Rasmi! METADOME dan PTS Kini Rakanniaga Pintar dalam Projek Buku Mobile




PTS dan METADOME kini rasmi menjadi rakanniaga pintar dalam usaha membangunkan pasaran buku mobile di negara ini.Buku-buku ini adalah antara 20 judul PTS yang dipilih sebagai kumpulan pertama dan kini sedang dalam proses "content-development" bagi diterbitkan sebagai buku mobile oleh METADOME.
Pihak PTS sedang mengenal pasti dan memilih lebih banyak judul buku yang diramalkan sesuai dipasarkan sebagai buku mobile.
Kita percaya dengan terjalinnya sinergi korporat antara PTS-METADOME, perkembangan sektor pasaran buku-buku Melayu yang berkualiti dapat dimeriahkan lagi.
Kita juga percaya, perkembangan terbaru ini dapat menjadikan PTS lebih menarik sebagai penerbit pilihan pertama pengarang-pengarang tempatan yang berjuang memandaikan bangsa melalui karya mereka.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment