Rejab FI sebagai Model Karyawan
Rejab FI adalah penulis buku-buku novel remaja yang 'mati hidup semula'. Pada tahun 70-an dan 80-an beliau banyak menulis novel-novel remaja. Kemudian beliau patah semangat sebab jualan buku-bukunya terhenti, tidak membawa sebarang pendapatan lagi.
Apabila beliau setuju mendapatkan semula semua hak penerbitan buku-bukunya dan membenarkan PTS menerbitkan semula buku-buku itu, barulah Rejab FI hidup semula.
Pengajaran daripada kes Rejab FI:
- Nasib baik Rejab FI tidak pernah menjual hakcipta novel-novelnya kepada mana-mana penerbit, oleh itu karya-karya itu dapat diserahkan kepada PTS sebagai penerbit barunya.
- Nasib baik jumlah novel remajanya banyak, iaitu hampir 20 judul, oleh itu PTS beminat menerbitkan kebanyakan buku-bukunya. Kalau karyanya kurang daripada 10 buah, susah bagi PTS mempromosi semula nama beliau.
- Nasib baik tema novel-novel Rejab FI bersifat evergreen, oleh itu cerita-cerita itu masih dapat dinikmati sampai hari ini walaupun buku-bukunya itu sudah 20 tahun dahulu waktu mula-mula diterbitkan.
Hingga hari ini sudah 10 buah novel remaja Rejab FI yang diterbitkan semula oleh PTS, dan sambutannya baik, dan semuanya sudah diulang cetak. Judul-judul lain sedang diusahakan penerbitannya.
Rejab FI juga seorang pengarang yang mudah dibawa berunding. Beliau mudah memahami mengapa pihak PTS perlu melakukan beberapa perkara sebelum buku-bukunya dapat diterbitkan semula.
Sikapnya yang mudah memberikan kerjasama kepada PTS menjadikan kerja-kerja menerbitkan semula karya-karynya jauh lebih mudah. Hasilnya, daripada sudut pendapatan, hingga saat ini Rejab FI adalah penulis kreatif TOP di PTS.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Projek Telah Bermula.
Diperlukan segera.
1. Penulis skrip Majalah TV 13 episod
2. Skrip/sinopsis Telenovela 52 episod (45 minit x 52ep)
3. Beberapa naskah skrip Telemovie
4. Penyelidk untuk program siri bual bicara OKU (26ep)
Bagi siri Majalah di perlukan 2 orang penulis/researcher.
Bagi siri Telenovela di perlukan 5 orang penulis. Jika ada novel saudara yang sesuai boleh di bicang untuk kesesuaian pernerbitan.
Di minta kesemua penulis yang mahu menjadikan bidang penulisan skrip sebagai alternatif sila hantar nama anda kepada puan Ainon dalam kadar segera. Satu borang khas akan dikeluarkan bagi tujuan tersebut.
Kepada yang mahu mengikuti sisi kaji selidik filem Mat Kilau sila datang ke pejabat saya pada hari Sabtu pukul 2pm untuk sesi temuduga dan suai kenal.
Sesi atihan kursus penulisn skrip akan di sambung pada minggu hadapan dan tarikh akan di tetapakan kelak dengaan persetuan Pn Ainon.
Taklimat berkenaan siri animasi juga kan di adakan pada tarikh danmasa yang sama.
Terima Kasih
Post a comment