Thursday, July 02, 2009

Rangkaian Kedai Buku POPULAR Semakin Agresif Mempromosi Buku-buku Melayu

Syarikat kedai buku POPULAR Bookstores adalah rakan niaga PTS yang nombor 1. Rangkaian POPULAR menjual paling banyak buku-buku PTS, mengatasi jumlah jualan MPH.

POPULAR adalah milik pelabur Cina Singapura. Syarikat itu mempunyai jumlah cawangan paling banyak di seluruh negara. Pada masa ini jumlah cawangannya adalah 65, dan akan terus bertambah menjadi 100 sebagaimana yang dirancang.

Manakala MPH pernah menjadi benteng buku Inggeris, POPULAR pula pernah menjadi benteng buku Cina.

Sebagaimana KINOKUNIYA dan MPH kini sudah membuka pintunya kepada buku-buku Melayu, perkara yang sama dilakukan oleh POPULAR. Malah POPULAR adalah lebih agresif berbanding dengan KINO dan MPH.

Sempena kedatangan bulan Ramadhan tidak lama lagi, POPULAR sekarang sedang bersiap-siap melancarkan kempen promosi buku-buku yang sesuai bagi bulan mulia itu.

Bagaimana kedai buku yang selama ini menjadi benteng buku Cina kini begitu komited mempromosi buku-buku Melayu adalah suatu perkara yang tidak pernah terbayangkan oleh kita. Apatah lagi perkara ini berlaku pada saat kerajaan BN sedang menekankan penguasaan bahasa Inggeris.

Kos melancarkan kempen promosi adalah tinggi, namun begitu POPULAR sanggup melabur bagi kempen tersebut. Apakah maknanya itu?

Nota: Syarikat Popular ditubuhkan di Singapura pada tahun 1924 dengan nama Cheng Hing Company, oleh pendirinya Mendiang Chou Sing Chu, iaitu pasa zaman kegemilangan pasaran buku-buku Cina di sana.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Pesta Buku Selangor Bermula Hari Ini! Kompleks PKNS Shah Alam Previous entry: Novel Remaja Terbaru dari PTS
Ibnu Salleh  on  07/02  at  02:54 PM

Assalamualaikum,

Dalam keghairahan Pemilik PTS mengejar keuntungan dan pembangunan minda bangsa, sayugia diingatkan semoga Puan lebih berhati-hati ketika melangkah. Puan mesti ingat bahawa sa-nya sa-tiap gerak dan geri Puan diperhatikan oleh kawan dan lawan.

Sa-bagaimana Puan telah memashyurkan Kaedah Surah Yusuf, maka Puan mesti juga memperingati inti-inti Surah Yusuf yang membincangkan pusingan berkala sa-buah perniagaan.

Maka di sini sahaya mempersoalkan apatah di dalam keghairahan Puan mengejar dan menghambat serta membangunkan perniagaan ini, maka Puan telah menyediakan satu perlengkapan untuk satu kejatuhan yang menyakitkan?

Sahaya percaya Puan mungkin telah bersiap. Tetapi hendaklah Puan sedar bahawa sa-nya musuh sedang mengintai kejayaan Puan.

Sa-kiranya industri buku-buku bahasa inggeris dan bahasa cina boleh merosot, ini juga bermakna buku-buku bahasa melayu juga boleh mengalami perkara yang sa-rupa.(Ingat kembali bagaimana yang terjadi ka-pada buku-buku DBP)

Maka sa-kali lagi sahaya ingin bertanya, apakah sudah siap disediakan rencana-rencana untuk sa-ratus tahun yang akan datang? Supaya anak cucu sahaya dapat berbangga dengan bahasa melayu?

Usah dijawab sa-gala pertanyaan sahaya, cuma sahaya risau sahaja.

Yang Mengasihi PTS,
Ibnu Salleh

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: