Friday, December 09, 2005

Rahsia Kejayaan Majalah-majalah Karangkraf

Adakah saudara berminat menerbitkan majalah? Cuba saudara fikirkan maklumat ini.



Karangkraf adalah penerbit majalah bahasa Melayu yang paling besar. Suatu perkara yang menarik pada majalah-majalah Karangkraf adalah bahawa majalah-majalah itu tidak mengandungi banyak iklan di dalamnya.



Dalam pemikiran orang media mainstream, majalah dan akhbar komersial tidak mungkin dapat diterbitkan tanpa perolehan yang cukup daripada bayaran iklan. Tetapi jelas sekali majalah-majalah Krangkraf yang tidak mengandungi banyak iklan itu berjaya menjadikan Karangkraf penerbit majalah yang paling besar di negara itu.



Tanpa iklan, majalah-majalah Karangkaf hidup dengan menggunakan strategi yang amat berbeza daripada majalah-majalah lain, iaitu dengan mengawal kos pengeluarannya.



Dengan mengawal kos, Karangkraf mendapat keuntungan daripada jumlah edaran setiap majalahnya, di mana lebih tinggi edaran sesuatu majalah itu, lebih besar keuntungannya. Sebaliknya, dalam pemikiran mainstream, majalah dan akhbar mendapat untung daripada bayaran iklan, di mana lebih banyak iklan yang diterima, lebih besar keuntungan majalah itu.



Di manakah kelebihan strategi bisnes Karangkraf? Majalah-majalah yang bergantung kepada iklan mengalami 2 situasi:



(a) Yuran iklan tinggi pada masa ekonomi baik, tetapi apabila ekonomi jatuh, yuran iklan ikut jatuh dengan ketara sekali disebabkan agen-agen iklan yang cenderung tidak tidak membayar hutang. Perangai agen iklan culas membayar hutang adalah masalah paling besar para penerbit, baik dalam media cetak mahupun elektronik. Bandingkan isu ini dengan apa yang dialami oleh Krangkraf, di mana disebabkan majalah-majalah Karangkraf tidak bergantung kepada iklan, dalam masa ekonomi meleset sekalipun Karangkraf dapat mengekalkan keuntungannya.



(b) Majalah-majalah yang bergantung kepada perolehan iklan sentiasa mencetak iklan-iklan itu dahulu, kemudian baru meminta agensi iklan membayar yuran. Amalan ini memaksa majalah-majalah itu memberi kredit yang besar kepada agensi-agensi iklan. Risiko agensi-agensi iklan tidak membayar hutang kepada penerbit majalah adalah sangat tinggi. Risiko ini tidak dihadapi oleh Karangkraf. Disebabkan ia tidak bergantung kepada iklan, jikalau ada agensi yang mahu mengambil ruang iklan dalam majalah-majalah Karangkraf, syarikat itu berupaya memaksa agensi berkenaan membayar tunai sebelum iklannya dicetak. Majalah yang bergantung nyawa pada yuran iklan takkan dapat melakukan apa yang dilakukan oleh Karangkraf itu.



Jikalau saudara penerbit kecil, adakah saudara dapat meniru model bisnes Karangkraf?



Karangkraf dapat mengawal kos pengeluarannya disebabkan penerbit itu mempunyai percetakannya sendiri. Faktor kritikal ini tidak ada pada penerbit kecil seperti saudara.




 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Penerbitan Buku
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Cerita Lawan Teknik Penulisan Previous entry: Dicari: Penulis "Story-board"
sinaganaga  on  12/13  at  01:08 AM

MONOPOLI.

Logik tak idea ini? Kalau kau penerbit majalah dan ingin mengurangkan persaingan dengan majalah-majalah lain (or, kita katakanlah majalah lain tu menjadi pesaing terdekat kita) - kita beli hak penerbitan majalah lain tu.

Kemudian, kita ‘down’kan majalah yang kita baru beli itu. So, dengan ini kita dapat memfokuskan kuasa membeli kepada satu majalah sahaja. Iaitu, MAJALAH KITA! Amacam???

Tapi, siapalah kita nak beli hak penerbitan majalah tu? Ha ha.

Tapi, kalau kita kaya - logik tak?
——-

vrempire  on  12/14  at  05:00 AM

sinagaga,
kalau ada duit, yang tak logik pun boleh jadik logik gak..
smile

Ainon Mohd.  on  12/14  at  09:38 PM

Sdr. Naga,

Masihkah sdr ingat bagaimana Palmolive membeli dan kemudian berjaya membunuh Zaitun?

sinaganaga  on  12/19  at  03:09 AM

Ya ya. Masih ingat. Tidakkah itu yang berlaku kepada majalah DBP?

He he.

Latifah  on  12/21  at  03:29 AM

Bila ada yang bermonopoli, maka kualiti sudah tak ada.  Kalau tak percaya tengoklah pada majalah terbitan penerbit yg besar sekarang ini.  cukup membosankan.  asyik bawa cerita yang sama.  senang kerja, ulang yang sama dalam semua majalah.  yang bodoh pun belilah.  Bila tengok, semuanya cerita yang sama.  lain kali, si bodoh pun tak nak beli lagi.  Biar beli majalah yg penuh iklan saja, tak sangat sakit hati!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.