Rezeki Durian Runtuh dari Blog Penulis
Ini cerita benar!
Salah seorang penulis PTS yang salah sebuah novel sejarahnya dipesan 1092 naskhah oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) betul-betul mendapat durian runtuh itu kerana pegawai PNM yang menilai judul-judul buku adalah salah seorang yang membaca blog penulis tersebut. Selain novel sejarah itu, novel-novel beliau juga dipilih oleh PNM, cuma jumlahlah tidak sampai 1092 naskhah. Beliau adalah penulis PTS yang judul bukunya paling banyak dipilih PNM bagi pembelian tahun 2007.
Blog adalah alat promosi yang berkesan.
Sifu sangat menggalakkan penulis-penulis PTS mempunyai blog peribadi dan mengemaskinikan blog saudara paling kurang seminggu sekali.
Gunakan blog bagi tujuan-tujuan positif sahaja seperti:
(a) Memperkenalkan latar belakang diri saudara sendiri.
(b) Memperkenalkan karya saudara sendiri. Tulis maklumat berkenaan (i) Nama penerbit, (ii) Tahun terbit, (iii) Jumlah halaman, (iv) Harga
(c) Tulis sinopsis setiap buku yang sudah saudara terbitkan. Sinopsis buku adalah amat berguna kepada pustakawan.
(d) Laporkan kursus-kursus dan bengkel-bengkel yang saudara hadiri.
(e) Laporkan pertemuan saaudara dengan tokoh-tokoh penulis lain.
(f) Laporkan buku-buku yang saudara baru beli.
(g) Laporkan buku-buku yang sedang saudara baca.
(h) Laporkan buku baru yang saudara sedang ditulis.
(i) Laporkan kegiatan persatuan yang saudara anggotai.
(j) Laporkan kedai buku yang baru saudara lawati dan apa buku baru yang terdapat di kedai itu.
(k) Laporkan aktiviti dan berita-berita terbaru tentang rakan-rakan penulis lain.
(l) Laporkan ziarah ke pejabat penerbit saudara.
Blog adalah duta saudara.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum!
Siapakah penulis itu?
Oh ya, Encik Zakki Mohammed orangnya.
Siapakah penulisnya? Saya rasa orang itu ialah Pak Abdul Latip Talib.
http://latiptalib.blogspot.com/
Assalamualaikum Pn Ainon,
Saya adalah penulis muda PTS yang juga merupakan pemilik
EcommerceMastery.com. Kami menyediakan perkhidmatan domain name, hosting dan lain-lain keperluan untuk membina laman web.
Saya bersetuju dengan pendapat Puan yang mengatakan bahawa setiap penulis perlu mempunyai blog. Bahkan, blog UNIKA PTS ini sendiri menjadi bukti bahawa Puan telah berjaya menggunakan blog sebagai alat pemasaran perniagaan Puan.
Dalam kes PTS, UNIKA menjadi tempat Puan melatih penulis dan mempromosikan buku PTS kepada khalayak penulis secara tidak langsung.
Selaku teraju EcommerceMastery.com, saya mempelawa mana-mana penulis ataupun bakal penulis PTS yang belum mempunyai blog berbayar untuk menghubungi syarikat kami melalui emel:
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Kami boleh menyediakan pakej menarik (lebih murah dari harga biasa) untuk penulis dan bakal penulis PTS.
Antara perbezaan penting di antara blog percuma dan blog berbayar.
1. Blog percuma beralamat ahmadali.blogspot.com (contoh)
2. Blog berbayar beralamat ahmadali.com (contoh)
Menggunakan blog berbayar dengan nama AhmadAli.com misalnya akan menambahkan kredibiliti dan memudahkan proses penjenamaan penulis.
Antara penulis PTS yang mempunyai blog berbayar bersama kami (atau yang kami bantu betulkan sesuatu di blog mereka) adalah sdr Fadzli Yusof, sdr Amin Idris dan sdr Zamri Mohammad.
Kepada penulis yang berminat, boleh menghubungi kami di .(JavaScript must be enabled to view this email address) dengan “Penulis PTS” sebagai subjek emel.
Terima kasih
Selamat Maju Jaya,
Sabri SaifulSham
http://www.saifulsham.com
(Blog Keusahawan dan Perniagaan Internet Pertama di Malaysia)
alhamdulillah.
saya dah laksanakan apa yg Sifu sarankan.
memang blog ada impaknya.
tidak banyak ... sikit pun jadilah.
Sedikit kredit untuk Sdra Sabri.
Beliau bukan seorang pengendali hosting, bahkan saya menganggap bahawa dia sebagai mentor saya dalam dunia IT. Terima kasih saya ucapkan atas pertolongan dan tunjuk ajar daripada Sdr Sabri.
Salam Eidul Adha
http://www.FadzliYusof.com
Saya ingin menambah, saudara Sabri adalah orang paling sabar dalam dunia IT yang pernah saya jumpa dan saya bersyukur dipertemukan dan menjadikan salah seorang pelanggan beliau meskipun ilmu IT saya hampir tahap beku.
Mana-mana penulis hendak hosting saya sarankan saudara Sabri Saifulsham dan E-Commercemastery.
Insya Allah wajah baru http://www.zamrimohamad.com akan muncul tidak lama lagi sempena 2008
Post a comment