Monday, September 21, 2009

Rak Peragaan Dapat Menaikkan Jualan

Pada bulan Februari 2009, Jabatan Marketing PTS melancarkan strategi meningkatkan jualan novel-novel remaja PTS dengan membekalkan rak-rak peragaan bagi novel-novel itu kepada kedai-kedai terpilih.

Kedai-kedai yang dipilih itu adalah kedai-kedai buku agama tradisional yang sebelumnya tidak menjual novel-novel remaja kerana mereka mempunyai persepsi bahawa novel-novel remaja adalah bukan buku agama, dan isi kandungannya tidak cukup 'agama'. Mereka juga beranggapan pelanggan regular mereka tidak berminat membeli novel remaja.

Setiap rak itu berharga RM150.00 (foto) dan designnya ditempah khusus dari pembuatnya.

Rak-rak itu diperbuat daripada besi dan dipasangkan roda supaya mudah ditolak dan ditarik. Ini menggalakkan pekedai meletakkan rak di depan kedai, dengan itu orang yang lalu-lalang di hadapan kedai akan terpandang novel-novel yang dipamerkan.

Laporan daripada Tn. Azari Hashim mengatakan hasilnya amat baik. Jumlah jualan novel-novel PTS ONE meningkat di kedai-kedai di mana rak itu dibekalkan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Menunggu Cinta Tuhan Previous entry: Kedai Buku Marwilis di Shah Alam Bertukar Pemilik

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.