Friday, August 10, 2012

Risiko Penerbitan Buku Berbahasa Melayu Rendah: POPULAR Tidak Lagi Menjual Buku-Buku Terbitan Fixi

Syarikat kedai buku POPULAR kini tidak lagi menjual buku-buku novel terbitan syarikat Fixi.

Buku-buku Fixi ditulis menggunakan Bahasa Melayu Rendah (BMR). Ada kalanya, bahasa Melayu kasar pun terdapat dalam buku-buku Fixi.

Apa yang berlaku kepada buku-buku Fixi menerangkan salah satu risiko yang dihadapi dalam dunia penerbitan buku.

Tindakan POPULAR tidak lagi menjual buku-buku Fixi adalah suatu perkembangan yang luar biasa dalam sejarah industri buku Melayu. Belum pernah perkara seperti ini berlaku.

Sebelum ini kedai-kedai buku tidak ambil pusing berkenaan isi kandungan buku, apatah lagi gaya bahasa pengarang. Selagi sesuatu judul buku itu tidak diharamkan oleh kerajaan, kedai-kedai buku akan menjualnya, dengan syarat judul itu laku dijual.

Barangkali POPULAR telah menerima banyak rungutan dari pelanggannya berkenaan gaya bahasa dalam buku-buku Fixi, lalu pihak pengurusan mengambil berat ke atas rungutan pelanggannya, terutama rungutan dari ibu bapa yang datang dan membelikan buku-buku bacaan untuk anak-anak mereka.

Barangkali, demi menjaga kepercayaan ibu bapa bahawa kedai buku itu hanya menjual buku-buku yang terbaik dalam pasaran, lalu pengurusan membuat keputusan tidak lagi menjual buku-buku Fixi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(69) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Jabatan Mufti Negeri Kedah Mengeluarkan Fatwa Majalah Manga Haram Previous entry: TOP 100 Bulan Julai 2012 Berdasarkan Perolehan Ringgit
nami  on  08/10  at  04:13 PM

Saya ingin bertanya kepada Puan Ainon - apa itu Bahasa Melayu Rendah? Apakah Puan Ainon merasakan majoriti orang Malaysia khususnya Melayu bertutur dalam Bahasa Melayu Standard?

Hakikatnya orang-orang DBP dan orang macam Puan Ainon sendiri sebenarnya tidak dapat menerima hakikat bahawa pasaran buku alternatif menyaingi buku-buku bahasa standard. Lagipun siapa lagi yang benar-benar bertutur dalam Bahasa Melayu Tinggi seperti Puan Ainon? Saya percaya Puan Ainon sendiri pun tidak bertutur BMT di rumah atau bersama saudara-mara, kenapa? Sebab bunyinya janggal, bukan?

Orang Inggeris boleh berslanga Scouse atau Cockney dan mereka tak pernah kastakan pun bahasa mereka. Mereka menerima ini sebagai satu elemen evolusi bahasa. Noam Chomsky seorang pakar linguistik pun tak menolak benda ni.

So macam ni lah, saya boleh sifatkan Puan Ainon ni mendengki kepada pasaran buku begini. Popular tak nak jual, kedai buku lain merata jual. Lagipun, siapa yang beli buku di Popular selain dari budak sekolah?

Cuba belajar terima hakikat yang bahasa standard hanya layak di pejabat kerajaan dan di buku sekolah. Orang patutnya galakkan anak muda membaca, nak baca benda bosan buat apa?

Abdul Dubook  on  08/10  at  04:26 PM

Salam Puan Ainon,

Abang Dubook merasakan apa yang ditulis Puan Ainon adalah benar dan tindakan Popular mengharamkan buku Fixi adalah satu tindakan tepat. Lewat kebelakangan ini dapat kita perhatikan begitu banyak penerbitan buku yangtidak ambil endah mutu bahasa. Mereka ini bukan menulis dengan Bahasa Melayu Rendah (BMR), malah selayaknya kita gelar Bahasa Melayu Sampah (BMS).

Gejala BMS ini perlu kita kekang dengan kadar segera. Kita tidak boleh biarkan lebih banyak buku ala Fixi tumbuh melata di dalam industri buku negara. Malahan sudah pun ada anak muda yang terikut dengan gaya penulisan Fixi, hanya masa saja akan menentukan jika mereka pula terikut dengan gaya hidup atau budaya yang ditonjolkan dalam buku Fixi.

Minda anak muda kita sedang dijajah dari dalam. Penulis bernama Nami contohnya kerap memperjuangkan corak penulisan yang tidak menepati tatabahasa selain cuba menyelitkan dakyah komunisme dalam penulisan beliau. Ini dapat dilihat dalam buku Awek Chuck Taylor dan Bayang. Buku-buku beliau diterbitkan oleh Lejen Press, sebuah lagi penerbitan yang tidak mengambil berat aspek kualiti buku. Inilah akibat dari anak muda terpengaruh dengan budaya buruk yang asalnya dari Fixi.

Abang Dubook mewakili Dubook Press menyokong kuat usaha Puan Ainon dan Popular. Bersama kita tegakkan yang haq dan menafikan yang bathil.

Salam solidaritas!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/10  at  04:29 PM

Salam Puan Ainon yang dirahmati Allah. Segala puji-pujian buat Puan dan semua warga PTS lebih2 lagi penulis kegemaran abang, Bahruddin Bekri.

Abang tiadalah mahu membincangkan dengan lebih lanjut soal Bahasa Melayu Rendah atau Tinggi, tapi yang paling abang tak puas hati adalah,

Kenapa Popular boleh ‘reject’ buku terbitan kami, Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia dek kerna buku kami tiada unsur cinta?

Kenapa ini terjadi kepada kami yang menulis dalam bahasa Melayu Tinggi? Ini tak patut!

O.k, itu sahaja abang nak bagitau.

M Faridzuan Majid  on  08/10  at  04:52 PM

Selamat petang Puan. Saya begitu tertarik dengan entri ini. Pada pendapat saya, ya. Memang wajar POPULAR tidak lagi menjual novel-novel Fixi. Tetapi seharusnya POPULAR juga patut menghentikan jualan novel-novel cabul dari penerbit lain. Hal ini akan memberi amaran bahawa novel-novel yang menggunakan ayat-ayat terlebih rojak malah berunsur cabul akan menjejaskan pembacaan dan mempengaruhi tahap pemikiran seseorang. Tentang BMT dan BMR pula, saya begitu setuju dengan prinsip bahasa Melayu Tinggi dalam penulisan novel mahupun buku bukan fiksyen. Malah, novel-novel PTS yang gedik tetap Islami dan banyak menggunakan kosa kata berdarjat tinggi (sehingga adakalanya saya perlu merujuk Kamus Dewan untuk memahami maksudnya). Tetapi itu tidak menjadi penghalang saya untuk membaca, malah dapat menambahkan lagi kosa kata baru. PTS sememangnya penerbit buku syariah-compliant yang dapat mendidik dan memandaikan bangsa. ^__^

Calon SPM 2012

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/10  at  04:54 PM

Saya sangat bersetuju dengan puan Ainon. Bahan bacaan mempengaruhi minda dan corak pemikiran remaja. Jadi untuk Nami, jangan cepat melatah. Untuk melahirkan generasi yang berilmu tinggi, bahasa amatlah di titik beratkan. Bagaimana mahu mencapai tahap ilmuan tinggi sekiranya gred yang diperoleh oleh pelajar adalah ‘GAGAL’ di dalam perperiksaan Bahasa Melayu akibat daripada pengaruh bahan bacaan yang tidak berkualiti.

Marilah kita bersama-sama memajukan industri penulisan buku menggunakan bahasa tinggi.

Gazlan  on  08/10  at  05:07 PM

MOHON JUGA POPULAR HENTIKAN NOVEL CINTA JIWANG KARAT CINTA 5 SEGI YANG BERSEPAH PENJUALANNYA! SAKIT MATA SAYA MEMANDANG BUKU-BUKU BODOH SEPERTI ITU!

Skuad Terfaktab  on  08/10  at  05:09 PM

Puan Ainon,

Bahasa Melayu Rendah atau apa saja gelarannya yang merujuk penggunaan Bahasa Melayu ‘pasar’, mudah, urban dan sebagainya tidak wajar dianaktirikan dalam dunia penulisan.

Bahasa Melayu kita kian berkembang dari pelbagai sudut termasuk dari sudut pertuturan seharian. Ditambah dengan asimilasi bahasa kerana pendidikan di negara kita yang juga mengutamakan bahasa Inggeris dan Mandarin.

Kami tidak bersetuju dengan alasan Bahasa Melayu Rendah, maka semua buku FIXI tidak dijual oleh pihak POPULAR. Minat para pembaca tidak terletak pada satu skop sahaja, penerbitan FIXI mengutamakan pembaca yang mahu bacaan luar dari kotak pemikiran atau ‘lain dari yang lain’.

Perubahan ini perlu kita terima dengan hati yang lapang kerana jika kita mengelak dari perubahan, kita akan ketinggalan. Kemungkinan Bahasa Melayu kita juga akan kekal statik tanpa kemajuan.

Sekian terima kasih.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/10  at  05:10 PM

Pelik. Pada pandangan saya Syarikat Puan Ainon adalah antara pengganas bahasa dan penulisan yang paling dahsyat. Kenapa FIXI dimangsakan sedangkan penerbitan puan berleluasa? Apakah kita berada di dimensi di mana yang buruk itu baik dan sebaliknya?

headsink  on  08/10  at  05:12 PM

Gua gelak baca komen… hahdcnhscsdncsdcn
Gua tak ada masalah apa, cuma censorship ja.
Lantaklah nak guna sampah ka apa… gua komen pun style xda akhlak budi bahsa…
Salahkan Filem Bohsia 2…. ini semua pengaruh watak KETING!!!!!

Gazlan  on  08/10  at  05:13 PM

AYUH PUAN AINON,
MARI KITA KASTAKAN BAHASA KITA. KITA AKAN LABELKAN MANA-MANA JENIS TULISAN MENGIKUT LIMA LAPIS KASTA SEPERTI DIBAWAH:
BAHASA MELAYU TINGGI (BMT)
BAHASA MELAYU TENGAH (BMTGH)
BAHASA MELAYU RENDAH (BMR)
BAHASA MELAYU SAMPAH (BMS)
BAHASA MELAYU TAHI @ SHIT (inspirasi dari SN Shahnon Ahmad)
BERSEDIALAH PENGARANG SEKALIAN. ANDA SEMUA AKAN DILABELKAN DAN DIKASTAKAN SELEPAS INI!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/10  at  05:30 PM

makcik anon…

gua pikir macam ni. kita kena galakkan budak budak rajin membaca. budak belia skrg apa peduli bahasa melayu rendah atau tinggi. diaorg tak peduli style menulis kena tiru surah yusof ke surah maryam ke.

makcik anon pun dah buat bende bende bidaah dalam dunia penulisan. buku buku fixi ni ok la utk dibaca. takada lagi kes buang bayi sebab buku fixi ni. saya langsung tak setuju dgn pandangan makcik. makcik tahu tak bini saya cikgu bahasa melayu yang periksa kelas pmr dan spm budak2.

makcik kena ingat apa yang penting adalah galakkan membaca itu sendiri. bila dah besar nanti pandai pandailah diaorg pikir. freedom of choice jgn dibiarkan mati.

yang berwibawa dan bergaya
abang tempoyang.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/10  at  05:39 PM

Salam. Apakah masalah penggunaan bahasa yg digunakan oleh buku-buku Fixi itu lebih besar akan halnya daripada masalah yg timbul akibat novel-novel cinta ? Sudahlah jalan ceritanya tidak logik, malah menggalakkan remaja bercinta di usia muda serta banyak lagi masalah yang timbul. Kalau benar remaja mudah terpengaruh dengan bahasa yang digunakan oleh buku-buku Fixi, tak mustahil juga remaja akan terpengaruh jalan cerita novel cinta. Kalau hendak berfikir, fikirlah secara waras. Bukan dengan membabi buta. Ops. Adakah membabi buta itu dikategorikan sebagai bahasa melayu rendah kerana ada perkataan babi ?

P/S : Saya tak rasa pun Puan Ainon akan baca komen kami, kerana saya merasakan Puan Ainon ni seorang yang sombong dan bongkak malah syok sendiri. Saya sebagai seorang remaja sudah jelik dengan novel cinta melayu yang berada di pasaran ketika ini.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/10  at  05:47 PM

dengan profail yang sebegitu gah, begini sajakah argumen puan?

Hipster Buku  on  08/10  at  05:50 PM

Assalamualaikum Puan Ainon.

Biarlah saya bawakan ke Puan satu cerita yang bersangkut paut dengan salah satu buku terbitan syarikat Puan yaini siri Mat Despatch tulisan saudara Bahrudin Bekri.

Saya ini dikelilingi oleh manusia yang hanya meraikan buku yang berlabel Pelajaran. Buku Sains dan Matematik contohnya. Hal ini tentulah merunsingkan saya disebabkan saya ini sangat merayakan buku (kecuali buku Pelajaran itu. Buku Sains dan Matematik contohnya.)

Saya hidup dalam kalangan mereka ini 19 tahun lamanya. Sehinggalah saya buat gila beli buku yang cheesy kulitnya yaini siri Diari Mat Despatch karangan saudara Bahrudin Bekri itu.

Kenapa saya kata begitu, sebab akhirnya kawan-kawan saya berminat untuk baca buku. Macam mana mereka boleh minat baca buku? Sebab saya perkenalkan ke mereka ini buku tersebut secara tidak sengaja (saya letak merata mereka ambil baca dan boom! minat). Akhirnya mereka ini saya lihat selalu merewang di kedai-kedai buku.

Ok. Penat tak baca? Sebab saya ada satu lagi cerita nak diberitakan ni.

Saya ada seorang kawan. Yang sangat despise buku Melayu. Katanya poyo dan cheesy dan bikin muntah (dan tentulah buku terbitan PTS masuk sekali, kan dia maksudkan buku genre cinta).

Hinggalah saya beri dia baca sebuah buku Fixi bertajuk Kelabu. Sehingga sekarang Puan, kawan saya ini saya lihat merewang di kedai buku.

Apa yang saya duk bebel ni, Puan Ainon kata, (mungkinlah.)

Saya nak cakap yang PTS (dengan niat sucinya ingin memartabatkan buku kasta Brahmin eh tinggi) dan Fixi (dengan niat murninya ingin memperkenalkan ke rakyat malaysia buku pulp fiksyen yang bahasanya kasta Pariah eh rendah) masing2 ada peranan masing2 ada jasa.

Dan kalau2 Puan terlepas pandang Fixi juga ada keinginan ingin martabatkan karya2 lama kita yang kita terlepas pandang (sila baca Sitora yang sudah terbit itu) juga sudah berjalan usahanya untuk menterjemahkan buku seberang (hal yang sama PTS lakukan sekarang—saya peminat A. Fuadi yang karyanya Puan terjemahkan itu) Dan untuk semua ini, terima kasih.

Kepada Puan Ainon dan Fixi.

Sebab itu saya pelik dengan tindakan Puan yang seolah-olah merayakan tindakan Popular itu (w.pun tindakan Popular itu cerita lain sebenarnya). Sedangkan kalau Puan teliti betul2 apa yang Puan dan Fixi lakukan sebenarnya.

Jadi kenapa rendahkan Fixi hanya sebab perbezaan yang satu itu?

Kamon Puan. Jangan bikin saya kecewa (kalau Puan anggap saya pembaca PTS ini pentinglah).

P.s- Ayuh rayakan perbezaan Puan. Kalau punca Puan bersikap begini adalah perniagaan, maka act like one. Rebut kembali pembaca yang hilang bukan berusaha tumbangkan pesaing (pesaing? really? berkawanlah jom. ;p)

P.s.s- Peace sebab gagal ikut gaya bahasa melayu yang Puan raikan. Saya tak biasa (tapi berusaha juga).

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/10  at  05:51 PM

Saya seorang remaja yang masih bersekolah dan saya juga membeli dan membaca novel keluaran FIXI.Saya merasakan tiada masalah dengan novel keluaran syarikat tersebut jika hendak dibandingkan dengan novel keluaran syarikat lain seperti Alaf 21 yang jelas menekankan cerita bercorak cinta yang sangat klise.Jika hendak dibandingkan dengan novel FIXI,novel FIXI jauh lebih baik kerana sekurang-kurangnya ceritanya tidak klise dan sangat segar.Novel keluaran PTS juga banyak yang klise ceritanya.Jika hendak dibicarakan mengenai penggunaan bahasa yang dikatakan menjejaskan pelajar,ini sepatutnya dipersalahkan kepada masyarakat dan media massa.Daripada siapakah remaja mempelajari gaya bahasa ‘sampah’ jika bukan daripada medium ini?Pada pendapat saya,jika hendak menghentikan penjualan buku syarikat FIXI,sepatutnya buku syarikat lain turut dihentikan.Ini tidak adil kepada syarikat FIXI sedangkan syarikat lain turut menjual buku yang sama.Percayalah,jika buku FIXI tidak dijual pun,masalah bahasa ini tidak akan selesai.

Nami  on  08/10  at  05:59 PM

Berapa ramai di sini bercakap dengan menggunakan Bahasa Melayu Tinggi di rumah?

Baik mengaku, cepat!

Poyo, patutlah Bahasa Melayu ni tak berkembang mana. Evolusi nak disekat-sekat.

Oxford dah masukkan perkataan “retweet”, “twitpic”, “sexcited”, “meatspace”, “slacker” etc, sebab mereka tahu dunia dah berubah.

p/s: nak bertanya juga, apa pandangan Puan Ainon terhadap perosak bahasa yang mencelupkan bahasa Inggeris dengan saduran Melayu seperti “konklusi”,“masturbasi”,“bulshitasi” etc?

Apabila PM Najib Razak buat perkataan “glokal” tak ada pulak Puan Ainon ni melenting? Apa benda tu “glokal”? Apa itu lokal?

Cheh, konon pejuang bahasa. Anak muda ditempelak, yang tua dibiar je buat salah.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/10  at  06:03 PM

Saya terpanggil untuk menjawab komen “untuk galakkan budaya membaca, kita peduli apa bahasa melayu rendah atau tinggi.”

Cuba bandingkan dengan ayat sebegini “untuk galakkan budaya makan, kita peduli apa makanan berkhasiat dengan makanan segera.”

Buku tu makanan jiwa. Makanan segera memang sedap dan popular.

jacknapes  on  08/10  at  06:06 PM

Saya rasa tindakan yang diambil oleh Popular bukanlah berdasarkan penggunaan bahasa tetapi lebih kepada favoritism. Kenapa hanya Fixi sahaja yang dibanned sedangkan lebih banyak buku picisan masih terdapat di Popular. Lagi satu saya tidak merasakan pertuturan Puan Ainon seharian seperti A. Samad Said atau sastrawan yang lain yang amat menitik beratkan penggunaan tatabahasa yang betul. Bagi saya, buku-buku keluaran Fixi menceritakan dan mengupas isu-isu semasa yang sering dipandang remeh oleh masyarakat kelas pertama mahupun orang-orang sebaya Puan Ainon. Tapi Puan harus tahu ini ialah realiti kehidupan. Bagi saya buku-buku Fixi menceritakan permasalahan sosial dari perspektif masyarakat kelas ketiga dan majoriti daripada kita tergolong dalam masyarakat tersebut cuma tidak mahu mengaku sahaja.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/10  at  06:07 PM

Nami,

Berapa ramai orang inggeris bercakap menggunakan bahasa Lord of The Rings? Orang putih paling kuat mencarut F word di rumah tapi buku-buku popular mereka menggunakan bahasa inggeris yang bagus dan tepat tatabahasanya. Ini yang PTS perjuangkan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/10  at  06:13 PM

“untuk galakkan budaya makan, kita peduli apa makanan berkhasiat dengan makanan segera.”

Siapa pulak yang menggalakkan budaya makan ni? Sapa? Sapa? Bukan untuk hidup kita memang perlu makan ke? Nak galakkan apa lagi? Bangang

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/10  at  06:15 PM

Bermakna, baca dan makan adalah sama wajib dalam kehidupan. Jangan berfikir separas level rendah! Fikir dalam sikit.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/10  at  06:24 PM

Masalah yang takde pun orang menggalakkan budaya makan ni. Orang galakkan permakanan sihat. Kah kah kah.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/10  at  06:35 PM

Buku-man,

Anda telah memerangkap diri anda sendiri dengan bersetuju dengan konsep “pemakanan sihat”. Tak mengapa kalau tak faham, cuba lagi dilain hari.

Tugas saya sudah selesai.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/10  at  06:37 PM

haha klaka biler PTS argue nk perjuangkan bahasa Melayu. novel PTS yang klise, bahasa bercampur aduk nk dibanggakan Bahasa Melayu Standard kah? HUBRIS!!! karya sampah y picisan x layak nk berlagak mcm sastera tggi…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/10  at  06:41 PM

Saya duga Cik Nurul amat menggemari novel Lord of The Rings. Sila luaskan pembacaan anda kepada novel-novel Inggeris yang lain. Saya rasa novel-novel pulp fiction Inggeris juga banyak menggunakan bahasa-bahasa seharian. Ataupun Cik Nurul tak pernah membaca novel Fixi mungkin?

Page 1 of 3 pages  1 2 3 >

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: