Remaja Menulis Buku untuk Remaja
Idea supaya penulis remaja ataupun penulis remaja awal diminta menulis buku-buku untuk bacaan golongan remaja awal dan kanak-kanak bukanlah suatu idea baru. Idea ini sudah sejak lama dahulu dicuba di serata dunia.
Didapati jualan buku remaja dan kanak-kanak yang ditulis oleh penulis-penulis remaja dan kanak-kanak tidak memberangsangkan. Ada beberapa faktor yang menyebabkan perkara ini:
(i) Daya imaginasi remaja dan kanak-kanak adalah amat terbatas hanya disebabkan mereka itu masih amat muda. Mereka belum mempunyai banyak pengalaman, oleh itu mereka belum dapat mencipta pelbagai angan-angan yang membuka daya imaginasi pembaca remaja dan kanak-kanak.
(ii) Bakat bercerita remaja dan kanak-kanak belum cukup berkembang oleh itu mereka belum dapat mencipta plot dan sub-plot cerita yang kompleks.
(iii) Penguasaan bahasa remaja dan kanak-kanak juga belum cukup berkembang bagi membolehkan mereka menghasilkan pelbagai bentuk ayat-ayat dan perbendaharaan kata yang segar.
(iv) Remaja dan kanak-kanak belum mempunyai ilmu-ilmu bantu yang penting bagi menghasilkan cerita-cerita yang menarik.
(v) Remaja dan kanak-kanak belum lama hidup oleh itu mereka belum mempunyai kebijaksaan atau 'wisdom' tentang manusia dan kehidupan yang dapat dijadikan mesej tersembunyi di sebalik cerita-cerita yang dihasilkan.
Penulis remaja dan kanak-kanak tidak dapat menghasikan cerita-cerita seperti siri Sang Kancil, Micky Mouse, Donald Duck, Harry Potter ataupun cerita-cerita Hans Christian Anderson.
Justeru siapakah yang lebih berupaya menghasilkan buku-buku cerita untuk bacaan remaja dan kanak? Jawapanya: Penulis dewasa yang memahami jiwa remaja dan jiwa kanak-kanak.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Berenang di laut adalah suatu pengalaman. Sukar menceritakan pengalaman berenang ketika anda sedang berenang kerana anda sedang sibuk berenang. Untuk bercerita pengalaman berenang ialah bila anda telah keluar dari laut itu dan berada dalam situasi tidak berenang.
Post a comment