Wednesday, October 26, 2011

Rak Novel Remaja Sudah Sesak Badak

Beginilah keadaannya rak novel remaja sekarang ini.

Persaingan antara penerbit sudah sangat sengit, masing-masing menawarkan produk masing-masing yang sama cantik desain kulitnya dan sama menarik isi ceritanya.

Persaingan antara penulis-penulis pun sudah sangat sengit. Penulis senior bersaing dengan penulis senior.

Persaingan bagi penulis junior apatah lagi, mereka bukan hanya bersaing dengan penulis senior, mereka juga bersaing dengan penulis-penulis junior lain yang baru cuba-cuba masuk pasaran.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Brand AinMaisarah Terus Maju Previous entry: Tip Survival Penulis: Perkataan Menjadi Lusuh
mkriza  on  10/27  at  02:28 PM

Sekiranya kita ke kedai buku, banyak lambakan buku kanak-kanak. Desain caver semakin menarik dan hampir serupa sehingga kita gagal meneka buku-buku PTS. Lambakan ini adalah situasi baik. Namun untuk kekal di hati pembaca, novel kanak-kanak seharusnya menawarkan sesuatu yang berlainan. Isi kandungan misalnya. Itu patut menjadi USP penerbit. Bukannya faktor luaran sahaja. Saya mengkaji, jika sesebuah rumah penerbitan menghasilkan sesuatu yang bagus, rumah penerbitan lain akan meniru. Oleh itu, berfikir kreatif mencari sesuatu yang baru dalam menghasilkan novel kanak-kanak menjadi cabaran buat editor dan penulis.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/15  at  11:54 AM

lambakan menjadi bagus jika bukunya pun berkualiti.. rata-rata penerbitan lain kebanyakannya hanya tahu meniru sahaja atau dalam erti kata lain, menumpang kejayaan yang telah di buktikan oleh PTS tanpa membuat r&d mereka secara lebih bersungguh.. ibarat org melayu membuka perniagaan kopitiam.. yg dia tahu, cawan kopi cina mesti ada, kerusi & meja tradisional warung dam poster besar2 gambar lama.. tetapi bab servis & layanan tidak ditekankan atau dikaji, bab makanan pun ala kadar.. PTS insha ALlah akan terus maju, tapi sentiasa muhasabah dan jgn lupa diri especially kpd staffs yg berkerja… perbanyakkan juga buku dwibahasa kanak2..

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.