Sunday, April 29, 2007

Rahsia Kejayaan Bisnes PTS: Berikan Kursus Percuma kepada Pembekal

Setiap bisnes mempunyai pembekal-pembekalnya. Jika saudara menjual nasi lemak, pembekal saudara adalah mereka yang supply beras, kelapa, cili kering, bawang, ikan bilis, gas, daun pisang dan lain-lain lagi. Kualiti nasi lemak saudara ditentukan oleh kualiti bahan mentah yang dibekalkan kepada saudara. Kalau santan itu terlalu cair, nasi lemak saudara kurang lemak.

Bagi penerbit buku, pembekalnya adalah penulis manuskrip, pelukis ilustrasi, pencetak dan lain-lain lagi. Kualiti buku-buku yang saudara terbitkan ditentukan oleh kualiti manuskrip dan kualiti perkhidmatan yang saudara terima daripada pembekal saudara. Kalau pencetak saudara salah bancuh dakwat warna, kulit buku saudara menjadi buruk.

Syarikat-syarikat pembuatan di Jepun memberikan kursus-kursus percuma kepada pembekal komponen produk-produk yang mereka keluarkan bagi memastikan komponen yang dibekalkan menepati spesifikasi.

Dengan meniru model Jepun itu, PTS mengadakan kursus-kursus percuma bagi para penulisnya supaya semua manuskrip yang mereka bekalkan kepada PTS menepati spesifikasi PTS.

Kos mengendalikan kursus PTS dibayar oleh pembeli buku-buku PTS kerana kos itu dimasukkan ke dalam pengekosan dan ke dalam harga jualan buku-buku PTS. Nilai pelaburan kursus PTS adalah antara RM3500 - RM4500 setiap bulan, sekitar RM40,000 setahun. Sebagai balasan, pembaca mendapat buku-buku yang berkualiti, bermakna, dan berguna dalam hidup mereka.

Jadi, kepada para penulis PTS sekalian, tulislah buku yang membawa perubahan bermakna ke dalam hidup pembaca buku-buku saudara kerana merekalah yang telah membiayai ilmu pengetahuan yang saudara peroleh dalam kursus-kursus PTS.

Kepada peserta kursus yang belum menyiapkan buku-bukunya, saudara berhutang kepada pembeli buku-buku PTS yang membayarkan yuran kursus saudara.

(Hmm... nanti Sifu siarkan nama-nama saudara, mahu? Marah nih!)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Pengurusan Syarikat
(6) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Baca Tulisan Tentang Pramoedya Previous entry: Semua Kursus PTS adalah Terbuka dan Gratis
Zamri Mohamad  on  04/30  at  01:10 AM

Teringat kata-kata Aznil dalam AF, “Hantarkan biasiswa anda dalam pengajian mereka (para peserta).” Hehehe
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/30  at  04:51 AM

“Syarikat-syarikat pembuatan di Jepun memberikan kursus-kursus percuma kepada pembekal komponen produk-produk yang mereka keluarkan bagi memastikan komponen yang dibekalkan menepati spesifikasi.”

Elok sangat tu PTS meniru dari Jepun,banyak perkara baik dari sana.Kita tidak harus kagum dengan barat lagi kerana mereka kedekut,suka mengeksploitasi,ada hasrat menjajah dalam bentuk baru dan sangat prejudis terhadap Islam.

Fable Fox  on  04/30  at  05:31 AM

Jangan Puan, sekarang saya sedang menghadapi krisis yang amat besar - ekonomi, keluarga, mid life crisis, turning point dan banyak lagi. Mungkin dalam masa 2 atau tiga tahun lagi saya akan meninggalkan Malaysia untuk mendapatkan ketenangan hidup. Mungkin pergi ke Oregon State, tinggal berhampiran dengan OSU (Oregon State University).

Opps, termengaku pulak dah grin

Zamri Mohamad  on  04/30  at  07:37 AM

Tuan Fable,

Muslim yang hebat memang selalu diuji (Pesan abang saya semalam selepas mengajar beliau membuat blog). Tenang ini rahmat dan rezeki, kalau bilik yang tiada tingkap dan sempit pun boleh dirasa tenang jika Allah sudah beri rasa tenang dalam hati. Macam pejuang-pejuang di Palestin yang dikurung kejam oleh Israel.

Zamri Mohamad  on  04/30  at  07:38 AM

Oregon State University antara universiti yang aktif menampilkan wajah-wajah pensyarah yang sudah putih rambut dan tebal cermin mata di dalam Campus TV. Jadi selebriti, tapi gaya lama. Universiti kita bila lagi?

Fable Fox  on  05/01  at  05:43 AM

Tuhan ada menyebut ‘...kaum yang mengubah…’, saya sememangnya tenang kalau tiada pengacau. cuma saya ingin berada di kalangan kaum yang ingin mengubah nasib mereka.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.