Friday, August 10, 2012

Risiko Penerbitan Buku Berbahasa Melayu Rendah: POPULAR Tidak Lagi Menjual Buku-Buku Terbitan Fixi

Syarikat kedai buku POPULAR kini tidak lagi menjual buku-buku novel terbitan syarikat Fixi.

Buku-buku Fixi ditulis menggunakan Bahasa Melayu Rendah (BMR). Ada kalanya, bahasa Melayu kasar pun terdapat dalam buku-buku Fixi.

Apa yang berlaku kepada buku-buku Fixi menerangkan salah satu risiko yang dihadapi dalam dunia penerbitan buku.

Tindakan POPULAR tidak lagi menjual buku-buku Fixi adalah suatu perkembangan yang luar biasa dalam sejarah industri buku Melayu. Belum pernah perkara seperti ini berlaku.

Sebelum ini kedai-kedai buku tidak ambil pusing berkenaan isi kandungan buku, apatah lagi gaya bahasa pengarang. Selagi sesuatu judul buku itu tidak diharamkan oleh kerajaan, kedai-kedai buku akan menjualnya, dengan syarat judul itu laku dijual.

Barangkali POPULAR telah menerima banyak rungutan dari pelanggannya berkenaan gaya bahasa dalam buku-buku Fixi, lalu pihak pengurusan mengambil berat ke atas rungutan pelanggannya, terutama rungutan dari ibu bapa yang datang dan membelikan buku-buku bacaan untuk anak-anak mereka.

Barangkali, demi menjaga kepercayaan ibu bapa bahawa kedai buku itu hanya menjual buku-buku yang terbaik dalam pasaran, lalu pengurusan membuat keputusan tidak lagi menjual buku-buku Fixi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(71) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Jabatan Mufti Negeri Kedah Mengeluarkan Fatwa Majalah Manga Haram Previous entry: TOP 100 Bulan Julai 2012 Berdasarkan Perolehan Ringgit
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/10  at  10:47 AM

Saya tertanya, isu di sini kerana bahasa atau kerana tuhan wang? Saingan hanya mengecilkan jumlah kek, ye dak? Kalau boleh sailang saingan, wah, banyak la dapat kek.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/10  at  11:02 AM

adik nurul.

abang rasa adik ni mesti comel orangnya. kulit cantik lembut gebu. mesti sedap bila menyentuhnya.

abang pikir jugak tahi adik mesti bau wanginya. rasanya abang nak ambik tahi adik yang wangi tu untuk dilumurkan pada badan abang ni. abang pikir tahi adik nurul wangi mungkin kerana makanan sihat yang adik makan tu.

kalau tahi adik yang wangi sebab makanan yang sihat. abang ingat nak polo adik kat twitter.

salam sayang dari abang yang busuk taiknya.
abang tempoyang

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/10  at  12:16 PM

Salam Puan Ainon,

Apakah definisi Bahasa Melayu Tinggi (BMT)? Adakah dengan bertutur sebagaimana yang saya tuliskan ini? Cuba Puan Ainon bayangkan setiap manusia Melayu yang puan jumpa bertutur sedemikian rupa? Apakah perasaan puan Ainon ketika itu? Jengkel? Terasa diperli?

Saya bukanlah penggemar buku Fixi, tetapi saya menyokong penuh usaha golongan-golongan ini menerbitkan buku yang lari jauh dari buku-buku arus perdana yang penuh dengan elemen-elemen cinta mengarut yang hanya akan dapat dirasai ketika di Jannah. #TillJannah.

Sekian.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/10  at  01:07 PM

kalau betul anda mahu perjuang kan bahasa melayu tinggi dengan tidak menjual buku-buku dari fixi, apa kata anda banned kan juga buku-buku yang menggunakan bahasa yang sama yang dijual berleluasa di popular. tidak adil rasanya hanya fixi saja yang dibanned kan, padahal banyak lagi buku-buku yang mengunakan bahasa yang sama.
filem yang mengunakan bahasa melayu rendah juga dibiarkan tanpa disekat, contoh filem ‘bohsia’

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/10  at  01:30 PM

Salam makcik Ainon.

Braderlah yang digelar MG. Okeh. Cukup sampai tang situ pengenalan diri. Agar ianya nampak ringkas dan padat.

Amatlah jarang brader memberi komen di dalam blog orang. Habis kuat pun brader komen dalam blog Hanis Zalikha. Atau paling koman brader komen dalam blog Cik Epal. Itupun dulu. Dulu-dulu. Masa brader ditanggung oleh subsidi kerjaan. Brader tak tahulah samada Universiti PTS ini sebuah blog. Sebuah laman sosial atau sebuah portal pendidikan ulul albab. Dan brader peduli apa.

Berikutan topik yang menyentuh kalbu ini. Brader terpanggil untuk memberi septah dua kata. Benar, ianya mungkin berpatah-patah dan brader peduli apa.

Masih lagi segar dalam ingatan brader. Sebuah karya dari penulis yang tidak asing lagi dengan darjat dan status yang diagungkan oleh para penulis dan pembaca bawah tanah; Sinaganaga namanya. Makcik mungkin pernah mengenalinya dahulu apabila sebuah buku diterbitkan oleh PTS lewat 2009. Stingarden adalah buku. Bukan. Ianya sebuah kitab kecil bagaimana seorang budak yang hidup dan membesar di dalam kawasan setinggan sehingga beliau dewasa.

Buku ini sedikit sebanyak menghiburkan hati brader. Dengan gaya bahasa. Corak penceritaan. Dengan santainya sehinggakan brader termasuk ke dalam orang-orang yang dikira rugi kerana tidak merasa untuk tinggal di rumah setinggan. Ianya hebat!

Ianya seperti bukan memegang senaskah buku PTS!

Selak satu muka surat dari buku Stingarden ini, terdapat amaran yang mengatakan ini hanyalah eksperimen dari PTS FORTUNA. Eksperimen ini saya gaulkan dalam satu. Boleh jadi eksperimen ini sukses atau boleh jadi karya ini menjadi cacat dek eksperimen yang hanya berpangkalkan sebab yang satu.

Malu.

Malu kerena ini bukan wadah yang PTS cari. Tiada teknik surah Yusuf. Bahasanya yang ahh…malu untuk disebut.

‘Yang baik dijadikan tauladan. Yang buruk dijadikan sempadan.’ Itu kata-kata yang turut tertulis didalam buku Stingarden. Brader baca dan brader akur. Tiada masalah tang situ.

Senang brader katakan eksperimen PTS ini dikira berjaya bagi brader tetap gagal di pihak sana. Hanya sebuah dari buku ini dihasilkan dan ianya tidak lagi diteruskan. Bahkan! Bahkan jika boleh diputar masa kembali, Makcik mungkin tak mahu sama sekali kecacatan ini mencalarkan kredibaliti Surah Yusof yang kini ditabal sebagai raja segala penceritaan. Ianya mimpi ngeri bagi PTS kerana projek ini tidak seharusnya disokong sedari awal lagi.

Bukan. Sinaganaga tidak gagal. Dia menyampaikan apa yang benar dan dekat dihatinya. Semuanya dari helaian pertama hingga akhir dia menulis mengikut format dirinya yang asli tanpa perlu menukar kiblat.

Brader tabik spring atas usaha beliau. Kudos!

Berbalik kepada tunas persoalan yang membangkitkan Buku FIXI itu produk yang cacat. Cacat manusia kerana buku FIXI. Cacat pemikiran kerana bahasanya tidak tinggi. Cacat segala serbi. Nah..Saya suka dengan apa yang diutararkan oleh makcik diatas. Berani. Padat da juga terkesan dihati orang ramai.

Brader tau tentang maslahat bahasa yang makcik cuba sampaikan. Terdorong untuk melakukan segala kemungkaran hasil dari bahasa dan jalan cerita yang tidak mencerminkan bangsa serta budaya kita. Setiap apa yang ditulis akan ditanggung dosa dan pahalanya di akhirat kelak.

Brader sedia maklum tang situ. Semua maklum tang situ.

Brader sedikit terpukul apabila makcik ingin mencipta sesebuah karya itu akan kekal segar hatta 50 tahun lagi. Lebih! Bahkan lebih. Karya yang ditulis pada batu dari zaman Firaun tidak sama bahasa dan loghatnya pada zaman kini. Bahasa Quran itu juga berbeza dikit dengan bahasa arab yang diguna pakai sehingga kini. Ianya berubah mengikut masa.

Masih. Tetap ada orang yang sanggup merungkai setiap perkataan tersebut kerana itu karya yang bagus. Itu bahasa mereka dahulunya. Membuat terjemahan tidaklah sesukuar mana. Saya tahu di pihak PTS..Ahh..mengapa perlu susah, 50 tahun lagi buku PTS kekal subur seiring DBP. Gawat apa lagi? Ambil sahaja mana-mana buku PTS dan baca. Begitu?

Lucu

Tetapi apa yang diberi adalah satu tingkap yang membawa pembaca luar dari realiti kehidupan. Kuasa imaginasi dan membawa pembaca ke dalam roh buku itu adalah satu pengalaman berharga. Biar apa bahasa yang diguna. Biar taraf mana darjat bahasanya. Biar apa yang cuba disampaikan. Asal ianya dekat dihati pembaca. berjaya mengaul si pemegang buku merasa apa yang penulis rasa. Itu lebih bernilai dari bahasa dan teknik surah yang diagung pakai. Pandailah manusia kerana tahu membezakan yang mana tauladan dan yang mana sempadan.

Ianya santai. Ianya imaginasi. Berkongsi dengan pembaca akan hal dunia yang satu lagi.

Makcik…Why hang so serious?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/10  at  01:33 PM

Pejuang bahasa? cliché sungguh. Nak menjahanamkan karya alternatif lagi ade la. Kalau POPULAR nak guna isu pengkastaan bahasa dan menangkan karya picisan lain. Aku redha. Tak kudis pun. Fixi will deliver straight to my doorstep! Go fixi! you have your avid readers.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/10  at  02:24 PM

Pada pendapat saya, di rak2 kedai buku masih banyak terdapat buku2 yang lansung tidak mengikut Bahasa Melayu Standard. Inikan pula Bahasa Melayu Tinggi. Kenapa harus Fixi SAHAJA yang dipersalahkan?

Saya fikir, ini bukan sebab bahasa semata-mata. Tetapi sebabkan gaya pemikiran penulis yang cuba dijelmakan kepada sebuah cerita yang nyata mampu menakutkan ibu bapa tentang persekitaran anak-anaknya. Sedangkan persekitaran itu benar-benar wujud. Cuma kalau mampu, hendak ditutup sebelah mata agar kurang sedikit rasa gerun. Realiti.

Saya menerima baik pendapat pihak PTS dan Popular sebagai satu usaha untuk meningkatkan lagi martabat Bahasa di Malaysia. Cuma saya harap, janganlah kerana takut akan persaingan, maka dimatikan usaha yang saya fikir murni kerana mahu mengajak rakyat Malaysia untuk membaca semula.

Maaf atas bahasa yang saya gunakan mungkin berada di kasta yang tak sepatutnya dan tidak boleh diterima oleh pihak puan. Tapi saya mohon, cuba fahami isi yang saya cuba sampaikan.

Kerana, tidak dijual pun, kami tetap akan cuba mencarinya di laman sesawang rasmi mereka.

P/S : Kalau boleh, mohon ditapis juga novel-novel cinta yang mampu mengajak para remaja untuk melakukan persetubuhan sebelum kahwin. Ada banyak. Sudahlah menggunakan muka depan yang penuh warna warni dan selamat. Namun isinya kadang kala tidak cermat.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/10  at  02:39 PM

Salam, Makcik Ainon.

Kakak saya seorang guru Bahasa Melayu dan kini mengajar di selatan tanah air. Dia menghargai usaha PTS menggunakan BMT. Akan tetapi, penghargaannya belum mencapai tahap tertinggi untuk PTS sebab PTS hanya memiliki kasta bahasa tinggi tapi tidak memiliki kasta tatabahasa yang tinggi.

Katanya lagi, kasta tatabahasa PTS masih dikira lemah kerana ada kesalahan yang telah lama diubah masih diaplikasi dalam buku-buku PTS. Contohnya penggunaan ianya (dua kata ganti nama tidak boleh bergabung), di kalangan (sepatutnya dalam kalangan), oleh kerana (sepatutnya oleh sebab).

Hal ini bermakna, buku PTS tidak seratus-peratus sesuai untuk meningkatkan penguasaan bahasa dan tatabahasa para pelajar kerana ada yang membuat kesilapan tatabahasa melalui novel PTS yang dibaca.

Kasta BMT sebenarnya tidak penting kerana pelajar sekolah telah dibiasakan dengan Bahasa Melayu Standard terutama melalui Komponen Sastera (KOMSAS) sejak dulu lagi. Apa yang lebih penting sebenarnya tatabahasa.

Bagi pembaca remaja dewasa, pengisian adalah yang lebih utama.

Hanya memaklumkan untuk perhatian Puan Ainon.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/10  at  02:41 PM

Ya, mohon pihak Popular mengambil tindakan yang sama untuk buku-lain yang seumpama dengannya. Tahniah Popular!

“Bad books are intellectual poison; they destroy the mind. In order to read what is good one must make it a condition never to read what is bad; for life is short”. Arthur Schopenhauer

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/10  at  02:50 PM

Mengenai kes FIXI, saya juga tidak setuju dengan tindakan POPULAR mengharamkan penerbitan novelnya. FIXI telah melahirkan sastera yang mampu menarik lebih ramai orang untuk membaca.

Walaupun bahasa yang digunakan agak kasar, FIXI menyumbang besar dalam membentuk pemikiran yang membina, menyedarkan dan dalam masa yang sama, maju.

Untuk mengharamkan FIXI dan tidak syarikat lain yang klise dengan cerita yang tidak membina adalah tidak adil. Seolah-olah terlihat situasi anak tiri dan anak emas dalam isu ini. Hmm…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/10  at  02:51 PM

salam makcik ainon..

sebenarnya saya x tahu ape benda pun yang orang komen2 nie.saya berkelulusan sekolah menegah so standard bahasa saya tidak la berbunga2 dan dalam maksudnya.

saya nak cakap satu je.sebenarnya fixi,lejen,dubook dan neon yang memberikan minat saya membaca setelah hampir 10 tahun tinggalkan alam mari membaca buku.

sebelum ni saya masuk popular pun untuk beli pen atau liquid paper je.jangan cakap nak belek buku kt sana nak jengah pun haram tak.

kesimpulannya untuk menarik minat kutu2 macam saya ni, saya perlukan buku yang boleh masuk kepala saya nie.jadi timbul bibit2 cinta untuk membaca.dan untuk pengetahuan makcik ainon saya pun dah mula membelek buku2 yang berkasta tinggi sikit lepas tu macam buku harry potter.walaupun nampak bangan tapi itulah realiti yang saya lalui.
bak kata orang tak kenal maka tak cinta.dah cinta baru boleh berkasih sayang.

k tu je cik ainon.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/10  at  04:22 PM

wujudkah bahasa melayu tinggi? sedangkan filem-filem tempatan pun bertutur mengunakan rojak. kualiti buku kat malaysia ini jarang ada genre lain. selain cinta, filem pun sama. usaha fixi nak wujudkan bacaan pulp itu sangat bagus sebenarnya.

apa jadah buku Saranghaeyo, Arumi! ? itu bahasa melayu korea tinggi ke? hahahahahahahahahahahahaha

kelakar betul makcik ni.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/10  at  04:49 PM

bahasa melayu tinggi itu pseudo-intellectual sedangkan bertutur bahasa yang sama juga sampaikan maksud yang sama. tidaklah seintelek manapun kerana hanya ada wow faktor bila digunakan dan baku di dalam buku.

Kedatangan agama Hindu, Islam dan penjajah Eropah ke Asia Tenggara telah menyebabkan perbezaan yang ketara berlaku antara bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden. Ini menyebabkan penutur bahasa Melayu Moden tidak mungkin dapat memahami bahasa Melayu dari zaman-zaman sebelumnya. Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama dan setiap tahap bahasa mempunyai sifatnya yang tersendiri misalnya bahasa Melayu kuno mempunyai pengaruh Sanskrit dan Hindu yang kuat, dan bahasa Melayu klasik terpengaruh dengan bahasa Arab dan Islam. Manakala bahasa Melayu moden lebih banyak dipengaruhi oleh penjajah Barat terutama sekali Inggeris.

nah nampak sekali bahasa kita terpengaruh dengan kedatangan penjajah dan sekarang bahasa kita berevolusi dengan membahasakan bahasa inggeris kepada bahasa melayu kerana kosa kata yang tidak mencukupi. contohnya fotografi. buku-buku PTS sebenarnya banyak yang merapu dan merepek kerena hanya mementingkan ‘sold out’ dari genre lain (novel cinta senang) dan kebanyakannya buku PTS terus terang hanya untuk pembaca yang suka genre cinta dan pembaca yang suka mengeluarkan air mata. sebab tu kebanyakan lelaki tak membaca buku novel-novel. hati kaca, kata orang-orang yang melihat.

tapi dengan pasaran buku-buku fixi dan syarikat buku-buku indie yang lain, pembacaan tu menjadi sesuatu yang amat cool (bagi hipster-hipster) di samping memberikan ilmiah-ilmiah dan genre yang hanya terdapat buku pasaran antarabangsa (bahasa inggeris). contohnya genre surreal, metafiksyen, trangresif, etc, etc

dan sebagai penutup
pernah pergi ke perpustakaan?

Nami  on  08/10  at  06:05 PM

Nurul,

Memang tidak ada siapa akan bercakap laras bahasa Lord of the Rings, tapi saya percaya ramai mat saleh bercakap laras bahasa filem Pulp Fiction.

Atau Kill Bill.

Atau Formula 51.

Atau Fight Club.

Tengok filem tu biar luas sikit. Jangan nak guna laras bahasa Lord of the Ring lah, apalah.

Pfft.

By the way, kenapa tak jawab soalan saya tentang persampahan bahasa macam masturbasi, bulshitasi, fornikasi?

Kenapa tak nak jawab? Sebab bangang?

Bila orang kita meniru Koran Tempo dan KOMPAS dikata pandai, bila orang menulis buku dengan laras bahasa sendiri dikata rendah mutu.

Budaya meniru adalah budaya yang “pandai”?

Nami  on  08/10  at  06:27 PM

Cik Nurul kata tatabahasa orang Inggeris tepat belaka?

Nampak sangat tak kenal Wayne Rooney dan Joey Barton.

Pernah ke Walthamstow, England?

Mereka tak pernah peduli dengan grammar.

Cakap degar-degar.

bozu  on  08/10  at  06:50 PM

aPeW Nie, apEw KcoH2 niE?

Penagih Tegar  on  08/10  at  07:00 PM

Untuk membaca perlu ada minat. Minat itu perlu di timbulkan dahulu dan barulah menjadi budaya. Pembacaan tidak bersifat statik. Semakin usia meningkat, bahan yang kita pilih juga akan berubah. Saya kira buku-buku indie banyak di gemari oleh remaja. Apabila mereka semakin menginjak dewasa pastilah mereka akan memilih buku yang lebih sesuai dengan usia dan tahap kematangan mereka.

Tidak dapat di sangkal, Fixi ialah novel picisan tetapi picisan bermaruah kerana Fixi berani menerbitkan cerita yang luar dari kebiasaan. Cerita-cerita Fixi kebanyakannya “berani melawan norma masyarakat”. Ini adalah salah satu keberanian/kelebihan yang ada pada Fixi. Tidak banyak syarikat buku yang berani untuk menerbitkan naskah sebegini. Masing-masing masih takut untuk keluar dari kebiasaan/keselesaan.

Kenapa Amir Muhammad amat berani menerbitkan naskah seks bebas lagi songsang sedangkan dia tahu hal ini mengundang risiko yang tinggi kepada syarikatnya? Saya percaya yang Amir juga tahu bahawa masyarakat kita tahu berfikir. Dia memberi ruang dan peluang untuk pembacanya berfikir. Dia tidak meletakkan garis sempadan pemikiran seseorang kerana bagi saya dia percaya setiap pembacanya mampu menyaring setiap idea yang di lontarkan.

Dengan kehadiran pelbagai jenis buku dari pelbagai genre/syarikat akan mengimarahkan lapangan ilmu. Saya fikir, kita perlu cuba berlapang dada dan berfikiran terbuka. Kita tidak boleh hidup dalam kotak sempit dan jumud. Kepelbagaian buku/ilmu membawa banyak makna.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/10  at  07:21 PM

Kepada Mak Cik Ainon.

Sukacita saya hendak memberikan beberapa pandangan berhubung isu terkini lagi sensasi masakini.

1. Sesungguhnya budaya kasta dalam bahasa mahupun sosio-ekonomi bukanlah budaya kita seperti juga dengan budaya berdemostrasi di atas jalan raya seperti yang diulang-ulang oleh PM dan sekutunya termasuklah RTM.

2. “Rezeki ana datang bukan dari bapak tapi dari tuhan.”
Itulah dialog yang diutarakan oleh P. Ramlee seniman negara dalam filem Ahmad Albab. Justeru Mak Cik Ainon tidak perlulah bimbang hal berkaitan rezeki mahupun hal jodoh yang telah ditetapkan oleh tuhan. Mak Cik Ainon hanya perlu berusaha lebih gigih(orang putih kata “come on try harder”) dan selebihnya bertawakal.

Oleh itu renung-renungkanlah. Sampai disini sahaja pandangan bernas saya berkaitan isu terkini lagi sensasi masakini.

Salam ombak rindu.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/10  at  07:21 PM

apa salahnya menyokong masing-masing..tak perlu kot nk persoalan rendah or tinggi sesuatu karya, drama2 tv pun tak tinggi mana penggunaan bahasanya…lg mempengaruhi sebab budak2 dengar..ini membaca kan..kalu popular tuh jual yang terbaik je…lepas ni bolelah berhentikan penerbitan novel2 cinta yang tak kemana tuh, sempitkan fikiran orang melayu terutamanya..pengguna ada hak masing2 nak pilih..so biarlah mereka buat pilihan sendiri…popular tak jual fixi pun takda masalah,orang xrugi pon sebabnya buku2 fixi bole dptkan on9 je..tak payah susah2 nk keluar cari popular bagai,yang rugi popular dan mungkin pts sendiri..jangan kata org tengok2,pandang pun tak sbb xpegi pun popular tuh, duduk rumah click2 je ,bank in..esok lusa sampai depan rumah buku..easy kan!

inam kitites  on  08/10  at  07:50 PM

nukilan sperm muncul tanpa salam bicara membayangkan adat serta budaya perwatakan sperm yang kuno maka maaf pembuka kata.

tiada erti jika perjuang bahasa melayu tinggi diangkat kastanya sambil meremehkan tatabahasa tinggi serta sebutan baku yang dipupuskan lebih sedekat yang lalu.

tiada guna jua menghapuskan bahasa melayu sampah ketika kempen kitar semula sampah sarap giat diperluaskan.

tidak pernah dijadikan amalan budaya “mari makan makanan sihat” jika tiada penjaja makanan ringan di kedai runcit Ah Choi.

jangan terus sempitkan bahasa dengan perbedaan kasta tinggi, sederhana, rendah dan sampah kerana ia bakal membuka ruang kepada PARKIR, dll.

mana mahu ramai pembaca jika bahan tatapan yang dilihat itu seakan membongsaikan minda mereka.

-karya bersambung-
*akibat pertelagahan perjuang kasta bahasa*

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/10  at  09:58 PM

salam sejahtera,

sejujurnya saya merupakan peminat tegar novel-novel, namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, minat membeli novel saya semakin kurang. kerana, kebanyakan jalan cerita yang disampaikan sama saja.

balik- balik cerita ‘aku cinta kau tapi mak bapak kau tak suka aku jadi cinta terhalang dan ada perempuan gedik menantu pilihan mak kau menyebok dalam kisah cinta kita lalu kita berpisah tapi setia gila aku tunggu kau bertahun-tahun konon cinta aku suci’ dan akhirnya aku terbangang sendiri. phewwwwwww

letih nak mambaca.

maka, pilihan saya beralih pada karya-karya di blog-blog yang menyediakan bahan cerita yang lain dari yang lain. (nak bagi contoh, banyak pula)

minat membeli novel saya kembali menyubur bak bunga mekar di taman bila terbitnya buku-buku keluaran fixi dan beberapa syarikat penerbitan alternatif lain yang kebanyakan hanya bergerak di pasaran ‘bawah tanah’ sahaja.

baiknya penubuhan kampeni-kampeni sebegini, mereka juga menggalakkan peminat mereka berkarya, mengikut kreativiti masing-masing, dengan pengolahan yang lain dari yang lain. karya mereka sangat segar dan dekat dengan masyarakat. bukan seperti kebanyakan karya-karya yang berlambak di rak-rak buku kedai popular dan kedai-kedai buku yang lain, yang menekankan kisah cinta jelik yang kadangkala tidak masuk akal.

tak mengapa POPULAR tidak menjual buku fixi. tak gulung tikar pun kampeni-kampeni alternatif sebegini kerana mereka sudah ada peminat tegar mereka sendiri.

malah, tidak hairan jika buku-buku dari kampeni sebegini akan dianggap sesuatu yang bernilai kerana tiada di pasaran terbuka.

tak ada hallah. budak-budak sekarang dah pandai beli buku secara online

Ramli09  on  08/11  at  01:44 AM

Popular sendiri menjadi penjahanam takrifan kedai buku di mata masyarakat. Popular sepatutnya tukar nama kepada Kedai Buku & Alatulis Popular. 30% produk di Popular adalah Alat Tulis, 30% lagi Buku Rujukan Sekolah, 35% lagi buku-buku Inggeris dan Cina dan hanya 5% buku-buku berbahasa Melayu. 5% ini pula majoritinya bukanlah buku-buku BMT dari PTS, ia lebih kepada buku-buku bodoh tentang cinta-cinta-cinta-cinta-cinta-sampai-mampus yang jadi penjahanam moral gadis-gadis hingga hidupnya mahu cinta sebegini mahu lelaki sebegitu mahu kahwin dengan Tengku! Sampai bila 5% buku-buku berbahasa Melayu ini dikuasai oleh genre BOBROK sebegini yang penulis-penulisnya (maaf awal-awal) adalah penulis jadian-jadian yang tak patut jadi penulis! Bajet tulis novel cinta sudah ubah status kononnya mereka Novelis atau Pengarang tersohor. Cukup-cukuplah. Dengan penolakkan terhadap produk FIXI menjelaskan yang Popular bukan untuk penerbit kecil. Popular adalah popular dan ia untuk penerbitan skala besar seperti PTS dan Alaf 21 yang akan terus memonopoli pasaran komersial buku-buku. Popular adalah untuk BMT. Inilah kapitalisnya. Popular adalah moralis. Sudahlah 5% produk buku Melayu di Popular, tambah lagi dengan hasad menyingkirkan penerbit kecil lain yang cuba bawa idea segar pada pembaca Melayu hanya jadi bahan ketawa saja untuk pembaca buku lain-lain bahasa.
P/S: Terus-terang saya ini pemegang kad merah Popular, saya suka dengan diskaun 10% dan lain-lain diskaun untuk buku terpilih. Tapi kad itu saya tak guna beli novel sampah Melayu, saya guna untuk beli buku bacaan umum berbahasa Melayu yang alahai sedihnya saya tengok jumlah yang ada di rak yang juga alahai sedihnya (Sempatlah saya beli buku Hishamuddin Rais: Tertangkapnya Sa-ekor Toyo dan Tapai yang khabarnya kawan-kawan Puan Ainon juga - Ajaibnya buku-buku Hishamuddin dijual di Popular, tahu dek BN ni mati Popular kena banned! TAPI, itulah kuasa buku, sebutlah apa saja genre atau jenisnya, buku ini tetap dihayati dan ia bikin khayal pada penggemarnya. Buku tiada sempadan) Bukan Buku motivasi yang berlambak itu, itu bukan bacaan umum ya, itu buku Tahik! Teruslah berangan. Jadilah seperti Donald Trump. Pijaklah yang kecil dan teruslah megah dengan kasta-kasta anda.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/11  at  01:44 AM

Saya akui, saya bukan pakar bahasa. Tapi, kebanyakan novel sekarang banyak ciplak/plagiat stroyline drama-drama korea. Novel pun banyak unsur lucah. Kan? Sekurang-kurangnya, buku fixi menceritakan realiti kehidupan dekat Malaysia sekarang. Usaha nak buat pemuda sekarang ni suka membaca pun tak menjadi masalah. Takpe, popular tak dapat tempat, MPH ada smile

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/11  at  05:46 AM

Novel cinta MELAYU such a loser. Tahu Fixi tengah naik, halang POPULARITI novel jiwang yang ntah pape terus kasi alasan macam tu kan? Logik lah kan kita lagi suka dan selesa kalau baca bahan bacaan guna bahasa yang selalu kita pakai seharian? Ada ke orang bersembang sambil pegang kamus dewan bahasa?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/11  at  06:33 AM

lek, lek main basikal sudahlah…

Page 2 of 3 pages  <  1 2 3 >

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.