Risiko Bersaing
Bersaing adalah menang dengan cara mengalahkan orang-orang lain. Sikap suka bersaing banyak risikonya. Salah satu risiko itu adalah jalan kejayaan menjadi lebih sukar.
Apabila kita suka bersaing, kita mencipta banyak pesaing bagi diri kita. Orang-orang yang kita kalahkan tidak akan menjadi sahabat baik kita.
Modal sosial (social capital) adalah salah satu modal penting dalam kejayaan. Semangat persaingan tidak menokok nilai modal sosial kita, malah menurunkannya.
Apa yang menokok nilai modal sosial kita adalah jaringan persahabatan. Orang yang fokus pada persaingan mencipta banyak musuh bagi dirinya, bukan banyak sahabat.
"Business is friends," kata orang-orang bisnes. Maksudnya, "Berniaga adalah bersahabat." Semakin banyak sahabat kita, semakin mudah kita menjalankan dan mengembangkan bisnes kita.
Jumlah sahabat kita bertambah apabila kita banyak menabur budi dengan membantu dan memberikan kerjasama kepada orang-orang lain supaya bisnes mereka berkembang maju.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum
Anjuran Islam, “Fastabiqul khairat.” Berlumba-lumbalah menuju kebaikan.
Saing dalam bahasa Kelantan, bermaksud kawan.
Jadi, moral of the story, jangan guna Bahasa Melayu Rendah. Nanti silap faham entri ini. He he he…
Mohon izin Puan untuk memetik penulisan Puan ini ke dalam laman forum kami http://www.photoskool.net/v2.
Terima kasih.
Insyaa-Allah saya akan gunakan khidmat Puan nanti berkenaan perkara ini.
Shamsuddin Kadir
http://www.ShamsuddinKadir.com
Umumnya untuk keuntungan kebendaan, jangan bersaing. Kerana benda/perkara yang mahu direbut adalah sedikit.
Kekadang kita mengajar anak-anak caragaya yang tidak tepat. Pada hari sukaneka kita menaburkan gula-gula di tengah-tengah, “mari anak-anak, rebut-rebut!” Maka bertolakkanlah anak-anak. Anak-anak yang tidak sanggup bertolakkan dipandang lemah, tiada daya saing. Lebih kasar seseorang itu akan lebih berjaya dia.
Antara alternatif yang barangkali sedikit lebih baik ialah; “wahai anak-anak, lihat sekeliling, bukankah ada banyak sampah, bawakan sampah itu ke tengah sini. Siapa yang paling banyak bawa sampah, akan ada ganjaran.”
Post a comment