Radio IKIM akan Bantu Promosikan Novel Syariah-Compliant
Ini berita menggembirakan!
Pihak PTS memang sudah lama berusaha mendapatkan sokongan media-media Islami supaya mendukung usaha kita memberikan bahan-bahan bacaan alternatif, khususnya kepada pembaca muda remaja. Kita sudah pun mendapat pelbagai dukungan daripada mereka, baik media cetak, radio mahupun TV.
Kebetulan, pegawai-pegawai di Radio IKIM mencari-cari karya kreatif Islami yang elok dipromosikan kepada masyarakat.
Jadi, apabila En. Imran Azmi, pegawai dari PTS Islamika, baru-baru ini pergi ke IKIM dengan membawa sampel novel-novel syariah-compliant yang kita terbitkan, hasilnya amat menggembirakan kedua-dua belah pihak.
InsyaAllah, dalam waktu terdekat novel-novel Islami PTS akan mula dibincangkan dalam siaran Radio IKIM, dan para pengarangnya diperkenalkan sebagai tetamu.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum wbt.,
Tahniah atas usaha PTS yang tidak jemu2 memperjuangkan karya berbentuk syariah-compiant.
Saya cadangkan selepas ini, mungkin PTS boleh juga bekerjasama dengan TV9.
Sekian, tk.
Alhamdulilah, syukur. Akhirnya pertolongan dari Allah sudah sampai dengan memudahkan lagi pemasaran novel-novel yang syariah-compliant.
Syabas juga kepada team Islamika yang terutama Tuan Faris Dan Tuan Imran yang tidak putus-putus menyampaikan dakwah terutama melalui buku.
Tidak lupa wargakerja PTS yang berada dibelakang takbir, terima kasih.
Bagus juga cadangan Saudara/i Embun itu.
Post a comment