Friday, January 08, 2010

Rak Promosi Komik-M dari PTS yang Syariah-Compliant

PTS mempunyai strategi bisnes yang membolehkannya menjadi pemain utama dalam sektor komik Islami.

Sepanjang tahun 2010 ini jabatan marketing PTS akan memberi fokus pada promosi siri Komik-M. Duta PTS, Puan Ain Maisarah, akan membantu promosi Komik-M apabila beliau menjalan Projek Jelajah Sekolah 2010 dengan menerangkan kepada guru-guru ciri-ciri terbaik Komik-M.

Siri Komik-M (singkatan 'Komik-Malaysia') yang mempunyai ciri:

(i) Mematuhi syariah, yakni tidak mengandung unsur-unsur yang tidak diizinkan oleh agama, sebagai contoh, dalam Komik-M, tidak terdapat lukisan yang mendedahkan bahagian aurat perempuan.

(ii) Menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT), supaya dengan membaca Komik-M, para remaja tetap terhibur sambil belajar sistem ejaan dan tatabahasa yang betul.

(iii) Tidak memberi kemenangan moral kepada watak-watak yang buruk akhlaknya.

Salah satu strategi promosi yang digunakan oleh PTS adalah membekalkan rak-rak khas (foto) kepada para pekedai bagi mempamerkan Komik-M di hadapan pintu masuk.

Rak-rak itu ditempah khas oleh jabatan marketing PTS supaya mempunyai roda, dengan itu mudah bagi pekedai menolak rak itu ke lokasi yang dikehendaki.

Walaupun kos membekalkan rak khas itu menelan bajet promosi yang tinggi, namun ia adalah strategi jangka masa panjang bagi meningkatkan populariti dan jualan Komik-M.

Pasa masa ini unit Komik-M kini masih berada di bawah PTS Millenia Sdn. Bhd. Lembaga pengarah PTS sudah bersetuju Komik-M akan dijadikan anak syarikat sendiri bertaraf sendirian berhad apabila jumlah judul yang diterbitkan sudah membolehkan unit itu berdiri sendiri.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Cabaran Bagaimana Mahu Meyakinkan Kedai Buku Agama Tradisional Supaya Mahu Menjual Komik-M Previous entry: Persiapan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010: Tugas Pegawai Promosi Media PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/09  at  07:15 PM

sy harap pts terjemahkan kata ‘syariah-compliant’ ke bahasa melayu. terima kasih.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: