Risiko Memulakan Bisnes Penerbitan Buku
Pada masa ini banyak pelabur baru masuk ke dalam bisnes penerbitan buku kerana terdorong dengan cerita-cerita yang elok-elok tentang kejayaan sesetengah penulis dan penerbit.
Adalah lumrah apabila orang cenderung berkongsi tentang cerita-cerita kejayaan, tetapi merahsiakan kegagalan.
Dalam bisnes penerbitan pun begitu juga. Penulis yang bukunya laku dalam pasaran akan mengongsikan kejayaan mereka. Penulis yang bukunya tidak laku akan merahsiakannya.
Penerbit pun begitu juga. Mereka menceritakan buku-buku yang laku dan diulang ceetak berkali. Mereka tidak menceritakan buku-buku yang tidak laku.
Bisnes penerbitan buku adalah bisnes yang besar modalnya. Ini kerana ada apa yang disebut tempoh menunggu yang lama antara tarikh buku dicetak dan tarikh kedai buku membayar hutang. Dalam tempoh itu, kos-kos overhead terpaksa terus ditanggung, sedang perolehan tidak ada. Punca utama penerbit kecil gulung tikar adalah disebabkan oleh faktor ini.
Modal minimum memulakan bisnes penerbitan buku adalah RM500k. Dengan modal sebanyak itu pun selama 3 tahun syarikat tidak mampu membayar elaun kepada lembaga pengarah.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment