Thursday, October 21, 2010

Rancangan Promosi Komik-M

Tuan Wan Zuhairi, ketua unit Komik-M, memberitahu pada tahun 2011 PTS akan menganjurkan peraduan melukis komik peringkat sekolah-sekolah.

Tujuan peraduan itu adalah:

1. Memperkenalkan brand Komik-M ke sekolah-sekolah di seluruh negara.

2. Menyedarkan pihak guru-guru bahawa bakat melukis adalah bakat yang mempunyai nilai komersial tinggi dan perlu dipupuk di kalangan pelajar.

3. Mencari bakat-bakat baru di kalangan pelukis komik bagi mendapatkan generasi pelapis.

4. Meningkatkan jumlah peminat Komik-M.

5. Mendorong kedai-kedai buku di bandar-bandar kecil supaya menjual Komik-M.

Menurut Tn. Wan Zuhairi, dalam pertandingan itu nanti, penyertaan adalah atas nama sekolah. Guru-guru dan pelajar sama-sama boleh ikut serta dalam pertandingan itu. 

Lukisan-lukisan yang menang akan diterbitkan oleh PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(6) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Laut Biru: Sastera Agama Previous entry: Kuasa Kedai Buku ke Atas Nasib Buku: Kes Komik-M
azhar  on  10/22  at  12:54 AM

saya sokong..

nak adakan demo dan bengkel pon buleh..

saya sedia terlibat.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/22  at  02:05 AM

Alhamdulillah.. Satu usaha yang sangat baik.

Zucafly Awang  on  10/22  at  02:55 AM

ONE Academy pun pernah dan masih menghantar info prospektus kerjaya games designer, illustrators dan comics kat sekolah2 melalui Panitia Pendidikan Seni dan Visual. Tuan Wanzu pun boleh menggunakan pendekatan yang sama hantar info ke sekolah-sekolah dan penyertaan boleh menggunakan kaedah hantar / submit submission secara online.

Saya setuju dan sokong dan akan kadetkan pelajar-pelajar yang ada bakat di sekolah saya.

Syaizul Amal  on  10/22  at  04:47 AM

Bersempena Program Jelajah Sekolah AinMaisarah 2011, kami meletakkan sasaran 50 buah sekolah tahun hadapan, 30 buah sekolah rendah dan 20 buah sekolah menengah.

Kami berharap dapat bekerjasama dengan pihak Komik-M dalam program ini. Kami mencari pelukis komik yang boleh ;

a) Memberi ucapan 15 minit di perhimpunan pagi.
b) Memberikan bengkel melukis selama 2 jam.
c) Memberikan demonstrasi lukisan di kantin sekolah pada waktu rehat.

Pelukis boleh menjual komik masing-masing dan mengambil untung dari komik yang dijual.

Wasalam
Syaizul
Pengurus AinMaisarah

Wan Zuhairi  on  10/22  at  10:01 AM

Terima kasih atas maklum balas yang baik ini Tuan Syaizul. Kami sangat berbesar hati dan sedia berkerjasama.

Kami akan menghubungi tuan bagi perbincangan lanjut.

Terima kasih tuan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/25  at  09:25 AM

Saya sokong pertandingan ini.. Para guru harus disedarkan dengan bakat pelajar-pelajar mereka..Teruskan usaha anda Encik Wanzu. Hidup Komik-M!!!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.