Monday, March 12, 2007

Respons kepada Komen Tun Dr. Kang

Tun Dr. Kang,

Cara Allah mengajar Nabi Muhamad SAW (NM) berniaga amat berbeza daripada cara bagaimana Menteri Pendidikan Tinggi (MPT) dan MARA mengajar orang Melayu berniaga.

NM mula belajar berniaga pada usia 12 tahun. Ini bermakna MPT ataupun Menteri Pelajaran (MP) mesti buka sekolah menengah perniagaan supaya kemahiran perniagaan diajarkan sejak Tingkatan 1 (12 tahun). MP kita buka sekolah menengah sukan, bukan sekolah perniagaan.

NM diperkenalkan kepada dunia dan ilmu praktikum perniagaan pada usia 12. MPT kita tunggu sehingga calon-calon usahawan itu lulus universiti, sudah menganggur, barulah hendak dijadikan usahawan.

NM belajar berniaga dengan ikut Abu Talib, seorang peniaga profesional, pergi berdagang, yakni NM belajar berniaga cara perantis (apprenticeship) dan mentoring.

NM tidak belajar berniaga secara teori, apatah lagi teori-teori yang diajarkan oleh ‘pakar-pakar teori’ yang tidak pernah berniaga, yang cuma mengajarkan apa yang ada dalam buku.

NM belajar berdagang (trading), yakni belajar berjual-beli. Beliau tidak belajar bisnes perkhidmatan (services) ataupun pembuatan (manufacturing).

Cuba tengok modul-modul kursus keusahawan MPT dan MARA, di mana trading tidak diberi tekanan. Akibatnya, usahawan kita ada produk tetapi gagal memasarkan dan menjualnya.

NM menggunakan karektor peribadinya sebagai modal utamanya. Beliau miskin, tidak mempunyai wang yang hendak dijadikan modal, tidak ada produk, tidak pandai menulis kertas projek, busniness proposal, tidak tahu apa itu P&L (profit and loss), tidak ada apa-apa. Beliau cuma mempunyai karektor yang ‘bersih’.

Dengan karektor yang bersih itu beliau mendapat kepercayaan pemodal, yakni Siti Khadijah.

Cuba tengok bagaimana modul kursus yang disampaikan kepada calon-calon usahawan kita, di mana faktor karektor bersih (integriti dan kredibiliti) sebagai modal utama, tidak diajarkan.

Akibatnya, majoriti mereka yang dipilih sebagai calon usahawan oleh MPT dan MARA akhirnya terbukti menjadi usahawan yang bercakap dusta, tidak menepati janji, tidak mahu bayar hutang MARA, tidak bayar hutang pembekal, jadi alibaba, menjadi muka depan kepada pemodal Cina, menjadi kroni orang politik, menyalahgunakan duit modal, mengurat staf sendiri, boros oleh gaya hidup, tidak bayar zakat, menyogok sana-sini bagi mendapatkan projek kerajaan…

Selepas beberapa lama NM menjadi aprentis kepada Abu Talib, barulah beliau mencari produk yang hendak diperdagangkannya sendiri.

Bagi mendapatkan produk itu, mentor bisnes NM, yakni Abu Talib, memperkenalkan beliau kepada seorang pemodal, yakni menggunakan sistem 'personal introducer dan recomendation'.

Dengan sistem 'pemerkenalan dan jaminan' itulah Khadijah menaruh kepercayaan menyerahkan produknya kepada NM tanpa mengenakan sebarang cagaran (colateral-free).

Di situlah NM mendapatkan produk-produk milik Pemodal Khadijah. Beliau memperdagangkan produk-produk itu dan mengambil komisen (sistem profit-sharing).

NM belajar trading jenis ekspot-impot. Beliau ambil produk dari Khadijah di Mekah lalu dibawa ke pusat-pusat perdagangan di luar Mekah dan juga di luar semenanjung Jazirah. Di sana produk-produk itu dijual (diekspot) dan beliau membeli produk-produk sana lalu dibawa pulang ke Mekah (impot).

Hmm…. banyaknya yang masih perlu ditulis (lari dari objektif UNIKA yang asal)…

SifuPTS

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Pengurusan Syarikat
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Editor dan Artis Grafik PTS Sedang Stress! Previous entry: Mengapa Jualan Buku Puisi Corot
zalisa  on  03/12  at  08:32 AM

Tidak mengapa sifu. Sesekali sentuh perkara di luar tajuk menarik dan membuka minda.
——-

Kang  on  03/12  at  11:43 AM

Saya secara peribadi MERAYU kepada Mbakyu supaya dikaji, ditulis dan dibukukan RAHSIA BISNES MUHAMMAD ini. Bayangkan berapa ramai orang yang amat memerlukan ilmu perniagaan Islam ini.

Sekali lagi saya MERAYU dan MEMOHON! Saya mewakili siswa Universiti PTS memohon agar Canselor Universiti PTS menulis buku yang amat penting untuk manusia Islam dan bukan Islam.

Sudah tentu yang terbaik adalah yang dari Islam. Dan selalunya, sejak dulu, kini dan selamanya, yang dari Islam mesti ditenggelamkan oleh orang Islam sendiri dan musuh Islam atas banyak sebab.

Ilmu perniagaan peninggalan Rasulullah dan para sahabat hilang lesap. Ilmu perniagaan ‘trading’ yang membawa keuntungan besar kepada team Abu Talib, Siti Khadijah dan Nabi Muhammad tidak kita nampak potensinya kerana ia tidak berapa didedahkan.

Bahkan, pada pendapat saya, Abdurrahman bin Auf menjadi ‘billionaire’ (bukan setakat jutawan) kerana mengamalkan perniagaan ‘trading’ dan keberanian meneroka pasaran luar.

Terima kasih Mbakyu kerana sudi mempertimbangkan untuk membukukan RAHSIA BISNES MUHAMMAD.

Fable Fox  on  03/12  at  01:03 PM

Saya sokong Kang! Kang Kang Kang Kang Kang! (bunyi seperti orang ketawa sambil sakit kerongkong grin  )

rastom  on  03/12  at  01:44 PM

Puan,

Saya suka banget entri ini! Sebenarnya produk yang nampak jelas dipertonjolkan ialah “ikhlas”. Tidak lama dulu (tapi masih relevan hingga kini) produk yang patut di jual ialah “kebersihan”, bukan stakat jual makanan terutamanya di gerai gerai. Sudahlah tidak sedap, bersih pun tidak pakaian pekerja, sombong pula. Orang Islam kita terkebelakang jauh bab ini.

Cuba perhatikan packaging barangan impot, tak payah dari England, lihat yang Cina dan Korea sekarang, packagingnya menampilkan unsur “bersih”. Elok juga buku Puan diterbitkan, insyaallah bermanfaat!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/12  at  06:58 PM

Saya sangat setuju dengan Pn. Sifu, dalam perniagaan perlu pentingkan praktis, malah bukan perniagaan sahaja, bidang lain juga perlu tekankan praktis.

Lebih tepat lagi jika saya katakan dalam setiap bidang kita perlu kuasai knowledge dan skill secara bersekali.

Oleh itu, saya berpendapat pembelajaran hanya bersandarkan buku saja sudah tidak relevan lagi buat masa kini. Cara tersebut akan melahirkan insan yang pandai cakap tapi kurang pandai berbuat.

Cara pembelajaran baik ialah belajar ilmu dan buat praktis di alam kerjaya sebenar mengikut bidang ilmu yang dipelajari. Saya kira itu cara Islam .... sekalipun tidak seratus peratus seperti apa yang dibuat oleh Rasulullah SAW.. tapi jika tidak bertentangan dengan ajaran baginda juga diiktiraf oleh Islam.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: