Tuesday, September 29, 2009

Belajar Membuka Kedai Buku dari Pustaka Munirah di Taman Cukai Utama Kemaman

Bagi tuan yang berminat membuka kedai buku indie, barangkali tuan perlu berkenalan dengan Tn. Saifuddin Awang, pemilik PUSTAKA MUNIRAH di Taman Cukai Utama, bandar Kemaman, Terengganu. Dapatkan tip-tip daripada beliau bagaimana menjalankan bisnes buku di bandar kecil.

Tn. Saifuddin adalah seorang jurutera dan beliau mempunyai pengalaman dan kepakaran bidang percetakan buku menggunakan mesin berteknologi tinggi kerana beliau pernah lama bertugas di sebuah firma percetakan milik pelabur asing di Johor Baru.

PUSTAKA MUNIRAH adalah antara kedai buku milik usahawan Melayu yang dimasukkan dalam senarai "Pelanggan Emas" PTS.

Kedai-kedai yang tersenarai sebagai Pelanggan Emas PTS mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

1. Mereka komited mem-promote buku-buku PTS.

2. Rekod disiplin pembayarannya sangat baik.

3. Mempunyai standing-order dengan PTS. (Tidak banyak kedai buku Melayu ditawarkan standing-order oleh PTS)

4. Jumlah pesanan bulanan yang semakin meningkat. 

Ada beberapa ciri pada PUSTAKA MUNIRAH yang bagus diambil perhatian:

1. Kedai buku PUSTAKA MUNIRAH ini tidak terletak di tengah-tengah bandar Kemaman. Ia terletak di deretan kedai dalam taman perumahan, iaitu Taman Cukai Utama. Lazimnya, kedai buku di luar pusat bandar sukar survive.

2. Kedai PUSTAKA MUNIRAH ini kecil sahaja tetapi berhawa dingin, dan bisnes utamanya adalah menjual alat tulis.

3. Ia juga menyewakan novel. Selain itu ia menjual buku. Lapan puluh (80%) buku yang dipamerkan adalah buku-buku PTS.

4. Kedai ini tidak menggunakan rak yang khusus dibuat untuk buku. Ia menggunakan rak barangan biasa sahaja. Jadi, dari sudut seni-display, kedai ini tidak impresif. 

5. Pihak pengurusan PUSTAKA MUNIRAH pandai memilih judul-judul buku yang sesuai dengan kehendak pembeli buku di bandar Kemaman. Ia faham apa keperluan masyakarat Kemaman.

6. PUSTAKA MUNIRAH menggunakan maklumat jualan buku PTS di MPH Alamanda sebagai panduan memilih judul-judul yang dipesan. Buku-buku terbaru PTS semuanya ada dalam kedai itu.

7. Perolehan terbesar PUSTAKA MUNIRAH bukan datang daripada pelanggan yang masuk kedai membeli buku untuk bacaan peribadi. Sebaliknya, ia datang daripada pesanan supply daripada sekolah-sekolah, dan perpustakaan di seluruh daerah Kemaman.

Pemilik PUSTAKA MUNIRAH seorang yang memiliki bakat 'PR' yang sangat tinggi, menyebabkan beliau dapat menjalin hubungan baik dengan guru-guru dan pegawai-pegawai kerajaan di daerah Kemaman.

Bagi tuan yang serius mahu membuka kedai buku indie, elok sangatlah saudara pergi ke Kemaman dan lawati PUSTAKA MUNIRAH serta berkawanlah dengan Tn. Saifuddin Awang!

NOTA: Pustaka Munirah akan membuka cawangan utamanya di Jalan Air Putih, berhampiran dengan bangunan Majlis Perbandaran Kemaman, apabila proses pembinaan rumah-rumah kedai di situ siap hujung tahun ini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(12) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: 30 Strategi Membina Pengaruh Previous entry: Bukti Buku-buku Inggeris Tidak Laku
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/12  at  10:05 AM

Alamak!
Terperanjat saya membaca tulisan Puan Sifu kali ini. Ada beberapa fakta yang saya sendiri tak pasti Puan dapat dari mana kerana kita sebenarnya “tidak pernah bertentang mata”, walaupun sebenarnya fakta itu adalah benar.

Walau bagaimanapun, saya mengucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga PTS (terutamanya Encik Azari yang banyak menolong) kerana memberi kepercayaan kepada saya. Kami masih belajar sebenarnya, masih baru dan perjalanan kami masih jauh…

Kami menghargai idea dan pandangan rakan-rakan semua.

Saifuddin Awang
Prima MS Enterprise / Pustaka Munirah.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/07  at  04:32 AM

Asdalamualaikum. Saya seperti nama diatas sedang dalam rangka untuk membuka sebuah kedai buku dan alat tulis dikawasan manjung perak. Setelah membaca kenyataan tentang pustaka munirah, saya agak terpanggil untuk belajar dengan tips2 dari En Saifuddin. Boleh kah diberikan email atau apa sahaja yg boleh saya hubungi en saifuddin untuk tips2 dari beliau. Harap mendapat kerjasama. Terima kasih.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/12  at  03:38 AM

Salam kpd rakan niaga,

Kedai buku dan alatulis saya dijangka
beroperasi pada 1/8/2009 di premis kedai
2 tingkat ( guna tingkat bawah ) dengan
fokus alatulis(40%), buku (40%), cenderamata
&piala;(20%).

Mohon tips dari rakan2 niaga.

Nazri (012-2622808)

hanieliza  on  09/30  at  05:13 AM

Salam Puan Sifu..
nampaknya kakliza pun nak cuba cari kedai ini sebab kakliza pun selalu pergi Kemaman…

Hasli Bin Md Yatim  on  07/15  at  09:59 AM

Assalammualaikum Pn. Ainon & Tn. Hj. Saifuddin,

Saya adalah salah seorang pengusaha kedai buku & alat tulis, dah lebih 6 tahun. Setelah membaca pelbagai tips motivasi perniagaan yg amat berguna kepada saya dari blog puan, FB PTS, U Terbuka PTS serta Pustaka Munirah, saya dapati jarang (terlalu kurang) tips-tips berguna diperturunkan oleh mereka yang sudah maju dalam perniagaan ini. Kedai saya terletak di pinggir bandaraya Kulim, di bangunan kedai teres.Diharap pn & tuan selalu memberi tips motivasi di blog @ web pn / tuan dari semasa ke semasa bagi membangkitkan semangat keusahawanan. Alhamdullillah…...........Terima kasih.. Hasli Md Yatim (PBE Ent-Kedai Buku)

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/10  at  06:26 AM

Salam….

saya bercadang untuk membuka sebuah kedai buku di sebuah pekan kecil di pagoh.Saya tidak mempunyai pengalaman dalam perniagaan. Buat masa ini saya masih bekerja di KL.Saya bercadang untuk berhenti kerja kerana mengikut suami yang bertugas di pagoh.Harap sangat pihak tuan dapat membnantu saya untuk memberi tip kepada saya untuk membuka sebuah kedai buka jika ada peluang dan modal mencukupi.

amirul  on  08/20  at  04:49 PM

salam ..saya bercadang membuka kedai buku di puncak alam…harap dapat bantu saya

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/03  at  01:33 PM

Assalamualaikum wbt

Saya telah menyewa sebuah kedai di Petaling Jaya untuk meMbuka kedai buku. Diharap rakan-rakan disini boleh membantu saya memulakan bisnes ini. In shaa Allah.

No phone: 011-15651788(IdeAs Books Enterprise)

BACALAH!!! Dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan segaal kejadian didunia…

Terima kasih atas sebarang respon..Jazakallah..wassalam.

Thank you for posting such a useful, impressive and a wicked article. Detailed and informative article.

terima kasih telah berbagi Mas, senang sekali rasanya membaca tulisan2 di blog ini, jadi tambah wawasan.. semoga selalu di beri kesehatan dan sukses selalu..

milna bubur bayi organik  on  08/19  at  07:28 PM

nice info, Thank you for posting such a useful, impressive and a wicked article. Detailed and informative article.

Guru Besar SEO  on  10/11  at  09:23 PM

Terperanjat saya membaca tulisan Puan Sifu kali
ini. Ada beberapa fakta yang saya sendiri tak
pasti Puan dapat dari mana kerana kita
sebenarnya “tidak pernah bertentang mata”,
walaupun sebenarnya fakta itu adalah benar.
Walau bagaimanapun, saya mengucapkan terima
kasih kepada semua ahli keluarga PTS
(terutamanya Encik Azari yang banyak menolong)
kerana memberi kepercayaan kepada saya. Kami
masih belajar sebenarnya, masih baru dan
perjalanan kami masih jauh…
Kami menghargai idea dan pandangan rakan-
rakan semua.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.