Thursday, March 18, 2010

Risiko Menjual Hakcipta Karya kepada Penerbit

Dunia penerbitan buku-buku Melayu sedang berkembang dengan menggebu-gebu. Permintaan bagi buku-buku Melayu terus meningkat. Kedai-kedai buku meletakkan buku-buku Melayu di hadapan pintu masuk.

Penerbit buku-buku Melayu sedang menikmati zaman yang serba positif, manakala banyak penulis mengaut keuntungan besar dengan menulis buku-buku Melayu.

Banyak pula orang yang terpengaruh dengan peluang membuat duit dengan menulis buku Melayu. Rumah-rumah penerbitan buku Melayu kini menerima banyak manuskrip daripada penulis-penulis baru, sehingga bekalan melebihi keupayaan mereka menerbitkannya.

Banyak penulis baru tidak ambil pusing tentang isu-isu hakcipta karya mereka. Prioriti mereka adalah mahu melihat buku mereka terbit.

Apabila tuan dan puan sudah siap menuliskan buku tuan, automatik tuan sudah mencipta suatu harta intelek kepunyaan tuan.

Tetapi selepas 50 tahun tuan mati, undang-undang negara kita tidak lagi melindungi harta tuan itu. Kalau ada orang mencetak dan menjual  karya tuan, waris tuan tidak boleh membuat laporan polis ataupun mendakwa si pencuri ke mahkamah.

Banyak penerbit kecil mengamalkan tataniaganya dengan membeli hakcipta karya penulis. Ramai juga penulis yang memilih cara itu. Mereka pula yang menawarkan kepada penerbit supaya mahu membeli hakcipta buku mereka.

Apabila tuan menjual hakcipta buku tuan kepada mana-mana penerbit, ertinya sampai bila-bila tuan tidak mempunyai sebarang hak ke atas buku yang tuan tulis itu.

Walaupun nama tuan sebagai pengarang tetap dicetak atas kulit buku itu, buku itu bukan kepunyaan tuan lagi.

Apabila penerbit itu membeli hakcipta buku tuan, dia akan membayar tuan sekali sahaja. Selepas itu tidak ada apa-apa bayaran lagi. Sampai bila-bila. Kalau buku itu diulang cetak berkali-kali sekalipun, tuan tidak berhak meminta apa-apa bayaran daripada penerbit itu lagi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Teenlit, Chiclit... dan Kini Pelit! Previous entry: Buku Kraftangan dari PTS
ummu  on  03/19  at  01:23 AM

Terima kasih puan atas perkongsian ini.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/20  at  01:32 AM

saya adalah peminat buku. tapi bukan sebagai penulis atau penerbit. seharusnya ada jalan yang menguntungkan kedua-dua belah pihak.

sebagai contoh, penerbit berhak mengulang cetak buku tanpa kebenaran penulis. penulis pula berhak mendapat royalti hasil jualan buku.

lebih bagus lagi kalau penulis tu menerbitkan sendiri buku2 mereka.

harapnya PTS mengekalkan etika laku yang baik terhadap penulis baru. wink

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.