Wednesday, September 01, 2010

Tip Survival Penerbit: Risiko Pandai Merebut Peluang yang Ada

PTS adalah sebuah syarikat yang tidak percaya dengan pendapat yang mengatakan bahawa usahawan Melayu perlu diajar supaya mereka pandai "merebut peluang-peluang yang ada".

Apabila orang Melayu diberi kepandaian merebut peluang-peluang yang ada, hal itu adalah sesuatu yang berisiko kerana kepandaian seperti itu adalah berdasarkan sikap pasif.

Mengajar orang Melayu supaya pandai merebut peluang bermakna orang Melayu diajar supaya duduk menunggu sahaja sehinggalah adanya peluang yang dicipta oleh tangan-tangan lain, barulah kemudian orang Melayu berebut-rebut sesama sendiri. Jika tiada tangan-tangan lain mencipta peluang, maka orang Melayu tiada apa-apa yang mahu direbutkan.

Nabi Muhammad sendiri, meskipun beliau pernah menjadi seorang pedagang dan seorang 'fund manager', beliau tidak pernah bercakap tentang kepandaian merebut peluang dalam bisnes.

PTS berpegang kepada prinsip orang Melayu perlu diajar supaya mereka pandai "mencipta peluang-peluang" bagi diri masing-masing. Kepandaian ini adalah kepandaian yang kreatif serta proaktif.

Prinsip inilah yang mendorong PTS menerbitkan buku-buku panduan bisnes dan pengurusan bisnes.

Sebagai syarikat penerbitan buku, setiap hari editor-editor PTS mencipta peluang menerbitkan buku-buku yang dapat membantu keperluan pembaca buku-buku Melayu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Pesan Bill Gates kepada Pelajar Previous entry: Pasaran Buku Cetak Masih Sihat Meskipun Jualan Buku Digital Semakin Meningkat

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: