluru di pintu hidupmu.

Segala tangisan dan air mata
adalah kurnia dari-Nya, mendewasakan diri
untuk lebih bersedia mengatur langkah
ke gerbang bahagia yang seharusnya
kaupunyai selama ini.

Seribu hirisan luka semalam
jadikan sejarah diri
untuk lebih dimengerti
yang dinanti tidak akan
kembali lagi.

HARI YANG INDAH UNTUK KAU BERSENDIRIAN
Kamal

Setelah terlalu penat memikul beban
Engkau berdirilah menghadap awan
Yang telah seharian memuntahkan hujan
Burung-burung berkicauan riang
Menyambut hari indah yang menjelang.

Seindah ini warna alam
telah kaulepaskan daripada pandangan
sedang mata asyik tertikam
sisa-sisa duka semalam.

Lukiskanlah corak terindah di hatimu
Senyumlah, menghadapi hari esok
walau telah terpeta jejak duka
di tubir nasib dan bahagia entah
bila akan menjelma.

Hari ini amat indah untuk kau bersendirian
Bukalah pintu-pintu bahagia
Yang telah sekian lama kauhilangkan kuncinya
Pada kelmarin yang sengsara.

Kembalilah mengatur langkah
Menghapus gundah
Untuk hari esok yang lebih indah.

BUAT LELAKI YANG MELUKAKAN HATIMU
Kamal

Genderang musim bunga
Berlantunan di danau hati
Kini telah pergi membawa
Segala mimpi.

Buat lelaki yang melukakan
hatimu, terimalah salam kemaafan itu
agar hatimu lebih tenang
menatang kasih baru yang datang

Gendang semusim cinta
Biarkanlah ianya berlalu
Walau getarnya masih terasa
Di sudut memori pilu.

Pasti akan kautemui nanti
Seorang lelaki, lebih memahami
Dan kasihnya seharum wangian di syurga
Milikmu berdua.

KAU HARUS KEMBALI MENJADI BERANI
Kamal

Tangan-tangan hitam itu
menutup mulutmu menjadi bisu
sehingga engkau tidak mampu
memilih antara bahagia
atau berterusan di rantai sengsara.

Telah sekian lama
kauusung derita itu
menjadi api yang membakar diri
Kini kau harus bersuara
dan melangkah pergi
meninggalkan ruang derita.

Marilah ke pantai bahagia
biar ombak membilas segala derita
Pasti siulan camar
mampu membuatmu terlena
dari memikirkan sejuta kesakitan
yang membelit jiwa.

Kau harus bersuara
dan kembali menjadi berani
melangkah, tanpa memandang kembali
detik-detik kelam yang memenjarakan diri
selama ini kerana sayangmu padanya
tiada ertinya lagi.

USAH BERHENTI MENYINTAI DIRIMU
Kamal

Sesekali dalam hidupmu
Pasti akan kautemui
Mendung duka
Melintasi jendela hidupmu.

Lalu kau tersentak, keliru
dan meluru ke pintu sendu
Menghitung nasib, tercari-cari
di mana silapnya segala derita.

Redhalah dengan ketentuan-Nya
Pasti akan kautemui nikmat melimpah
Sesudah gerimis duka datang mencurah.

Walau di mana dikau melangkah
Teguhkan keimanan, paculah ikhtiar
Pasti kautemui jalan keluar.

Usah berhenti menyintai dirimu
Walau dirimu diduga selalu!

DIA TIDAK SEMESTINYA MENANG
Kamal

Hatimu terhempas lagi
ke lantai duka
setelah kautatang segalanya
tanpa syarat.

Namun perpisahan
tidak perlu punya sebab.

Kini kau harus menarik
satu persatu selumbar pilu
yang tertanam di sudut hati.

Usah menggigil menghadapi
hari baru tanpanya.

Dia tidak semestinya menang
untuk segala tindakan.

Engkau tidak selamanya malang
di hari mendatang.

Cantumkan kembali serpihan harapan
yang bertaburan di laman usia
kau mampu menjulang kembali
sebuah kebahagiaan hakiki!

MEMORI YANG PEDIH
Kamal

Lingkaran memori gelap
mengepung ruang diri
bagai tunggul-tunggul kebencian
menikam perasaan
kekesalan sebuah kehilangan
adalah kesunyian yang maha
pedih.

Setiap titis kepiluan
jadikanlah pedoman
dunia akan terus bergerak
meninggalkanmu.

Hadapilah kenyataan
pengalaman suka dan duka
memberi ketabahan
hanya tuhanlah yang berkuasa
ke atas segala-galanya.

Lenyapkanlah memori sunyi
yang pedih itu,
singkirkan rindu yang sarat
moga dirimu tidak terus terjerat!

MANIS BERGANTI PEDIH
Kamal

Akhirnya musim kepiluan itu muncul
di celah hari-hari indah
yang tak mahu kaulepaskan.

Kini, apa yang kaumiliki
tidak kaupunyai lagi.

Dia hanya lintasan kasih
yang memberimu sedetik bahagia
dan kepedihan sepanjang nyawa.

Kau hanya memerlukan sedikit
kegagahan seorang srikandi
untuk bangun kembali dan menyatakan:
“Aku harus meneruskan kehidupan,
dan memberikan yang terbaik untuk bahagia
di dunia dan akhirat!”

INI JALAN YANG KAUPILIH
Kamal

Suaramu tidak mampu
memecahkan segala sangsi diri
atau membangkitkan hasrat,
yang bergema hanyalah
getar nafasmu di dinding
penyesalan.

Pantas sahaja suara-suara
yang tidak kedengaran itu
memaksamu membuat pilihan.

Ini jalan yang kaupilih
dalam segala kepayahan
dalam segala kesakitan
kaucantumkan kembali
perca kehidupan yang robek
diusap bayu alpa.

“Selimutkan daku dengan
doamu bonda,” bisikmu.

Kini kaukembali
mengutip harga diri
bukan simpati!

PABILA KAU TIDAK DIPERLUKAN
Nzshima

Madah katanya memercikkan duka
kasih setiamu dipersiakan
kalung janjinya bersalut pura
kaukini sedar kau tak diperlukan.

Kauizinkan madah katanya
kekal sebagai percikan
kaulapangkan dada menerima ujian
akur syukur nikmat Tuhan.

Dalam setiap kesusahan ada kelapangan
kauyakin pada Qada’ dan Qadar
tidak kauanggap sebagai beban
cinta hakiki semakin mekar.

USAH DIKUTIP MANIK DUSTA ITU
Nzshima

Usah kaubiarkan duka terus bertamu
Bila manik-manik dusta bertaburan satu-persatu

Walau nafasmu seakan terhenti
Hidupmu bagai tiada erti
Kesetiaanmu dikhianati

Laramu itu usah dijadikan hidangan
Jadikan solatmu sebagai santapan
Taubat dan doa sebagai minuman
Selawat atas Nabi sebagai kudapan
Zikir dan Istighfar sebagai manisan

Dengan izinNya kau terus bernafas
Hidupmu indah terbentang luas

Usah kaukutip manik-manik dusta itu lagi
Untuk kaukalungkan semula di hati.

BUKAN IMPIAN
Nzshima

Hembusan udara rayunya
Mengocak tenang tasik rasamu

Kilauan permata katanya
Menyilau mata hatimu

Langkah segaknya
Menggoncang jiwamu

Kauhimpun semula mutiara
yang dahulunya bertaburan
setelah sekian lama
kau sepi merawat rawan

Berat sungguh dugaan Tuhan
Setelah hati tertawan
Si dia pula sudah berteman
Mutiara kembali tersimpan

Jernih fikirmu terus terkaku
Tekad menjadi pilihan pertama
Hasrat murnimu dirantai kembali
Kau tak rela melukakannya

KuasaNya jua mengatasi
walau kutahu
bukan ini jadi impianmu.

SAPULAH TANGISMU
Mya Marja

Saat dikau terlontar
dari jangkauan kasih
sepi dikau di tepian hati
sendiri melayan rasa
meresap hiba.

Sapulah tangismu
yang mengalir membasah mesra
dan harga diri seorang gadis
ditinggal pergi.

Hirup sedalamnya nafas iman
yang bersemilir hadir di ruang masa
yang masih tersisa untukmu.

Pada nafas iman
tegakkan panji sakti
bertunjang kasih
dari pemberi kasih nan abadi
kembalikan harga dirimu
dikau akan temui
kekasihmu lagi.

RELAKAN PERPISAHAN ITU
Mya Marja

Saat perpisahan mengundang
hati dicengkam kesakitan
perih menahan perasaan
manis kenangan terbenam
ke lubuk hitam dendam.

Amat payah menahan
kenangan yang bertukar dendam.

Relakan.
Relakan.

Relakan perpisahan itu
sejauh mana sakit dendammu
ingin kaubawa.

Di sini wangi bunga
masih mententeramkan
masih mendamaikan
jiwa nan gelora.

Pada biru langit
dan hijau bumi
berjuta harapan dan kenangan baru
menanti untuk kaujalin mesrakan.

KEMBALI MEMUGAR HARAPAN
Mya Marja

Setelah sendirian berdiri
pada semusim kering
mengulit derita mimpi
merawat luka ditinggalkan
langkahkan kakimu
kembali menyeri musim nan baru
memugar semula seribu tekun
kausungguhi perkebunan hidup
yang meluas hijau untukmu.

Buka matamu seluas pandang
burung-burung tetap berkicau nyanyi
mentari tetap setia menghulur cahaya
dan udara maya masih berhembus
mengirim sejahtera seisi alam.

Benamkan sahaja dukamu
di tanah kenangan
aturkan gagah kakimu
ke tanah harapan.

.

.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Puisi
(70) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Presiden PTS Mengetuai Perwakilan Malaysia ke Pesta Buku Bangkok Previous entry: Amanat Chairman PTS: Mengapa Tim Penulis PTS Mesti Tolong PTS ke BSKL
Nzshima  on  03/21  at  07:01 PM

GERHANA SYUKUR

Cahaya
Muncul di ufuk
Walau di pantai mana kita berada

Terumbu karang
tampak indah di lautan
Bila dibawa ke daratan
keras dan tajam

Matahari
Terbit dan terbenamnya
Itulah lumrah alam

Gerhana
Sesekali menjelma
Hadapilah semuanya
dengan bersyukur kepadaNya!

nzshima

(ilham asal pada 20.9.2006,
dimurnikan pada 21.3.2007)
——-

Nzshima  on  03/23  at  11:40 AM

SEMEKAR CINTA HAKIKI

madah katamu memercikkan duka
kasih setiaku dipersiakan
kalung janjimu bersalut pura
ku kini sedar ku tak diperlukan

kuizinkan ia kekal percikan
enggan biarkan diubah ke lautan
kulapangkan dada terima ujian
akur syukur nikmat Tuhan

setiap kesusahan ada kelapangan
yakin pada Qada’ dan Qadar
tidak kuanggap sebagai beban
cinta hakiki semakin mekar

nzshima
23.3.2007

Mya Marja  on  03/23  at  03:49 PM

SEDALAM NAFAS IMAN

Saat dikau terlontar
dari jangkauan kasih
sepi dikau di tepian hati
nan lara
sendiri melayan rasa
meresap hiba.

Sapu tangismu
yang mengalir membasah mesra
dan harga diri seorang gadis
ditinggal pergi.

Hirup sedalamnya nafas iman
yang bersemilir hadir
di ruang masa
yang bersisa
untukmu.

Pada nafas iman
tegakkan panji sakti
bertunjang kasih
pemberi kasih nan abadi
kembalikan harga diri
dikau akan temui
kekasihmu lagi.

Mya Marja
23 MAC 2007.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/28  at  08:26 AM

SERIBU HIRISAN LUKA SEMALAM

Lepaskanlah segala janji-janjinya
daripada terus memasung dukamu
Kau harus lebih yakin
Menepis bilah sengsara
tanpa dibayangi sangsi dan ragu
yang meluru di pintu hidupmu.

Segala tangisan dan airmata
adalah kurnia dari-Nya, mendewasakan diri
untuk lebih bersedia mengatur langkah
ke gerbang bahagia yang seharusnya
kau punyai selama ini.

Seribu hirisan luka semalam
jadikan sejarah diri
untuk lebih dimengerti
yang dinanti tidak akan
kembali lagi.

Kamal
28.03.2007
Cyberjaya

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/28  at  08:32 AM

AKU TERLALU TERLUKA MELIHATMU BEGITU

Aku terlalu terluka
melihatmu begitu
Seakan telah kau hilangkan
matahari dari hidupmu
Kegelapan di mana-mana
Bagai sebuah kematian sebelum saatnya.

Aku mahu kau tersenyum kembali
bercerita tentang dirimu dan impian
yang kau lakarkan di kanvas harapan
Palitkan kembali warna keriangan di wajahmu
Tabahlah merentasi segala dugaan.

Aku terlalu terluka
Jika kau terus begitu
Membiarkan waktu berlalu
dan memberikan kemenangan
pada sebuah kegagalan lalu.

Kamal
28.03.07
Cyberjaya

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/28  at  02:41 PM

Assalammualaikum w.b.t,

Puan Sifu yang dikasihi, ada pembetulan untuk sajak “Hari yang indah untuk kau bersendirian” (Sedap pulak tajuk baru ini…)

Pada rangkap pertama baris kedua.

“Engkau berdirilah menghadap awam”

Seharusnya :

“Engkau berdirilah menghadap awan” bukan awam. Kesilapan saya ketika menaipnya.

Sekian harap maklum dan terima kasih.

Kamal
2.40 pm

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/28  at  03:16 PM

Temankan daku sebentar
Wilmi Afani

Temankan daku sebentar
Sudah lama bersabarkan kesakitan
Zahir dan batin adakala mendatang
Kelesuan yang tiada jawapan
Amarah menambah cengkam

Temankan daku sebentar
Mari berbicara beberapa perenggan
Dalam berteman rahsia dibuang
Semoga terucap kemas bingkisan
Sebelum kau hilang seperti semalam

Temankan daku sebentar
Luahkan saja sezarah debu kekurangan
Carikan jua kekuatan terlindung
Selagi mampu mencerminkan pandangan
Pantaskan diri menahan pelangi tenggelam

Benarkan ku melantar
Kesibukkan kepala di riba mu teman
Selama masa kita seperjuangan
Sebelum esok tiada harapan
Tuhan izinkan walau satu malam

Biarkan ku menghantar
Separuh hidupku demi si teman
Separuh nafasku desakan cubaan
Kenangan membisik kerinduan
Pengalaman membawa kedewasaan
Kehidupan baru kita layarkan

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/28  at  03:22 PM

Ehem, ehem, di manakah tuan penyair yang kita hormati? Tidak sabar2 mahu membaca puisi puitisnya.

Saya cuba mencari ilham dengan merenung alam tetapi tidak datang2 juga ilham itu :D

Nota Sifu: Ehem! Ehem! Sang Pecinta Agung itu sedang ketandusan cinta daaa….

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/28  at  03:26 PM

Inspirasi
Wilmi Afani

Duhai perempuan,
Ada kecantikkan dalam peribadimu
Aku kagum!

Duhai persahabatan,
Ada kemanfaatan dari perkongsian itu
Aku gembira!

Duhai kesilapan,
Ada kemanisan dari keterlanjuran bertalu
Aku redha!

Wahai kesunyian,
Ada kematian dalam jiwaku selalu
Aku lawan!

Wahai inspirasi,
Jangan biarkan di sana bersedih
Aku mati!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/28  at  03:39 PM

Assalamualaikum,

Salam perjuangan dari saya, hamba baru yang hendak mengenal dunia puisi. Kepada Sifu, semoga sudi memberi tunjuk ajar.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/28  at  03:55 PM

Baru bermula
Wilmi Afani

Daku kehilangan ungkapan putih
Kabur dalam pencarian
Di mana dan bagaimana harus bermula,

Kehilangan mengajak ku berfikir
Perilaku ikhlas yang datang dari mu
Pertuturan lemah nan lembut dari mu
Namun di luar enggan menghargai
Enggan mendalami
Jauh lagi menyentuhi
Apa yang kau lalui

Bagaimana tahun-tahun dilalui
Bersama mu berjaya dikuasai

Tegak sebenar berdiri
Laju sebenar berlari
Bahkan mengubati hati sendiri

Kehadiran mu mengimbangi segala
Ketiadaan mu mencetus puisi duka
Selamanya terasa baru saja bermula

Katakan pada ku bagaimana
Untuk tidak mengingati cerita
Yang bersama didakapi
Perjalanan baru bermula
Baru bermula….

Mya Marja  on  03/29  at  01:24 AM

MEKARKAN SENYUMMU

Tertutup rindu
pada tawa senda
kian menusuk, perih
dalam diam meresap kecewa
senyum dikau dalam luka.

Kaubawa diri ke penjara sunyi
kaupilih sepi menjadi teman.

Saat sembuh lukamu
mekarkan kembali senyummu
lukiskan wajah sebenar
seorang gadis berhati sabar
pada segala uji dan duga
melaut luas kasih sayangNya.

Mya Marja
29 MAC 2007.

Mya Marja  on  03/29  at  01:30 AM

MEMATERI KUKUH IKATAN

Pada sebuah ketentuan
pahit kaurelakan
satu ikatan lerai
di tengah jalan perjuangan
mencari harga dewasa
dan buih-buih mimpi.

Selaut hasrat yang masih wangi
semerbakkan terus sepanjang haluan
bersama harga diri
usah kaubiar kering mati.

Paterikan kukuh ikatan
pada pemberi kekuatan
dan doa kautautkan
pada mesra kasih sayang
Tuhan Maha Penyayang.

Mya Marja
29 MAC 2007.

Nzshima  on  03/29  at  01:47 AM

Terima kasih Puan Ainon.  Tajuk yang lebih menarik.

Penggunaan kata gantinama ketiga, boleh saya tahu kenapa? Apakah kesan yang cuba ditimbulkan?

“Izinkanku belayar seketika untuk menilai hasil kerja putera puteriku berbicara.

Akan ku kembali ke pulau ‘Puisi Penawar Duka’ untuk membangun jiwa yang lara.”

Tunggu…!

Nota Sifu: Puan, kita menjual buku bukan untuk bacaan sendiri!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/29  at  09:11 AM

GENDANG SEMUSIM CINTA

Genderang musim bunga
Berlantunan di danau hati
Kini telah pergi membawa
Segala mimpi.

Buat lelaki yang telah melukakan
hatimu, terimalah salam kemaafan itu
agar hatimu lebih tenang
menatang kasih baru yang datang

Gendang semusim cinta
Biarkanlah ianya berlalu
Walau getarnya masih terasa
Di sudut memori pilu.

Pasti akan kau temui nanti
Seorang lelaki, lebih memahami
Dan kasihnya seharum wangian di syurga
Milikmu berdua.

Kamal
29.03.07
Cyberjaya

ez  on  03/29  at  09:18 PM

Jiwa gundah

Mengapa hati dilanda gelisah
Hati resah terkenang-kenang
Terusik jiwa diganggu gugat
Duduk baring semua tak kena

Hati resah terkenang-kenang
Rindu kekasih ke mana menghilang
Puas diratap diseru panggil
Namun kekasih tak kunjung tiba

Rindu kekasih ke mana menghilang
Jiwa gundah menahan rindu
Zikir dialun menjadi penawar
Penenang hati dilanda gundah

Jiwa gundah menahan rindu
Tasbih dilarik bersama alunan
Membisik zikir tahmid dan takbir
Mekarlah hati berbunga kembali

Tasbih dilarik bersama alunan
Mengadu kepada yang Maha Pengasih
Mohon teguh tegar iman
Biar dilanda gelora badai.

Mya Marja  on  03/29  at  09:43 PM

ADAPTASI LANGKAH LUKAMU

Adaptasikan langkah lukamu
ke lorong tentu
mengucup restu rela pada hakikat
terikat pada resap waktu
mengubat sendu rindu
yang berputar dan berpusar di jiwa
bersuluh nur mulus terpimpin
bukan ke jurang dalam nan hitam
gelapnya meracik dendam.

Relakan sekuntum harum cinta
pudar wanginya dijerkah badai
memercup hawa kecewa
di ruang masa mesra
memutus ikatan kasih
namun tidak kaurintih.

Engkau pasti mampu berdiri
dengan tegap hati dan teguh akal
bersendi budi berbahasa redha
biar dibasah ribuan titis gelora
dikau masih punya harga.

Mya Marja
29 MAC 2007.

Nzshima  on  03/30  at  12:18 AM

Puan Ainon,

Baiklah, ermmm…saya sudah faham. Terima kasih.

Kadang-kadang syok sendiri pula. Saya sangkakan tidak berkesempatan menulis puisi dalam minggu ini, tetapi tiba-tiba ilham menjelma.  Lalu inilah dia:

USAH DIKUTIP MANIK DUSTA ITU

Usahlah kau biarkan duka terus bertamu
Bila manik-manik dusta bertaburan satu-persatu.

Walau nafasmu seakan terhenti
Hidupmu bagai tiada erti
Kesetiaanmu dikhianati

Laramu itu usah dijadikan hidangan
Jadikan Solatmu sebagai santapan
Taubat dan doa sebagai minuman
Selawat atas Nabi sebagai kudapan
Zikir dan Istighfar sebagai manisan

Dengan izinNya kau terus bernafas
Hidupmu indah terbentang luas
Nikmat buah–buahan setiamu kau kupas

Usahlah kau kutip manik-manik dusta itu lagi
Untuk kau kalungkan semula di hati.

Nzshima
29.3.2007

P/S: Sebenarnya saya kurang gemar ‘buah-buahan’ tetapi saya nak guna kata ‘kupas’. Apa lagi yang boleh ‘dikupas’ ya?

Mya Marja  on  03/30  at  04:52 AM

MARI TEGAKKAN SURUHAN TUHAN

Mari tegakkan
suruhan tuhan
ayuh amalkan
akhlak junjungan.

Saat berdesir segala dendam
sepertiga malam syahdukan kiam
mohon petunjuk jalan pedoman.

Pinggirkan rasa derita
sayu sepi ditinggalkan
dikau masih punya waktu
yang kaukejar menjadi tentu
penyuluh terang hidupmu
mencari benar tiada jemu
mencapai redha tuhan yang satu.

Mari tegakkan
segala suruhan
yang tuhan tentukan.

Mya Marja
30 MAC 2007.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/30  at  08:40 AM

Sdr Nzshima,

“Nikmat buah–buahan setiamu kau kupas” tidak semua perkara perlu diorangkan dalam puisi. Minima dan tidak berlebihan itu lebih baik supaya pengucapan yang dibuat tidak terlalu di buat-buat.

Ini pada pandangan saya yang dhoif ini. Setiap penyair perlu mempunyai gaya pengucapan masing-masing.

Teruskan menulis dan menulis lagi.

Satu cara yang saya buat ialah setiap puisi yang saya hantar ke sini saya suruh rakan sekerja saya membacanya terlebih dahulu. Mereka akan memberitahu jika ianya menangkap jiwa, mesej tidak sampai atau tidak, tersekat-sekat dan sebagainya. Yalah akhirnya mereka juga yang ‘bakal’ membacanya.

Terima kasih.

p/s : Saya seorang yang berterus terang tidak ada selindung-selindung, harap maklum.

Nzshima  on  03/30  at  12:57 PM

Terima kasih Sdra Mal.  Saya amat hargai pandangan saudara. 

Untuk makluman, setiap puisi yang saya tulis,UNIKA PTS adalah pembaca pertamanya. Saya tidak ‘peram’ puisi saya dan kebiasaannya apabila ilham menjelma, saya terus hantar ke sini.  Harapan saya untuk mendapat pandangan dari rakan-rakan dan Sifu di sini.

Satu cadangan yang baik dari saudara. Cuma dengan rakan sekerja, tidak ramai yang mengetahui saya menulis puisi dan kebanyakan mereka terkejar-kejar dengan urusan lain.

Lalu, saya anggap di sinilah medan saya mengasah bakat. Berkat tunjuk ajar Sifu dan pandangan rakan-rakan semua.

Terima kasih kepada semua di sini, terutama Puan Ainon yang menyuntik keyakinan saya menulis puisi.

Saya pasti menulis lagi.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/01  at  05:35 PM

BIARKAN OMBAK MEMBILAS DERITA

Tangan-tangan hitam itu
menutup mulutmu menjadi bisu
Sehingga engkau tidak mampu
memilih antara bahagia
atau berterusan di rantai sengsara.

Telah sekian lama
kau usung derita itu
Menjadi api yang membakar diri
Kini kau harus bersuara
dan melangkah pergi
meninggalkan ruang derita.

Marilah ke pantai bahagia
biar ombak membilas segala derita
Pasti siulan camar
mampu membuatmu terlena
dari memikirkan sejuta kesakitan
yang membelit jiwa.

Kau harus bersuara
dan kembali menjadi berani
melangkah, tanpa memandang kembali
detik-detik kelam yang memenjarakan diri
selama ini kerana sayangmu padanya
tiada ertinya lagi.

Kamal
1 April 2007

Ps : Buat wanita-wanita mangsa keganasan rumahtangga.
OMBAK di sini ialah Organisasi Wanita Membanteras Keganasan (OMBAK).

Mohd Fadzil Yusof  on  04/02  at  07:37 PM

1

Burung Dukaku

Duduk sendiri
Hadapan cermin hias
Mengupas wajah dan kulit lesu
Dirundung tangis duka
Melerai memori
Mengering kata-kata pujukan
Seakan mendustakannya,
tidak mungkin akan berlaku
Dalam hari yang sama.

Lihat mukaku dan tubuh harapan
Yang mengecewakan
Di antara kekasih yang menerima
Takdir gagal
Burung di luar tingkap kamar
Utusan puisi awan yang kelam
Angin memujuk deru rintik hujan
Hiburkan jiwa yang lara
Lewat kicauan
Dan melodi rindu luka

Taburan waktu yang berlalu
Singgah satu persatu ingatan
Bagai lerai daun-daun kuning
Menyatu kepada bumi dingin.

Burung menyanyi: 
‘Kehilangan seorang kekasih
Bukan untuk kali ini
Dan segalanya belum
Berakhir’.

Belum terlambat memulihkan
Tunas kasih yang patah
Akan bisa tumbuh kembali
Sediakala mengikut gerak hari.

Di depan cermin pengakuan
Mengakulah diri ini
Punyai harga emas cinta
Yang mesti dipelihara
Hingga tiba saat
Melepaskannya kepada yang ingin benar menyintai
Kering air mata
Burung telah pergi membebaskan nafas duka
Renung wajah yang sedang sepi
Membungkam dan mengumam kalimah
Masih merah dengan sedar diri
Diri tidak berpunya, cinta
Dia mahu senyum
Di hadapan cermin hias sekali lagi
Seperti tiap pagi yang cerah mataharinya.

‘terbanglah burung
Diri ini mahu sendiri
Rindu padamu akan luput dibawa burung dukaku
Kini aku percaya pada
Cinta yang sebenarnya
Cinta yang esa
Kasih yang satu
Mengembalikan ceria dan yakin diri.’ 

Mohd Fadzil Yusof

2

Tiap

Tiap hari kumungkiri janji
Diuli dari malam semalam yang panjang
Menggerah mata tumpul pedang  
Mendapatkan satu kata, satu frasa dan sebuah ayat yang sesuai
Tapi berakhir dengan kecewa.

Tiap hari kumungkiri janji
Telah ditulis dalam buku catatan harian
Kumungkin lupa diriku yang bekerja
Kumungkin lupa diriku yang dulunya amat setia dan taat.

Tiap hari kumungkiri janji
Lupa cinta, rindu dan alam romantis
Dan janganlah lupakan daku dan melupakan cintaku
Pada dunia yang aman
Seperti yang diimpikan seorang anak Palestin.

Mohd Fadzil Yusof

Tentang kecewa

Alun puisi memadat
Tika kau sendiri di sudut sungul
Cerita yang tidak enak diucapkan
Cerita yang paling pahit didengari
Tercatat sana sini hukuman
Berupa kolam air mata .

Kekasih, kau datang ke sini sambil membelah cintanya
Mencari kesilapan dan menyiasat kemunasabahan
Apa erti cinta pada pangkal usia ini
Merimbun embun jantan kala dinihari
Di ubun rumput kesunyian.   

Dengan puisi kau kembali melihat matamu
Yang sedang mencipta ruang masa depan yang samar
Dari warna-warna pudar
Beralun lamban di udara

Dari udara tercipta keceriaan
Belon-belon awan melepaskan garis dan citra
Alif, ba, dan ta’
Seorang lelaki bernama bapa
Seorang wanita bernama ibu, lalu senyum
Bangga dengan dirimu.

Seorang anak yang taat melalui kehidupan ini
Antara sempadan masa peralihan dan perjuangan
Di sana dan di sini, kau harus menyediakan jawapannya sendirian
Setiap yang mengalir memaknakan natijah ranum
Dari pengalaman usia.

Kali ini kau menyedut dan merasai
Kemanisan dan kekelatan buah tindakan
Mewajari alam yang baharu
Mendidik diri sendiri
Agak menjadi seorang yang berani dan berdikari
Di atas nama kedewasaan.   

Mohd Fadzil Yusof

Teori perkataan cinta.

Aku masih belajar beberapa perkataan pada hari itu
c.i.n.ta
cikgu menulisnya di hadapanku
kuhafal dan kusebut selalu
lama-kelamaan ia menjadi ingatan
kukuh bagai tulisan pada batu bersurat

aku rasa, pelajaran itu belum mengcukupi
ke esokkan harinya cikgu mengajarku sepatah perkataan lain
r.i.n.d.u
tanpa menghurai makna dan contoh ayatnya
ia menjadi misteri dalam hidupku

kemudian hari yang berikutnya
ku diajar sepatah perkataan lain
k.a.s.i.h
yang terlalu sukar untuk cikgu memberikan maknanya
lalu cikgu mengatakan ia seperti
malam yang ada pada tika waktu siang.

Minggu yang baharu
Cikgu tetap mengajarkanku sesuatu yang unik
tentang cerita yang agak panjang
sampai kami jadi kebosanan
Disebutnya beberapa kali perkataan
b.e.n.c.i
dengan nada yang tinggi

kawan yang terlena tiba-tiba terjaga kerana
suara itu seakan ditujukan kepadanya
dia menjerit
k.e.c.e.w.a, disambut ketawa oleh satu kelas.

dan hari itu cikgu benar-benar bosan malas mengajar agaknya
ditulisnya di papan hitam
sebuah ungkapan yang penuh satu papan hitam
duka
duka
lara.

Di akhir kelas aku sering tertanya-tanya
Apakah makna semua perkataan itu?
Apakah penting bagiku untuk mengetahuinya.
Ku paksa diri fahami makna-maknanya lewat kamus dewan tapi belum benar nyata dalam pengertian

Lalu bila ku teringat
Kujadikan ia kata kunci dalam nota peperiksaan yang ringkas
Cinta+rindu+ kasih = dukalara.
Semacam teori baharu dalam ilmu hisab yang kupelajari. 
 
Mohd Fadzil Yusof
 
Bila cinta

Jika kamar itu boleh bersuara kepadamu
Nescaya akan dibisiknya tentang indahnya cinta.

Dan restoran itu bisa juga menceritakan tentang cinta pertemuan yang rutin
Masjid itu berbicara kepada kita betapa tenangnya cinta

Buku di rak itu akan membaca dirinya sendiri untuk kita mengenal kisah-kisah cinta
Yang melanda sengaja dan diduga tidak sengaja

Sofa empuk itu hanya menunggu masa untuk mengkhabarkan segalanya tentang kebetulan cinta

Muzium yang sedang dikunjungi itu pula menyimpan sejarah cinta
Tidak lokek mengundang khayal cinta baharu pada barang lama

Pada perpustakaan lenggang itu sedang kantuk dalam lesu seorang kekasih ghairah yang mencari-cari sesuatu

Rumah itu bukan hanya sebuah kediaman dan perlindungan
Tapi sebuah oknum menyulam cinta sulit dan privasinya

Tadika itu terlalu manis untuk diungkap tiap kenangannya
Mengundang ketawa, senyum dan hiba
Sekolah yang bertukar cat tapi tidak nostalgianya yang sarat
Dari bumbung ke koridornya.

Bagaimana pula dengan titi, kolam, padang permainan, kerusi dan market yang masin baunya
Tempat tunggu bas, almari, jam besar, radio, surau, sawah padi, parit dan ban, pokok pinang, pondok durian dan sebuah rumah flat sewa.

Bisakah kita bertemu dalam viarasi lokasi dan arah yang bersimpang
Tiap lorong jemu.

Siapa peduli tentang cinta, rindu dan asyik ini
Di kedai buku, klinik, kedai perabot, bas dan LRT.

Apa kata suratkhabar, DVD, parlimen, pejabat kerajaan,  laptopو  dan kalender.

Dan tidak sesuatu yang boleh dilupakan tentang apa yang berlaku kerana cinta yang marah, dendam, berahi dan derita
Ketika perang, demonstrasi, pertempuran, debat orang politik, forum intelektual, korupsi, perbicaraan mahkamah, bencana tsunami dan semua adik-beradiknya.

Sesuatu yang barangkali sunyi, berdebu, semu dan dingin bila cinta jadi angin.
Bila cinta jadi amuk badai yang mengulung mimpimu. Bila-bila cinta menjadi lagu yang sedap didengar dan bila-bila cinta menjadi lautan masin.

Mohd Fadzil Yusof

Mohd Fadzil Yusof  on  04/02  at  07:42 PM

Burung dukaku

Mohd FAdzil Yusof

agaknya, dukalara itu pengalaman untuk menjadi dewasa. 
 
Apa kata suratkhabar, DVD, parlimen, pejabat kerajaan,  laptop dan kalender.

Dan tidak sesuatu yang boleh dilupakan tentang apa yang berlaku kerana cinta yang marah, dendam, berahi dan derita
Ketika perang, demonstrasi, pertempuran, debat orang politik, forum intelektual, korupsi, perbicaraan mahkamah, bencana tsunami dan semua adik-beradiknya.

Sesuatu yang barangkali sunyi, berdebu, semu dan dingin bila cinta jadi angin.
Bila cinta jadi amuk badai yang mengulung mimpimu. Bila-bila cinta menjadi lagu yang sedap didengar dan bila-bila cinta menjadi lautan masin.

Mohd Fadzil Yusof

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/02  at  07:48 PM

Oleh Mohd Fadzil Yusof

Page 1 of 3 pages  1 2 3 >

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: