Saturday, May 26, 2007

Rangkaian POPULAR Semakin Popular

Dalam jamuan makan malam gala anjuran rangkaian kedai buku POPULAR malam Sabtu lalu, saya sempat berbual-bual dengan Cik Azarina, Eksekutif Jabatan Melayu rangkaian itu. Beliau bertugas memilih judul-judul Melayu yang dipamerkan dalam kedai-kedai rangkaian itu.

Menurut beliau, sehingga saat ini, POPULAR sudah mempunyai 65 buah kedai di seluruh Malaysia, yakni termasuk Sabah dan Sarawak.

Daripada sumber lain, kita mendengar khabar POPULAR mempunyai target 100 buah cawangan dalam masa 5 tahun dari sekarang.

Bayangkan kalau 1 cawangan mengambil 10 naskhah bagi setiap judul terbitan PTS, ini bererti bagi setiap judul, POPULAR akan memesan 1000 naskhah!

Data jualan buku-buku PTS ke POPULAR menunjukkan trend yang naik berterusan tahun-demi-tahun.

Berdasarkan data itu kita membuat forecast (unjuran) nilai buku-buku yang dibekalkan oleh PTS ke rangkaian POPULAR bagi tahun 2007 dapat mencapai antara RM1.7 - 2.0 juta.

Ini bermakna para penulis PTS perlu memahami buku-buku yang bagaimana yang diminati oleh pengunjung kedai-kedai POPULAR.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • POPULAR
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Nasib Penulis: di Sana Terkena, di Sini pun Terkena Previous entry: Buku Teknik Belajar Paling Laris
MBA  on  05/26  at  01:35 PM

Sifu-san;

Ini bermakna para penulis PTS perlu memahami buku-buku yang bagaimana yang diminati oleh pengunjung kedai-kedai POPULAR.

Sifu-san tolong-tolonglah berikan tips!. Buku bagaimana agaknya ya?. Esok saya akan datang kursus insyaallah. Saya terpaksa berkorban banyak perkara untuk datang esok. Nyaris-nyaris nyawa melayang :-(

Isu ini akan saya terangkan dalam entri!

——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/26  at  03:41 PM

Puan Sifu,

Semasa mencari kedai buku di bandaraya kuching tempoh hari, saya berpeluang ke tiga buah kedai buku yang berhampiran dengan hotel yang saya menginap. Satunya ialah Times book Store, Popular Book Store di Tun Jugah Mall dan Prima Book Store di SEDC Complex.

Banyak novel kanak-kanak dan remaja Melayu PTS boleh didapati di Popular dan Prima Book Store tetapi tidak di Times Book Store.

Tahniah bagi pihak pemasaran PTS dan Puan Sifu.

En. Aliff, POPULAR sedang membuka 2 cawangan baru di Sabah. Dengan itu edaran buku-buku PTS akan naik lebih rancak di sana.

Jiwa Rasa  on  05/27  at  12:42 PM

Puan Ainon,

Saya selalunyna membeli buku yang biasa-biasa, yang boleh ditemui di mana-mana kedai buku; di kedai buku Popular.

Saya rasa ramai pencinta buku lain juga seperti saya. Membeli di Popular kerana diskaun yang tinggi untuk yang mempunyai kad ahli Popular.

Sekadar maklumat untuk PTS merancang strategi penjualan.

Naga Buana a.k.a Web Sutera  on  05/30  at  04:54 AM

Memang semakin popular. Saya salah seorang pemegang kad keahlian Popular untuk tahun ke empat berturut-turut

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.