Wednesday, November 15, 2006

Rangkaian RYTHM Mengecut

Ini berita terbaru dari dunia book-trade dalam negeri.

Rangakaian kedai buku RYTHM kini sedang mengecut apabila 7 buah cawangannya di Johor, sebuah di Melaka dan sebuah lagi di Kedah, ditutup.

Pada waktu yang sama rangakaian MPH akan membuka 3 cawangan baru di Sarawak. Rangakaian POPULAR pula adalah rangkaian paling banyak outlet sekarang dan paling agresif membuka cawangan baru.

Mengapakah RYTHM mengecut manakala rangkaian lain berkembang?

Cawangan RYTHM adalah cawangan francais, manakala rangakaian lain seperti MPH, POPULAR dan BORDERS membuka cawangan mereka sendiri.

Jika saudara mempunyai sedikit modal, saudara boleh memohon francais RYTHM yang dikendalikan dengan dukungan PUNB (Perbadanan Usahawan Nasional Bhd, anak syarikat PNB) di mana PUNB akan memberikan pinjaman modal sekitar RM300 ribu kepada usahawan yang dipilih.

Skim PUNB ini menyebabkan banyak pemegang francais RYTHM terdiri daripada individu-individu Melayu yang tidak mempunyai bakat berniaga, setakat pandai menyediakan kertas proposal bisnes, tetapi disebabkan banyak faktor-faktor non-bisnes, mereka tetap diberikan dukungan pinjaman oleh PUNB.

Apabila cawangan RYTHM ditutup, para penerbit sakit, sebab buku-buku penerbit yang ada dalam dalam kedai cawangan itu dipulangkan sebagai buku return.

Apakah kesannya kepada penulis apabila RYTHM tutup cawangan?

Royalti buku-buku dalam cawangan itu sudah dibayar kepada penulis tahun ini. Apabila buku-buku itu di-return, jumlah royalti yang sudah dibayar itu akan di-debit daripada kiraan royalti penulis daripada akaun tahun akan datang.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Sains Penulisan
(7) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Penulis Novel Cinta dan Red Ocean Previous entry: Novel Jibusnyi PTS dan Strategi Bisnes Gaya Blue Ocean
zalisa  on  11/15  at  07:43 AM

aduh, sakitnya mendengar berita hebat ini!
——-

zeti  on  11/15  at  09:19 AM

Yang dapat francais itu perlu belajar dengan Sifu PTS, bagaimana mahu menjadi penerbit, penjual, pengedar buku dan bahan bacaan yang hebat!

Juga gosip-gosip yang tidak diketahu

grin

alang kelana  on  11/15  at  11:35 PM

Puan Sifu,

Belum lagikah tiba masa bagi PTS mengadakan bengkel mengenai cara-cara mengendalikan cawangan berfrancais seperti RYTHM itu?

Apa kata iklankan hasrat mengadakan kursus tersebut di dalam laman ini, dengan diletak syarat “Bengkel hanya akan diadakan hanya jika quota 20 peserta dicapai..”

Puan Ainon Mohd.  on  11/16  at  07:10 AM

Sheikh Alang,

Kursus memberi ilmu dan maklumat. Bengkel memberi skill, itu sebab mesti buat latihan dalam bengkel.

Mentoring (berguru) memberi dorongan, ilmu dan skill sekaligus!

PTS memberi mentoring kepada penerbit baru secara percuma. Mentee PTS yang serius berguru kepada PTS saat ini adalah KarnaDya. Tuan-tuan tengoklah, tidak lama dari sekarang nama KarnaDya akan jadi buah mulut baru dalam dunia book-trade!

Isu francais RYTHM ini tidak dapat diselesaikan oleh PTS. RYTHM dan PUNB-lah yang mesti menyelesaikannya. Ini masalah mereka, dan mereka berdua yang menanggung risikonya.

PTS tidak mempunyai ilmu tentang francais kedai buku. Kekuatan PTS adalah trade-book publishing dalam Bahasa Melayu.

alang kelana  on  11/16  at  08:08 AM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

Semoga akan maju dan berkembang lagi beberapa penerbit seumpama KarnaDya, dan 2-3 tahun dari sekarang akan ada beberapa penerbit yang telah berguru dengan PTS yang serupa KarnaDya, dan di dalam masa terdekat akan terbentuklah suatu rangkaian penerbit-penerbit yang syariah-‘compliant’ dan berdaya saing…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/16  at  10:46 AM

Menurut seoranr rakan saya yang terlibat secara langsung dengan Rhtyhm, punca masalahnya ialah “management problem” di peringkat ‘atasan’. Tidak perlulah dihuraikan dengan details di sini, tetapi apabila kepala ikan sudah busuk, maka tubuhnya akan menerima nasib yang sama.

Puan Ainon Mohd.  on  11/16  at  11:16 AM

Sdr Saifuddin,

Saya pun dengar cerita yang seperti itu. Cerita kepala ikan busuk. Ini kes ikan kroni yang tak tahu biji butir menjalankan operasi syarikat, tetapi dia ada connection dan berjaya ambil hutang dari bank berpuluh2 juta, kemudian beli saham RYTHM. Sekelip mata dari orang makan gaji dia pun menjadi ‘usahawan’ dan jutawan bumiputera.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: