Thursday, March 27, 2008

Reka Cipta Lembut, Reka Cipta Keras, dan Korupsi di Kementerian Pelajaran

Ada dua jenis design: "hard design" dan "soft design".

Desain keras adalah desain yang konkrit, yakni benda-benda yang dapat dilihat dengan mata kepala.

Desain lembut adalah desain abstrak, seperti strategi, formula, algoritme, prodesur, metod, teknik, taktik, resipi, komposisi, layout, termasuklah desain hasil-perundingan, dan seumpamanya.

Dalam persaingan, kita mungkin berjaya menghasilkan desain keras yang lebih bagus daripada desain pesaing-pesaing kita, tetapi kita mungkin kalah pada desain lembut yang kita gunakan dalam bersaing.

Mata pelajaran rekacipta di sekolah sekarang hanya mengajarkan desain keras teknikal. Desain jenis ini memang menguntungkan kontraktor, kerana di situlah ada peluang mereka menjadi pembekal alat dan bahan-bahan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Kemahiran mencipta desain-desain lembut tidak dimasukkan dalam kurikulum reka cipta.

Desain keras yang bagus hanya dapat menang dalam persaingan pasaran apabila ia disertai dengan desain lembut yang bagus.

Bagi mengajarkan kemahiran mecipta desain lembut, alat yang digunakan adalah otak, manakala bahan mentahnya adalah pengetahuan dalam ilmu-ilmu bantu, juga suatu benda yang letaknya dalam otak.

Mengajarkan kemahiran mencipta desain-desain lembut tidak menguntungkan kontraktor dan ahli-ahli politik yang korup.

Pengajaran desain lembut tidak memerlukan menteri dan kementerian pelajaran mengeluarkan kontrak membina makmal, dan kontrak membekalkan peralatan yang mahal-mahal seperti F1, LEGO dan DEPCO.

Ambil kes kejayaan brand RamLY Burger. Burger adalah benda jenis desain keras. Strategi bagaimana En. Ramli bin Mokni - yang gagal masuk universiti - berjaya membekalkan burgernya kepada rangkaian supermarket  di seluruh negara dan survive dalam persaingan pasaran burger yang sengit, adalah contoh jenis desain lembut. (Kes strategi dan taktik ciptaan En. Ramly bin Mokni itu ada saya terangkan dalam buku saya.)

Banyak rakyat Malaysia (khususnya di kalangan orang Melayu) yang pandai menghasilkan desain-desain keras, tetapi mereka tidak pandai menghasilkan desain-desain lembut, lalu produk mereka tidak laku.

Nota: Pernahkah tuan-tuan mendengar cerita suatu masa lalu beberapa saintis yang bertugas dalam organisasi kerajaan Malaysia berjaya menghasilkan gajet pembuka durian? Cerita dan gambar gajet itu dilaporkan di muka depan akhbar perdana. Apa jadi dengan reka cipta itu?

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Terbit Sempena Pesta Buku Previous entry: Penjelasan Sifu Mengapa UNIKA Tidak Menapis Komen Negatif
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/27  at  11:48 AM

Pergh! Kaw kaw la Universiti PiTiS ni. Pitis kasi lebat beb. Promo, jangan tak promo. Run kuda Khairy, run!

Kudaku lari gagah berani!!!

Apalah nak jadi ngan BN ni. Patut pun kalah kat selangor.

...............

Nota Sifu: Tuan Mizi, mohon menulis dengan menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/27  at  12:07 PM

Bahasa Melayu tinggi? Manalah aku tau. Aku tau tengok lumba kuda politik je. Kamus dewan pun dah berapa kali ubah dan cetak. Taktik tukar spelling setiap 10 tahun untuk bagi laku itu kamus. Spelling perkataan “baru” dah berapa kali tukar tah. Sekejap “Bharu”, sekejap “Bahru” sekejap “Baru”, sekarang “Baharu”. Apa da!

Camni la sifu. Daripada sifu duduk promo tayang kulit buku kat website ni, apa kata sifu publish je semua buku sifu kat web. Orang yang berhemat belanja macam saya ni boleh gak baca. Terpelajar jugalah nanti saya atas jasa dan ehsan sifu. Takdele saya guna bahasa tak tinggi ni lagi kan?

Kerajaan pun jimat. Mesra alam pulak tu! Takde lah banyak pokok kena tebang buat buku sifu.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/18  at  02:35 PM

salam..maaf mengganggu..but i’m interested with ramli mokni..would you care to tell me more about him..such what what his strategy an his complete profile..tq

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: