Risiko Menjadi Penulis Terkenal
Apabila wajah dan nama saudara kerap muncul dalam media, apatah lagi dalam televisyen, saudara menjadi orang terkenal.
Individu-individu yang terkenal melalui media tidak semestinya mempunyai buku. Untuk muncul dalam televisyen, saudara perlu pandai bercakap dan tidak malu kamera.
Wajah Dato' Dr. Mashitah Ibrahim sangat terkenal walaupun beliau tidak mempunyai buku. Sebaliknya, buku-buku Norhayati Berahim menjadikannya penulis paling kaya sekarang, tetapi wajah beliau tidak dikenali ramai disebabkan beliau amat jarang muncul dalam media. Hanya nama beliau sahaja yang terkenal.
Pendedahan yang banyak dalam media tidak semestinya menghasilkan kesan positif semata-mata kepada jualan buku saudara ataupun kepada diri saudara.
Sebelum wajah saudara terkenal, ada baiknya saudara memilih daripada awal-awal lagi jenis keterkenalan yang bagaimana yang saudara sedia terima.
Apabila wajah saudara terkenal, beberapa risiko yang saudara akan hadapi termasuklah:
1. Bukan semua orang suka saudara terkenal, sebaliknya akan ada segelintir individu-individu yang iri hati. Golongan yang iri hati ini lazimnya terdiri daripada mereka yang kenal saudara secara peribadi, baik secara langsung ataupun tidak langsung. Merekalah yang akan menyebarkan maklumat-maklumat negatif yang mereka ketahui tentang diri saudara.
2. Apabila saudara terkenal, kehidupan peribadi saudara menjadi hak awam. Semua orang berminat hendak tahu hal-hal peribadi saudara, baik mereka yang suka saudara mahupun mereka yang tidak suka saudara. Seperti biasa, perkara-perkara yang negatif berkenaan kehidupan peribadi saudara adalah perkara-perkara yang lebih hendak mereka ketahui daripada perkara-perkara yang positif.
3. Pergerakan saudara di khalayak awam menjadi tersekat. Saudara tidak boleh dilihat makan ABC di warung tepi jalan, ataupun membeli-belah di pasar malam, ataupun memandu kereta Kancil, disebabkan hal-hal itu dianggap oleh masyarakat sebagai tidak cocok bagi orang terkenal. Inilah faktor yang menyebabkan kos hidup saudara menjadi lebih tinggi.
4. Kehidupan anggota keluarga terdekat saudara akan terjejas oleh keterkenalan diri saudara. Isteri, suami, tunang, ibu bapa, adik beradik, dan anak-anak saudara akan selalu dikaitkan dengan pencapaian saudara. Jika saudara mempunyai anak-anak yang sudah bersekolah, mereka menerima tekanan daripada guru-guru supaya menjadi cermin kepada pencapaian saudara.
Sebagai penulis, memang jualan buku saudara meningkat apabila saudara terkenal melalui akhbar dan televisyen, dan mempunyai ramai peminat. Memang duit saudara lebih banyak. Tetapi jika saudara tidak sanggup kehilangan kehidupan peribadi yang normal, wang tambahan itu tidak penting. Wang yang saudara tidak perolehi daripada peningkatan jualan buku saudara itu dapat saudara ganti dengan menambah royalti dengan cara menulis lebih banyak buku.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

“3. Pergerakan saudara di khalayak awam menjadi tersekat. Saudara tidak boleh dilihat makan ABC di warung tepi jalan, ataupun membeli-belah di pasar malam, ataupun memandu kereta Kancil, disebabkan hal-hal itu dianggap oleh masyarakat sebagai tidak cocok bagi orang terkenal. Inilah faktor yang menyebabkan kos hidup saudara menjadi lebih tinggi.”
Sasterawan negara kita, A Samad Said begitu terkenal. Tetapi saya rasa pergerakkannya di khalayak awam tidaklah tersekat. Malah sering pula kita ketemu dia berjalan kaki di KL.
“Dia jarang sekali kelihatan memakai baju kemeja. biasanya berkemeja T sahaja, dengan seluar panjang berwarna kelabu dan menyandang beg kain yang sudah agak lusuh.” (saya petik dari buku Biografi Sasterawan Negara A Samad Said, oleh Awang Abdullah)
——-
Sebagai penulis di malaysia, pergerakan tidak tersekat. orang ramai tidak melayan penulis seperti artis. kalau artis, ya. penulis tidak.
Berbeza pula di jepun, di sana saintis / cendikiawan dihormati. pereka ‘white diod / white light diod’, kalau menaiki LRT, akan diminta menurunkan autograf.
Teknologi adalah sumber kewangan utama jepun. sesiapa yang memiliki paten adalah lebih popular dari Mawi!
Pereka enjin stim mempunyai jam besar untuk memperingatinya di Jepun.
Puan, saya ada soalan.
Bagaimana kita hendak menolak pelawaan wartawan dari temuramah bagi mengurangkan fanomena terkenal di media bukan dari sudut jualan buku.
Kalau ditolak, promosi buku dengan media berkenaan bakal berhadapan kesukaran. Persepsi wartawan, kita sukar bekerjasama atau memilih-milih pula. Mungkin ada alternatif lain. :D
Saya bersetju dengan pandangan Puan, “Pendedahan yang banyak dalam media tidak semestinya menghasilkan kesan positif semata-mata kepada jualan buku saudara ataupun kepada diri saudara.”
Jangan ditolak pelawaan wartawan. Ini peluang baik untuk pemasaran.
Post a comment