Wednesday, May 12, 2010

Puisi yang Dihantar ke Majalah “Dewan Sastera” Macam xxxx.?

Seorang blogger menulis dalam blog beliau: "Selesai majlis, saya sempat berbual dengan beberapa insan di antaranya (nama dirahsiakan - UNIKA) seorang editor Dewan Sastera. Beliau bermati-matian meminta saya mengirimkan puisi kepada beliau di Dewan Bahasa dan Pustaka. Kata beliau, "Semua puisi-puisi yang dihantar macam 'xxxx'. Lebih baik karya Dewan Siswa."

Apakah yang sedang berlaku dalam dunia "sastera berat" bahasa Melayu?

Pada saat "sastera ringan" bahasa Melayu berkembang dengan amat pesat dan menggebu-gebu, yang membolehkan para penulisnya menikmati royalti yang lumayan, mengapakah editor Dewan Sastera berkata begitu sekali berkenaan mutu puisi-puisi yang dihantar kepada majalah tersebut?

Situasi ini sangat tidak sihat bagi tamaddun Melayu kontemporari. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Penswastaan DBP-DAWAMA: Sampai Bila Kegagalan akan Dibiarkan Previous entry: Sudah Ada Kontraktor Buku yang Menyorokkan Kereta
Nisah Haron  on  05/13  at  06:58 PM

Assalamualaikum Puan Ainon dan warga UNIKA. Semoga diberkati Allah hendaknya.

Sebelum saya menulis komen ini, saya telah merujuk kepada pihak yang dilibatkan : editor Dewan Sastera dan juga seorang saksi yang berada sewaktu perbualan yang dipetik itu berlaku. Merahsiakan nama editor itu juga tidak ada maknanya kerana ada seorang sahaja editor majalah “Dewan Sastera” di Malaysia malah mungkin di dunia.

Ini suatu kenyataan fitnah. Ia merujuk kepada orang yang boleh ditentukan siapa; sekaligus menjejaskan reputasinya. Saya fikir sebelum komen saya ini disiarkan dan ketika komen saya ini di dalam proses disiarkan juga, pelbagai tanggapan telah pun dibuat oleh pembaca yang tidak tahu menahu apa yang sebenarnya berlaku.

Antara kesan atau natijah daripada kenyataan ini :

1. Penyair mapan, penyair terdahulu yang mungkin karyanya pernah tersiar, atau belum tersiar dan tidak tersiar akan beranggapan bahawa inilah sebabnya karya mereka tidak terbit kerana karya mereka itu “macam xxxx”.

2. Editor ini memandang rendah kepada semua pengkarya seolah-olah dia seorang hebat dan berkuasa dalam menentukan karya siapa yang patut disiarkan.

Ini baru dua contoh. Entah apa lagi yang bermain di fikiran orang lain, wallahu’alam.

Risikan daripada saksi dan editor Dewan Sastera pula memberitahu cerita yang sama sekali berbeza. Saya berani berkata begini kerana ketika dihubungi secara bebas dan pada waktu serta tempat yang berbeza, kedua-dua memberikan cerita yang tidak sama dengan apa yang ‘blogger’ ini ceritakan. Saksinya pula mengesahkan bahawa apa yang dibaca di dalam entri ini bukan seperti situasi yang digambarkan ‘blogger’ itu.

Menurut saksi, rujukan bukan dibuat kepada “Dewan Sastera” malah majalah “Tunas Cipta”; maksud ayatnya pula meminta supaya menghantar karya yang berkualiti daripada penulis muda - jangan sampai karya Dewan Siswa lebih baik daripada karya penulis muda untuk majalah Tunas Cipta.

Entri ini juga sangat tidak sihat untuk perkembangan apa-apa bentuk sastera baik yang berat atau pun yang ringan kerana menulis tanpa memikir kesan jangka pendek dan panjang (seperti yang ditulis oleh ‘blogger’ itu) boleh membunuh reputasi orang lain yang tidak berdosa. Bukankah memfitnah itu lebih teruk daripada membunuh?

Saya mohon supaya entri ini diperbetulkan kerana bukan sahaja editor itu yang terjejas reputasinya, malah semua penyair di Malaysia turut terpalit, gara-gara mengulas kenyataan dengan cara yang tidak tepat.

Terima kasih.
Wassalam.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/14  at  01:23 AM

Salam Puan Ainon,

Saya pun pada mulanya terkejut dengan kenyataan tersebut. Jika diteliti dari sudut yang positif saya mula terfikir mungkin sebab itulah selama lebih 3 tahun saya mencuba menghantar karya ke Dewan Sastera ianya tidak pernah tersiar walhal hampir semua majalah dan akhbar arus perdana puisi yang saya hantar pernah tersiar.

Saya secara peribadi perlu mempertingkatkan mutu karya saya dari semasa ke semasa dan cabarannya adalah untuk menembusi ruang sempit Dewan Sastera.

Moga penulis bilis macam saya ada peluang di lain waktu. Doakan saya ya Sifu yang telah memperperkenalkan saya dalam dunia puisi ini. Jasa puan hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: