Friday, June 08, 2007

Renungan Hari Jumaat: Mentaliti Hadiah-hadiahan

Malam tadi Sifu hadir forum di DBP yang membincangkan Hadiah Nobel, sempena seminar sastera perbandingan yang diadakan mulai Jumaat sampai Ahad ini.

Lagi-lagi isu bagaimana sasterawan Malaysia hendak diketengahkan supaya layak memenangi Hadiah Nobel.

Nabi Muhammad tidak meninggalkan sunnah yang mengajar kita supaya berkarya bagi mendapatkan hadiah-hadiah daripada sesama manusia, apatah lagi hadiah daripada orang-orang kafir!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Isu Semasa
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tiga Kali Khatam Previous entry: Khutbah Jumaat PTS: Jihad Memerangi 'Infomation Deficit'
Saifuddin  on  06/08  at  11:36 AM

Puan Ainon,

Bagi saya itu cuma untuk mendapatkan pengiktirafan sahaja. Tiada apa yang istimewa. Tetapi penulis mestilah ikhlas menghasilkan karyanya. ‘Fulus’ jangan dirisau kerana ia dari Allah. Tahulah Allah membalas sejauh mana keikhlasan kita.

Saya kalau bercakap bolehlah.hehehe
——-

rastom  on  06/08  at  11:54 AM

Zaman pra-Islam dahulu para penyair bergelut mahukan pengiktirafan syair mereka agar di gantung di Kaabah. Ingat nama Imrul Qais? Ada apa bedanya dengan sekarang jika mahu mengejar pengiktirafan untuk digantung sebaris dengan para pemenang hadiah Nobel?

Saifuddin  on  06/08  at  12:03 PM

Syair-syair yang digantung di Kaabah itu di panggil Mu’allaqat al-Sab’u. Mu’allaqat bermaksud benda yang digantung. al-Sab’u bermaksud tujuh, iaitu tujuh syair akan dipilih untuk digantung di situ. Penilaiannya tiada birokrasi. Ia dinilai dari sudut penggunaan bahasa yang indah dan puitis disamping ia menepati kaedah Bahasa Arab Tinggi.

Rekod yang pernah dicatatkan syair yang paling panjang adalah sebanyak 600 bait. Sebab itulah bangsa Arab masih ternganga hingga sekarang kerana Muhammad bin Abdullah membawa lebih 6000 bait.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/08  at  02:34 PM

Assalamualaikum warahmatullah,

Puan Ainon yang dihormati serta sahabat semua…Semoga sentiasa dalam lindungan Allah swt.

Saya juga ingin berkongsi bingkisan buat renungan hari Jumaat ini…sedikit coretan sebagai sumbangan memperbaiki masyarakat dan umat Islam kita di Malaysia ini

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Friday/Agama/20070607231254/Article/

Jika sudi, panjang-panjangkanlah…

Dengan ikhlas dan wasalam…

Jiwa Rasa  on  06/10  at  02:17 PM

Puan Ainon,

Menarik pendapat Puan Ainon ini.

Saya rasa anugerah seperti Nobel itu perlu kita usahakan untuk mengangkat martabat bangsa dan negara. Kalau tidak Nobel, mungkin anugerah lain.

Mencipta rekod sebagai negara yang punya pemenang anugerah seperti Nobel adalah lebih patut dari mencipta rekod membuat lemang terpanjang di dunia atau yang seumpamanya.

Adoi! Sakit perut saya, Pak! Lemang terpanjang!!!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: