Saturday, December 27, 2008

Risiko Membaca Buku Profesor yang Sama

Lewat tahun 1970-an dahulu, saya bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Pada suatu masa, En. Sanusi Joned adalah tokoh muda yang sangat terkenal, beliau datang ke DBP dan menyampaikan ucapan. Dalam ucapannya beliau sangat menyokong kerja-kerja penterjemahan buku-buku ilmu peringkat universiti yang dijalankan oleh DBP waktu itu.

Beliau menyarankan supaya DBP jangan cuma menterjemah daripada bahasa Inggeris, sebaliknya mesti menterjemah dari semua bahasa-bahasa utama dunia, terutama negara-negara yang maju teknologinya.

Kata beliau: Mengapakah negara-negara miskin di dunia ini mengalami masalah yang serupa sahaja di mana-mana. Masalah-masalah yang dihadapi oleh negara-negara Asia Tenggara juga berlaku di India dan di Afrika. 

Kemudian beliau menjawab sendiri: Sebab cerdik pandai negara-negara miskin bekas tanah jajahan Inggeris di Asia, India dan Afrika itu membaca buku-buku teks universiti yang serupa isi kandungannya, yakni mereka membaca buku-buku karangan profesor-profesor yang sama.

Mereka juga dihantar belajar ke universiti-universiti yang sama di UK ataupun USA, dan mereka belajar teori-teori yang serupa daripada profesor-profesor yang sama.

Jadi cara berfikir cerdik pandai di negara-negara bekas tanah jajahan Inggeris itu serupa, dan cara mereka menyelesaikan masalah di negara masing-masing pun serupa juga.

Malah mereka juga mencipta masalah-masalah yang serupa bagi negara masing-masing.

Nota: Yang memperjuangkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu adalah guru-guru sekolah Melayu.

Golongan berpendidikan Inggeris yang membaca buku-buku teks dalam bahasa Inggeris, mereka sekarang sedang berjuang bermati-matian menukar dasar itu supaya kembali kepada bahasa Inggeris, supaya sistem pendidikan Malaysia sama seperti di India dan di Afrika!

Malaysia adalah satu-satunya bekas tanah jajahan Inggeris yang menggunakan bahasanya sendiri sebagai bahasa penghantar untuk semua peringkat pendidikan. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Selepas 400 Tahun Sebagai Bahasa Penghantar, Hanya 3% Rakyat India Menguasai Bahasa Inggeris Previous entry: PPSMI Menentang Quran
anuar  on  01/01  at  02:00 AM

Secara tiba-tiba saya terpacul perkataan maki apabila mendengar “orang besar” KPM menyokong PPSMI dalam rancangan ISU di TV1 pada malam Selasa lalu. Mujur dua tokoh lain (profesor) membantah PPSMI. Merah padam muka orang besar itu.

Melihat gaya hujah orang besar itu, saya dapat merasakan seolah-olah keputusan kerajaan tetap meneruskan PPSMI.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/01  at  02:46 AM

Sering saya bertanyakan diri sendiri, bagaimana setiap pagi beliau bangun menghadap cermin melihat dirinya diperalatkan demi kepentingan ahli politik tertentu.

Apakah beliau sedar yang dia telah mengkhianati bangsanya sendiri hanya kerana mempertahankan jawatan besar itu? Maaf cakap, orang seperti ini sepatutnya diludah bila terjumpa dan dikencing kuburnya jika sudah meninggal.

Maaf, emosi sikit.

Rastom  on  01/01  at  10:54 AM

YTH Enda Gulingku el Ainon,

En Sanusi yang sudah jadi Datuk Seri itukah? Kalau benar, maka benarlah juga Hukum Peter Principle yang mengatakan seseorang itu naik pangkat ke tahap incompetency nya. Mungkin barangkali jika ia masih bertaraf Encik, lebih banyaklah idea yang produktif dapat beliau sarankan.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.