Thursday, December 21, 2006

Pukulan Banjir ke Atas Bisnes Buku

Hujung tahun adalah masa yang sakit bagi pasaran buku, kecuali buku-buku yang berkaitan dengan sekolah. Ibu bapa mengutamakan perbelanjaan sekolah anak-anak oleh itu duit untuk perkara-perkara lain dikemudiankan. Maka tidak hairan setiap hujung tahun jualan buku bacaan umum jatuh.

Hujung tahun ini, keadaan tiba-tiba menjadi lebih sakit bagi pemain industri buku tradebook, seperti PTS.

Banjir besar yang melanda negara ini menyebabkan kerosakan yang parah ke atas harta benda. Ini bermakna banyak wang akan digunakan bagi membaiki kerosakan itu.

Tidak ada lagi wang untuk barang-barang bukan keperluan asasi, seperti buku!

Walaupun kawasan yang banyak tenggelam itu berada di luar bandar, manakala pembeli buku majoriti adalah orang bandar, tetapi bisnes buku tetap terpukul. Bagaimana?

Anak-anak orang kampung yang tenggelam itu banyak bekerja di bandar. Mereka menghantar wang balik kampung bagi membantu ibu bapa dan adik beradik mereka membaiki kerosakan rumah dan harta benda. Tidak ada lagi wang untuk buku!

Bagi semua pemain dalam industri buku, bak kata pepatah, sudah jatuh, ditimpa tangga...

Dalam saat beginilah, sebagai langkah kecemasan, pengurusan syarikat semestinya sentiasa mempunyai dana dharurat, kalau tidak bagaimanakah syarikat hendak membayar gaji staf selama pasaran masih lembap, jangankan pula hendak menghulurkan wang bantuan ataupun pinjaman kepada staf yang rumahnya tenggelam sampai ke bumbung.

(Inilah yang menyebabkan Chairman PTS tidak lena tidur malam, walaupun beliau tinggal 1000 kaki di lembah tanah tinggi Janda Baik.)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Isu Semasa
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Pasaran Novel Cinta: Apakah Ada Pilihan Lain? Previous entry: Pasaran Tema Cinta dan Novel Cinta

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: