Rak Promosi Fiksyen Top-Seller PTS

PTS melaburkan banyak wang bagi mempromosi 2 kategori fiksyen iaitu (i) Novel remaja terbitan PTS One Sdn. Bhd. dan (ii) Novel Islami terbitan PTS Litera Utama Sdn. Bhd. dengan membekalkan rak khas kepada kedai-kedai yang terpilih (foto).
Ruang pada rak-rak buku dalam kedai-kedai buku adalah sangat terhad. Faktor ini menyebabkan novel-novel PTS sukar mendapatkan tempat di rak-rak yang terletak di kawasan strategik dalam kedai-kedai buku.
Lokasi yang paling strategik adalah di kawasan berdekatan dengan pintu masuk kedai.
Bagi memastikan novel-novel PTS ditempatkan di depan pintu masuk kedai, PTS kini membekalkan kepada kedai-kedai buku rak-rak beroda bagi mempamerkan novel-novel PTS yang termasuk dalam senarai top-seller PTS.
Rak-rak beroda ini mudah ditolak ke depan pintu di mana orang yang lalu-lalang di depan kedai mudah ternampak. Ia juga mudah ditolak masuk semula ke dalam kedai apabila kedai ditutup.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Terima kasih puan kerana dengan adanya rak tersebut, kami dengan mudah dapat mempromosikan buku-buku novel remaja di sebelah kaunter pembayaran di kedai kami.
Rak tersebut juga kami bawa ke pesta buku yang kami sertai baru-baru ini.
Cara promosi yang sangat berkesan bagi saya.
Assalamualaikum Puan Sifu Ainon,
Memang sungguh cantik…baju dan tudung peraga rak buku itu. Kesitu pula saya…
Satu cadangan saya, supaya diletakkan penutup di sebelah bawah rak tersebut dengan design yang seragam dengan design gambar sebelah atas rak.
Pada saya, rak tersebut kelihatannya seolah-olah seperti orang yang berbaju tapi tidak berseluar. Di sebelah bawah itu kelihatan sungguh kosong.
Wassalam
Post a comment