Risiko Kahwin Penerbit Lain
Ada seorang penulis buku motivasi ringan-pop, yang dulu menerbitkan buku-buku motivasi dan novelnya dengan penerbit terkenal, tetapi baru-baru ini dia berkahwin dengan penerbit lain.
Dengan penerbit lamanya dulu, buku-buku motivasinya dijual pada harga rendah, sekitar RM10 - RM15 sahaja.
Kini dengan penerbit baru, buku-bukunya dijual pada harga sekitar RM40.00 kerana buku-buku barunya lebih tebal dan dipakejkan sebagai buku mewah. Gosip yang kita dengar dari pasaran mengatakan jualan buku barunya amat lembap.
Soalan tutorial hari ini: Apakah faktor yang menyebabkan peminat-peminat pengarang itu tidak mahu membeli buku-buku barunya yang lebih cantik penampilannya itu.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum Sifu Puan Ainon,
Saya cuba menjawabnya. Peminat sukar mendapati buku-buku itu kerana tidak ada dijual di rangkaian kedai utama. Kalau ada pun kedai yang menjualnya terletak di kawasan yang tidak strategik atau bukan tempat yang menjadi tumpuan ramai.
Assalamualaikum Sifu,
Saya nak cuba jawab pula. Harga yang jauh berbeza. Kerana ada pembeli yang meletakkan faktor harga sebagai penilaian utama untuk membeli buku.
SifuPTS,
Di atas segala-galanya adalah faktor rezeki. Ia berkait pula bagaimana majlis perkahwinan itu berlangsung.
Kemudian, apakah penerbit baru membuat kajian pasaran? Berapa anjalkah perubahan harga buku tersebut? Benarkah nama pengarang itu benar-benar kuat dan menyokong ikutan pembaca?
Pandangan dari Penang!
Pertama
Isu kuasa beli. Pada satu peringkat, pembeli telah diperkenalkan dengan siri-siri buku beliau pada harga rendah kemudian kenaikkan harga 100% menjadikan pembaca memilih buku lain.
Kedua.
Pembeli boleh membeli 2 buah buku pada harga itu.
Pada saya tetap harga dan harga.
Pada pendapat saya, ada 2 sebab utama:
1. Harga
2. Promosi dari penerbit
Buku-buku beliau sebelum ini dijual dengan harga RM 10 atau RM 15. Promosi juga hebat kerana penerbit sebelum ini mempunyai rangkaian majalah yang banyak. Buku-buku beliau sering diiklankan dalam majalah-majalah berkenaan, malah dalam web penerbit berkenaan.
Buku baru beliau dengan penerbit baru, walaupun nampak lebih menarik kerana dicetak berwarna warni, tetapi kerana harganya yang lebih mahal serta kurangnya promosi, maka jualannya tidak sehebat buku lama. Malah tuan punya kedai buku juga tidak berani menyimpan stok buku barunya dengan banyak.
Saifuddin Awang.
Kemaman.
1. Harga
Pertama saya sangat-sangat bersetuju dengan faktor harga. Buku-buku yang mahal harganya sukar dibeli oleh kebanyakan orang.
2. Kulit tebal
Kulit tebal menjadikan buku tersebut lebih mahal, tetapi tidak pula bermakna isi kandungannya turut berubah menjadi lebih baik. Malah bertambah berat pula. Analoginya di sini, sekiranya serbuk Milo di dalam pakej plastik lebih murah, kenapa mesti dibeli Milo di dalam tin? Berat atau kuantiti gramnya tetap sama, dan tujuannya membelinya juga sama.
Faktornya tetap berkait rapat dengan faktor harga.
Kalau nama sudah besar, dari satu segi harga besar tidak menjadi masalah, masalahnya bila nama baru membesar.
Assalamualaikum semua,
Ini pandangan saya. Penulis ini dikenali oleh kelompok pembeli yang berpendapatan rendah tetapi dia kurang dikenali oleh golongan yang profesional dan berpendapatan tinggi. Apabila harga buku tinggi dan dipakejkan untuk kategori buku mewah, ia diluar kemampuan kebanyakan peminatnya. Malah mungkin langsung tidak membelek-belek rak buku-buku mewah tersebut.
Kesannya pastilah pada jualan.
Sekian.
Puan Sifu,
assalamu’alaikum.
..ini jawapan mentee yang selalu ponteng (kelas hari Sabtu):
1. Peminat-peminat buku lama (penerbit yang memperkenalkannya di pasaran), >80% adalah wanita… apabila penulis kawin lain? Akibatnya seksalah!
2. Buku motivasi yang sarat, pastinya cepat berkarat! (walau pun penampilannya hebat)
3. Agaknya bila kahwin baru, penulis itu ketandusan idea. Justeru, banyaklah tip-tip motivasi dikitar-semula!
Asalamualaikum, Puan Sifu.
Jawapan saya: Pembeli buku motivasi ini adalah golongan perempuan. Golongan ini mengganggap harga buku di bawah RM20.00 sebagai mampu dibeli dan berpatutan dengan isinya. Mereka yang membeli juga memang betul-betul membacanya. Puan pernah berkata, jangan sampai pembeli kena keluarkan tiga keping duit not merah untuk satu buku.
Sebaliknya, pembaca lelaki tidak kisah membeli buku mahal sedikit atau versi hard cover asalkan ada nilai sebagai bahan koleksi untuk dipamer di rak buku khas berharga ribuan ringgit.
Assalamualaikum,
Pandangan ringkas saya.
1.Harga-Agak mahal(pembeli akan berfikir 2-3 kali sebelum membeli,bila banyak kali berfikir, jawabnya buku letak semula di rak pameran).
2.Promosi- tidak kelihatan di kedai-kedai buku.
Post a comment