Wednesday, November 17, 2010

Anak-Anak Kelas Menengah Melayu dan Pasaran Buku Sastera Remaja Melayu

Namanya Raja Fara binti Raja Abd. Jalil (foto). Beliau adalah peminat AinMaisarah.

Raja Fara adalah contoh tipikal anak-anak keluarga kelas menengah Melayu, yang dibesarkan di dalam rumah di mana bahasa seharian mereka adalah bahasa Inggeris, dan mereka digalakkan membaca buku-buku cerita dalam bahasa Inggeris supaya penguasaan bahasa Inggerisnya bertambah baik.

Sehingga 7 tahun yang lalu, anak-anak kelas menengah Melayu tidak membaca sastera remaja dalam bahasa Melayu. Antara faktor yang menyebabkan fenomena itu adalah:

(i) Kedai-kedai buku elit seperti KINOKUNIYA, POPULAR dan MPH tidak menjual buku-buku sastera remaja dalam Bahasa Melayu, sedangkan golongan kelas menengah Melayu hanya pergi ke kedai-kedai itu bagi mendapatkan bahan bacaan mereka.

(ii) Buku-buku sastera remaja dalam Bahasa Melayu ada diterbitkan oleh penerbit seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), tetapi buku-buku itu tidak menepati citarasa anak-anak kelas menengah Melayu yang sudah biasa dengan kualiti buku Inggeris.

Pasaran kelas menengah Melayu adalah pasaran yang amat menguntungkan bagi penerbit buku kerana, (a) mereka mempunyai banyak wang lebihan, dan (b) mereka sangat mementingkan nilai pendidikan untuk anak-anak.

Bermula 7 tahun yang lalu PTS menerbitkan buku-buku sastera kanak-kanak dan remaja dalam bahasa Melayu yang memenuhi citarasa anak-anak kelas menengah Melayu.

Dalam postingnya di fanpage AinMaisarah, Raja Fara menulis:

"Kak Ain, saya ada koleksi semua buku bersiri seperti Aku Mahu..., Dear Yayah..., Sarah Dan ..., Nydia, Terendak & Bintang..., Melah Melia... dan Rayyan vs Naznin, dan buku-buku yang lain juga.

Bilangan buku-buku PTS yang saya miliki kini melebihi 150 buah buku (kebanyakannya terbitan PTS One dan PTS Islamika tetapi ada juga terbitan PTS Professional dan PTS Litera).

Tetapi, sesetengah buku yang saya minati seperti Nydia, Terendak & Bintang tidak dijual di Kedai Buku Harris (Popular), Tebrau City, J.B. Jadi saya terpaksa mencarinya di lain-lain kedai buku. Buku-buku baru PTS juga lambat sampai di kedai itu. Kalau semua buku bersiri terbitan PTS ada dijual di rangkaian kedai buku Popular maka lebih bagus, mudahlah saya dan kawan-kawan mendapatkannya.

Kawan-kawan saya pula ramai yang membaca buku PTS tetapi tidak dapat memberikan maklum balas mereka kerana ada yang tidak mempunyai akses kepada internet."

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku Pengurusan Melayu Mengambil Alih Rak Buku Management di dalam Cawangan Kedai Buku Elitis Previous entry: Tip Survival Penerbit Sastera Remaja: "Berbeza ataupun Berkubur"

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.