Friday, March 28, 2008

Rak Buku PTS di Bangkok

Di bawah adalah salinan komen dalam blog Prof. Kamil...

Salam Prof Kamil,

Siang tadi, saya ternampak Travelog Haji di rak buku PTS semasa menjenguk Pesta Buku Antarabangsa Bangkok di Queen Sirikit Convention Centre (26-7 April 2008). Nanti saya emailkan gambarnya kepada Prof.

Nota: Prof, saya dah jadi ‘penganggur terhormat’ sejak minggu lepas dan kini sedang berkelana di Thailand & Laos. Isnin balik lah ke KL - cari kerja!

ISKANDAR 

................... 

Nota Sifu: PTS menghantar wakil dan mempamerkan buku-buku bestsellernya di Pesta Buku Bangkok 2008 yang sedang berlangsung sekarang. Tujuan kita adalah bagi memperkenalkan kewujudan syarikat dan brand PTS kepada penerbit-penerbit Thai. Ini adalah strategi jangka masa panjang PTS bagi memasuki pasaran Thai.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Cukuplah! Previous entry: Mbook PTS-METADOME: Kini sudah dapat dibeli!
Iskandar  on  03/28  at  10:11 PM

Salam Puan Ainon,

Ini kali kedua saya hadiri Pesta Buku Antarabangsa Bangkok secara kebetulan. Kurang meriah berbanding 6 tahun lepas. Dulu, saya terserempak 2 pemenang SEA Writers Award dari Malaysia - Pak Muhammad Haji Salleh & Khadijah Hashim di Stesen BTS Nana.

Kali ini,tiada acara khas untuk pengunjung luar dari Thailand.Yang ada siaran langsung di TV sewaktu perasmian pesta buku oleh HRH Royal Princess Maha Sirindhorn.

Saya semalam senyum sumbing melihat naskhah Travelog Haji di Bangkok semasa pesta tersebut.Wakil PTS tak nampak pun disebelah petang.Saya capai ajelah katalog PTS yang ada di rak. Yang jaga kaunter Malaysia ialah gadis sukarelawan tempatan.

Saya seronok tengok orang Jerman & Taiwan buka ruang pameran besar-besaran.Tapi sayangnya,Malaysia?Satu sahaja - Pelangi Publications.

Mana DBP?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/28  at  10:27 PM

Alaikumussalam, Tuan Iskandar.

Tuan sudah pulang ke Malaysia ataupun masih berkelana di Bangkok? Saya cemburu kerana walaupun tuan menganggur tetapi mampu berkelana.

Ah! Saya suka istilah ‘berkelana’ yang tuan gunakan itu. Sudah lama kita tidak mendengar ataupun membaca istilah itu digunakan, kecuali apabila mendengar radio FM Klasik, sesekali ada perkataan itu digunakan dalam senikata lagu.

PTS berminat menerbitkan lebih banyak buku-buku travelog. Tuan tidak berminatkah menuliskan catatan travelog tuan?

Iskandar  on  03/29  at  09:56 PM

Puan Ainon,

Pelawaan Puan Ainon saya terima.Bila agaknya kursus penulisan PTS yang saya perlu hadiri?Nanti saya selongkar fail mencari balik contoh travelog yang Puan Ainon beri ‘lama’ dulu.

Saya masih berkelana (sambil menganggur) di Bangkok. Baru sahaja pulang dari Kanchanaburi - tapi tak sempat jenguk Jambatan Keretapi Maut di Sungai Kwai.Cuaca terlalu panas (3 botol air saiz besar tak cukup!) dan saya tak larat nak kayuh basikal lagi ke sana.Separuh jalan, saya pulangkan basikal yang saya sewa dan minta tauke kedai basikal hantar saya balik menaiki motorsikal ke Stesen Bas Kanchanaburi.

Tapi saya seronok sebab dapat lawati Perkuburan Perang Don Rak & Chu Kiang yang dikelolakan oleh Commonwealth War Graves Commission di sana.

Berbicara tentang berkelana, saya sebenarnya punyai obsesi untuk melawat 3 jenis tempat berikut:

1. Melawat semua Memorial & Tanah Perkuburan Perang Dunia Kedua yang dijaga oleh Commonwealth War Graves Commission. Setakat ini sudah 4 tapak yang saya sudah lawati:Liverpool,Taiping,Don Rak & Chun Kiang.Selepas ini, Kranji di Singapura.

2. Pekan/Kampung Buku di seluruh dunia.Langkawi,Hay-on-Wye di Wales & Wigtown di Scotland.

3. Hehehe.. yang ini saya rasa ramai ‘geng’ yang nak ikut. kedai-kedai buku terpakai.Saya secara jujurnya tak kisah langsung nak melawat tempat-tempat menarik tumpuan pelancong di Bangkok ini. Janji saya dapat masuk kedai buku di Bangkok ini,sudah cukup!

nota kaki:  Saya suka istilah ‘mengalir’ dalam Warkah dari Eropah tulisan Pak Samad Said.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/30  at  06:09 AM

Tuan Iskandar,

PTS ISLAMIKA mempunyai program menerbitkan buku-buku travelog Islami. Selepas buku “TRAVELOH HAJI” oleh Prof. Kamil, akan diterbitkan “TRAVELOG TURKEY” dan “TRAVELOG SUDAN” dan “TRAVELOG JEPUN”.

Konsep buku travelog Islami adalah di mana dalam travelog itu dimasukkan catatan pengalaman melawat tempat-tempat yang berkaitan dengan sejarah dan masyarakat Islam.

Nanti saya tulis entri bagi menerangkan konsep itu.

Saya akan hantar kepada tuan contoh travelog itu semula, supaya tuan termotivasi. Minta alamat emel tuan.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: