Rakyat Malaysia Membaca di Mana-mana
Orang sudah mula tidak berasa janggal membaca di mana-mana. Tabiat membaca di tempat terbuka kini menjadi semakin popular.
Bukan semua jenis buku sesuai dibaca di tempat-tempat yang bising, panas dan tiada kemudahan kerusi yang selesa. Ini bermakna para penerbit buku perlu menerbitkan buku-buku yang sesuai bagi tujuan dibaca di tempat awam seperti itu.
Seperti yang kelihatan dalam foto ini, lelaki tua itu membaca buku nipis, yang mungkin dibeli pada harga RM5.00.
Orang-orang tua memerlukan buku-buku yang dicetak menggunakan saiz huruf yang lebih besar kerana faktor mata yang sudah rabun dekat. Layout teksnya juga perlu disusun supaya lapang, yakni tidak kelihatan pekat dan semak.
Nota: Foto ikhsan Tn. Syahrul Junaini pengarang buku "Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni".
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Bagaimana pula agaknya buku-buku yang sasarannya untuk pembaca remaja dan belia?
Adakah M-Book berkesan dalam menggalakkan mereka membaca di tempat awam?
Adakah mereka masih suka membaca ‘manga’ atau sudah beralih kepada Komik-M?
Mungkin senario ini akan berubah apabila bertambahnya light-novel terbitan PTS?
Inilah kehendak praktikal bagi konsep pembelajaran sepanjang hayat (Lokasi: Jalan Tun Fuad Stephen, Kota Kibabalu).
http://www.syahrulnizam.com/2009/11/pembelajaran-sepanjang-hayat.html
Post a comment