Saturday, June 20, 2009

Sektor Remaja Cina adalah Target Fiksyen Melayu

Kaum Cina yang pandai membaca tulisan Cina mempunyai banyak pilihan jika membaca buku dalam bahasa Cina. Dalam kedai-kedai buku Cina terdapat banyak judul bagi memenuhi pelbagai keperluan dan citarasa mereka.

Besarnya pasaran buku Cina dapat dilihat apabila syarikat kedai buku POPULAR setiap bulan mengimport antara 2 ribu hingga 3 ribu judul buku Cina dari Cina, Taiwan dan Hong Kong.

Meskipun kerajaan berkempen supaya rakyat menguasai bahasa Inggeris, namun pasaran buku Cina (dan buku Melayu) tumbuh dan berkembang dengan menggebu-gebu, manakala pasaran buku Inggeris sejak 5 tahun belakangan ini tidak berkembang. 

Ada sebahagian kaum Cina yang tidak pandai membaca tulisan Cina. Mereka juga tidak fasih membaca dalam bahasa Inggeris. Mereka pandai membaca dalam bahasa Melayu. Mereka terdiri daripada:

(i) Remaja Cina di bandar-bandar besar yang tidak bersekolah di sekolah-sekolah Cina, sebaliknya belajar di sekolah aliran kebangsaan. Mereka tidak fasih bahasa Inggeris kerana ibu bapa mereka tidak bercakap Inggeris di rumah.

(ii) Remaja Cina yang tinggal di bandar-bandar kecil di mana di situ tidak ada sekolah menengah Cina, oleh itu mereka pergi ke sekolah aliran kebangsaan.

Remaja Cina yang tinggal di bandar-bandar besar dan datang daripada keluarga kaya dapat membaca dalam bahasa Inggeris disebabkan ibu bapa mereka menggunakan bahasa Inggeris di rumah. Pada waktu yang sama mereka juga dapat membaca dalam bahasa Melayu kerana mereka pergi ke sekolah aliran kebangsaan.

Pasaran remaja Cina yang pandai membaca dalam bahasa Melayu inilah yang menjadi Laut Biru bagi fiksyen Melayu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Rak Promosi Fiksyen Top-Seller PTS Previous entry: Bajet Promosi PTS
faizul Kamaruddin  on  06/20  at  11:30 AM

Ini budak perempuan yang berlakon dalam video klip promosi novel itu kan.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: