Friday, August 10, 2012

Risiko Penerbitan Buku Berbahasa Melayu Rendah: POPULAR Tidak Lagi Menjual Buku-Buku Terbitan Fixi

Syarikat kedai buku POPULAR kini tidak lagi menjual buku-buku novel terbitan syarikat Fixi.

Buku-buku Fixi ditulis menggunakan Bahasa Melayu Rendah (BMR). Ada kalanya, bahasa Melayu kasar pun terdapat dalam buku-buku Fixi.

Apa yang berlaku kepada buku-buku Fixi menerangkan salah satu risiko yang dihadapi dalam dunia penerbitan buku.

Tindakan POPULAR tidak lagi menjual buku-buku Fixi adalah suatu perkembangan yang luar biasa dalam sejarah industri buku Melayu. Belum pernah perkara seperti ini berlaku.

Sebelum ini kedai-kedai buku tidak ambil pusing berkenaan isi kandungan buku, apatah lagi gaya bahasa pengarang. Selagi sesuatu judul buku itu tidak diharamkan oleh kerajaan, kedai-kedai buku akan menjualnya, dengan syarat judul itu laku dijual.

Barangkali POPULAR telah menerima banyak rungutan dari pelanggannya berkenaan gaya bahasa dalam buku-buku Fixi, lalu pihak pengurusan mengambil berat ke atas rungutan pelanggannya, terutama rungutan dari ibu bapa yang datang dan membelikan buku-buku bacaan untuk anak-anak mereka.

Barangkali, demi menjaga kepercayaan ibu bapa bahawa kedai buku itu hanya menjual buku-buku yang terbaik dalam pasaran, lalu pengurusan membuat keputusan tidak lagi menjual buku-buku Fixi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(71) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Jabatan Mufti Negeri Kedah Mengeluarkan Fatwa Majalah Manga Haram Previous entry: TOP 100 Bulan Julai 2012 Berdasarkan Perolehan Ringgit
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/11  at  06:33 AM

disebabkan ni… “Buku-buku Fixi ditulis menggunakan Bahasa Melayu Rendah (BMR). Ada kalanya, bahasa Melayu kasar pun terdapat dalam buku-buku Fixi.” sentap semuanya.

hakhakhak.

takde kat popular, online sudah. aku mana pernah beli buku fixi kat kedai. online je. aku ni pemalas bai nak jalan ke kedai nun.

yang mak enon perlu tahu, aku mula membaca balik dengan buku terbitan fixi. bagi aku, baca dulu, baru fikir tatabahasa ke, kasta bahasa ke, apa lancau semualah.

oh ye. sekolah dulu, takde pula BMR BMS BMSODKKFJMS ni semua. dah lah, nak berbuka.

hoi nami, sentap kau eh. hakhakhak. btw, buku lelaki eksistensial kau, power sial!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/11  at  07:04 AM

Aku seorang kaki buku, pengharaman penjualan novel-novel keluaran Fixi di gedung buku POPULAR Bookstore baharu ini atas alasan penggunaan Bahasa Melayu Rendah (BMR) dan ayat yang kasar dan takut mempengaruhi kanak-kanak, pada aku, satu alasan yang agak bangang. Jalan penyelesaiannya boleh sahaja diasingkan pada satu rak yang lain “Bacaan Dewasa”.

Tahukah anda, ayat sastera yakni ayat novel hatta A.Samad Said sendiri pun melanggar undang-undang Bahasa Melayu standard? Penggunaan metafora dan hiperbola sendiri telah melanggar Bahasa Melayu standard?

Pengeluaran buku buku FiXi seharusnya diterima sebagai satu kelainan, satu nilai karya yang memaparkan kejujuran. Hatta Dato’ Dr Affifudin Omar, mantan Timbalan Menteri Kewangan pun menulis untuk FiXi.

Satu lagi, karya FiXi memang menggalakkan golongan muda untuk membaca dan bergiat lebih untuk menceburi bidang penulisan. Lain daripada penerbit penerbit buku yang arus perdana, yang eksklusif, FiXi mengalu-alukan karya anda.

Hal yang paling penting adalah, kebanjiran novel-novel cinta leleh, cinta mabuk kopiah (Seperti yang ditentang oleh Dr. Faisal Tehrani), BERLAMBAK di kedai buku ini! Contoh novel seperti “Sepupu Aku Tomboy” “Isteri Abang Bertudung” dan entah macam macam lagi yang mual hanya selepas mendengar tajuknya sahaja. Berikan kelainan, jika disogokkan dengan kehidupan palsu melalui novel begini, hanya menunjukkan hipokrasi anda dalam berkarya.

Sekurang-kurangnya FiXi bercakap dalam “bahasa orang Malaysia” dan bercerita tentang “kehidupan dalam masyakarat Malaysia” bukan di alam kayangan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/11  at  03:15 PM

acik ni sukahati je cakap buku buku fixi ni guna bmr. acik tak tahu ke yang Pecah ditulis denyan bahasa melayu yang bagus? cuba bandingkan dgn dgn buku buku pts. berapa kerat sangatlah yang guna bahasa yang betul? haih acik ni.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/11  at  07:14 PM

Kesian Puan Ainon…
Dengki sangat buku PTS tak popular macam buku Fixi kot…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/11  at  07:48 PM

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.”Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat” (Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya dan Ibnu Hibban)

Cakap berdegar-degar keluar hadis bagai pun tak guna kalau kita masih megumpat org. Menegur seharusnya tidak mendedahkan nama. Apabila puan menyatakan dengan terang-terangan Fixi. Ini sudah jadi mengumpat.

Dimanakah letaknya Islam puan?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/12  at  01:18 AM

Gaya penulisan fixi gaya bahasa yang santai. Bagi saya, novel-novel cinta tu yang perlu dihentikan penjualan di pasaran, asik-asik plot cerita yang sama, bosan jika nak baca.

Tetapi kalau saya tak suka baca novel cinta, saya tak boleh nak suruh syarikat penerbitan hentikan penerbitan novel-novel cinta kerana mungkin orang lain suka baca novel cinta walaupun stereotaip (pi mai pi mai tang tu jugak, minda pun tak berkembang. Mesti ada pasangan bercinta, dengki, iri hati ada pihak yang cuba hancurkan hubungan cinta yang dibina, pastu konflik keluarga, anak orang kaya, anak orang miskin, anak datuk, syarikat besar. Novel-novel macam tu dipasaran dibenarkan pula ye.

orang sekarang suka membaca sesuatu bahan bacaan yang lain dari yang lainlah.. Kalau asik-asik sama je bosan.

:: Peminat bahan bacaan yang pemikiran di luar kotak.. grin

Nazri Ahmadeus  on  08/12  at  08:15 AM

saya faham kegusaran Puan Ainon cuma rasanya perlu diperjelaskan bahawa buku-buku dari penerbitan Fixi yang dihalang jualannya hanya 2 sahaja iaitu HILANG dan MURTAD daripada banyak buku terbitan mereka.
  saya rasa catatan puan perlu lebih terperinci seperti tajuk buku serta capaian kepada isu ini supaya pelawat universiti terbuka ini lebh memahami akan apa yang sedang berlaku. bila puan menyebut akan rungutan ibu bapa (saya membayangkan rungutan yang diterima oleh pihak Popular ini datang dari ibu bapa kepada seorang remaja yang berusia 24 tahun yang masih dalam tanggungan), permasalahannya ialah bukan soal bahasa sahaja, tetapi kelemahan pihak kedai buku atau penerbit dalam melabel buku-buku mereka, samada sesuai untuk seisi keluarga atau kategori kanak-kanak atau pembaca muda atau remaja ataupun dewasa atau jika ingin lebih spesifik lagi, saranan saya, labelkan ‘untuk pembaca matang sahaja’ seperti yang dibuat oleh penerbit komik DC/Vertigo untuk novel grafik mereka seperti Watchmen, V For Vendetta, Sandman antaranya, selepas komik (atau bahasa yang lebih tepat, novel grafik supaya lebih adil untuk siri Sandman tulisan Neil Gaiman) sebelumnya dilihat hanyalah bahan bacaan ringan untuk golongan muda dan fanboy.
  apabila sesebuah buku itu dilabelkan hanya untuk pembaca matang, maka kita dapat membuat kesimpulan yang membeli naskhah ini adalah di kalangan mereka yang pandai-pandai belaka. sukar untuk saya mengatakan yang buku-buku terbitan Fixi ini boleh dikategorikan dalam kumpulan Bahasa Melayu Rendah kerana ada di kalangan editor untuk penerbitan Dewan Bahasa juga turut menulis untuk Buku Fixi. yang rendah bahasanya mungkinlah hanya sebahagian teks yang disebut oleh pihak Popular dan bukan bersifat menyeluruh (tetapi teks ini perlu dalam menyatakan kebenaran) mungkin tak sampai 1 muka daripada beratus-ratus mukasurat.
  dan ada juga keraguan jika puan benar-benar membaca kesemua buku-buku penerbitan Fixi ini. lebih mudah jika puan membuat analisa kepada buku-buku ini seperti sebuah ulasan supaya peminat novel dan sastera berbahasa Melayu hari ini dapat lebih memahami apa isi kandungan, cerita dan gaya bahasa yang cuba disampaikan oleh penulis kerana pada pendapat saya dengan adanya penerbit-penerbit bebas inilah timbul kembali minat anak-anak muda untuk membaca malah ada yang bercita-cita mahu turut menjadi penulis kerana keberjayaan novel-novel ini. zaman ini, anak-anak muda kita agak bertuah kerana mudah terdedah dengan pelbagai platform yang mendekatkan mereka dengan bahasa Melayu, sastera dan penulisan samada karangan atau puisi selepas adanya internet, blog dan jaringan sosial seperti Twitter dan Facebook. mereka boleh berhubung secara terus dengan penulis kegemaran mereka untuk bertanyakan pendapat dan sedikit ilmu. bezanya dengan waktu saya bersekolah dahulu sekitar 1990’an ketika internet masih belum bertapak di tanahair, ketika pendidikan bahasa Melayu di sekolah amat kurang membantu kerana tenaga pengajar yang lebih banyak memberi markah tetapi tiada penerangan akan sebuah penulisan yang baik, bahasa Melayu yang tinggi, atau pengisian untuk sebuah karangan yang baik. tiada perkara yang dapat menarik minat pelajar untuk menulis kerana dilambakkan dengan novel-novel dengan perkataan ‘cinta’, ‘rindu’ atau sesekali ‘ombak’ seolah-olah kita tak terbuka genre penulisannya. tiada kem penulisan karangan atau tips untuk menjadi seorang penulis yang berjaya dan memartabat bahasa. kebanyakan rakan sekelas pula ialah bakal mat rempit yang berpotensi. cuma saya agak bernasib baik kerana meminati muzik yang turut menerbitkan minat terhadap jurnalisma muzik yang memperkenalkan saya akan nama-nama seperti Lester Bangs dan ada juga penulis tempatan yang berwibawa seperti Saniboey Ismail.
  jelasnya, semua bermula di luar kawasan persekolahan yang kemudian cuba dibawa ke sekolah, dipraktikkan dalam suasana pendidikan yang agak formal dan menjadi tugas pendidik untuk membetulkan apa yang salah kecuali jika pendidik itu tidak menjalankan tanggungjawabnya. saya tahu kerana pernah mengalaminya.
  saya menghormati keputusan Popular untuk menghentikan edaran dua buah buku terbitan Fixi (bukan semua) tetapi ia bukanlah satu sekatan kepada perkembangan bahasa yang total. sebenarnya, ada begitu banyak caranya untuk mendekatkan remaja kepada bahasa Melayu, mencintainya dan memartabatkannya. daripada seringan-ringan dan serendah-rendah bahasa hingga ia naik setingkat demi setingkat kepada bahasa yang lebih tinggi hingga ia mencapai tahap nirvana. perlu ada panduan dan janganlah disekat.

Abdul Dubook  on  08/13  at  01:55 AM

Kita ni komen panjang berjela opah Ainon buat bodo jeeeee

Gazlan  on  08/13  at  02:54 AM

Janganlah Puan lupa akan kedudukan Puan sebagai pendukung anti-PPSMI. Kewujudan Fixi atau lain-lain penerbit bebas secara tak langsung membawa anak muda menggemari bacaan dalam bahasa Melayu biarpun ia ditulis dengan Bahasa Melayu Rendah ataupun Bahasa Melayu Sampah. Berapa lama lagi kita nak tunggu hingga bacaan Bahasa Melayu kembali mencapai zaman gemilangnya? Sampai bila? SEKARANGLAH MASANYA.
Lagi satu nak beritahu kepada pengulas-pengulas disini, Puan Ainon BUKAN PENGURUS KEDAI BUKU POPULAR. Harap jangan salah faham.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/13  at  03:03 AM

Korang ni, Puan Ainon tak delete komen korang dah cukup bagus. Kira demokrasi jugalah walaupun gua tunggu2 jugak dia delete esei bahasa korang ni. apapun hidup fixi! selain iphone dan instagram, buku fixi juga adalah lambang seorang hipster.

Gazlan  on  08/13  at  03:28 AM

Apa HIPSTER-HIPSTER? Pergi jahanam sama HIPSTER. HIPSTER baca Chuck Palahniuk je

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/13  at  04:02 AM

apa sebut sebut nama gua nih. lempang kang

Jose Luis Borges  on  08/13  at  04:25 AM

Chuck ni mahu makan kasut aku ke? Bawak bersopan sikit

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/13  at  04:35 AM

abang abang ni, tak yah la gadoh gadoj. malu ke DBP dan kedai buku Bonggol jew

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/15  at  02:08 AM

Assalamualaikum w.b.t.

Pertama sekali, saya mahu menjernihkan keadaan. Puan Ainon tidak buat sebarang entri semborono di atas jika tiada sumber yang utama.

Kalian boleh baca di pautan ini, jawapan daripada seorang staf eksekutif Popular sendiri:
http://pasalbuku.blogspot.com/2012/08/buku-fixi-popular-tidak-jual-hilang-dan.html

Barangkali, hubungan Puan Ainon sendiri dengan pihak atasan Popular yang memudahkan beliau untuk memperolehi maklumat sebegini. Malah beliau sebagai seorang yang terpelajar menambah maklumat itu dengan hasil penyelidikan beliau sendiri (yang mana pemangkin kepada kejayaan PTS hari ini!).

Kalian boleh tanya diri sendiri. Siapa yang sebenarnya membuat tohmahan yang semborono. Masyarakat kita ini mudah benar melempar sesuatu tanpa ada usul periksa, bertanya kepada kesemua pihak. Apakah ada yang bertanya kepada pihak POPULAR sendiri?

Kedua, kepada [Aris]. Siapa kata buku PTS tidak popular. Kalau buku PTS tidak laku masakan PTS boleh jadi penerbit terunggul di Malaysia dalam masa sedekad?
Lihatlah novel sejarah Islam Tuan Abdul Latip. Ada yang sudah berbelas-belas cetakan dalam masa kurang lima tahun. Bagaimana pula buku Ustaz Azhar Idrus? Apakah cetakan melebihi 100000 unit tanda ‘ketidakpopularan’? Apa buku FIXI ada sebegitu?

Ketiga, kepada [tentang seseorang]. Entri di atas itu bukan umpatan atau cacian atau seumpamanya seperti yang anda fikirkan. Anda mengata tentang umpatan, sedangkan anda sendiri tidak dapat bezakan entri umpatan dengan entri analisa. Puan Ainon hanya menganalisa situasi pelarangan kemasukan novel FIXI yang terbaru ke POPULAR; HILANG dan MURTAD. Jika anda fikir ini adalah mengumpat, maka sekirnya pihak pembangkang (PAS misalnya) menegur kerajaan (BN misalnya) secara terus terang di depan orang ramai maka ini juga dikatakan mengumpat? Atau pada buku yang saya tengah menelahnya sekarang ini, [Kritikan Teori Kenisbian dan Teori Quantum], apabila Prof Shaharir mengkritik ilmuwan Islam yang lain secara terus terang kerana terlalu semborono mengikuti teori Barat makan ini dikatakan mengumpat? Saya ketahui bahawa saya ini orangnya kurang berilmu dalam bidang sebegini, tapi saya tahu membezakan mana satu mengumpat dan mana satu keterangan dan analisa.

Keempat, kepada [Remaja Terpelajar] dan [yang lain]. Nampaknya anda tidak kenal Puan Ainon. Siapa yang tidak kenal Puan Ainon sahaja yang akan kata beliau sombong dan sebagainya. Anda gelar diri anda sebagai Remaja Terpelajar tetapi sikap anda langsung tak mencerminkan keterpelajaran anda. Anda gelar Puan Ainon bongkak dan syok sendiri kerana anda fikir Puan Ainon tak baca komen yang ada. Anda langsung tidak bersangka baik kepada sesiapa yang anda pandang kerana beberapa perkara yang tidak kena dengan pendapat anda. Sungguh, yang sebenar bongkak dan syok sendiri sebenarnya ANDA! Anda mahu tahu, saya ini jika dibandingkan dengn Puan Ainon, ibarat langit dengan bumi. Sebagai seorang yang tidak terkenal dan berilmu seperti beliau, saya boleh sahaja tidak terpandang oleh beliau yang merupakan eksekutif tertinggi PTS. Beliau Chairman atau Pengerusi PTS! Namun, anda mahu tahu? Emel saya yang dihantar kepada beliau tidak sesekali beliau tidak pernah balas! Hatta emel saya itu sekadar emel bertanya sesuatu (tidak penting) atau meminta arah perjalanan, namun beliau balas emel sekecil itu (tidak seberapa jika dibanding kerja dan tugas beliau yang besar itu) dalam masa kurang 24 jam! Hatta staf syarikat lain yang biasa sekalipun mengambil masa beberapa hari, apatah lagi pegawai tertinggi. Tapi tidak pada Puan Ainon. Cuba anda bayangkan, berapa komen dalam ruangan ini (yang penuh emosi dan tindakan semborono). Sekiranya Puan Ainon mahu menjawab sekalipun mungkin ia akan jadi seperti air yang dicurahkan ke daun keladi. Bak masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Anda juga tahu (sebab anda Remaja Terpelajar) sekiranya dalam sesuatu perkara yang tidak terkawal, Rasulullah SAW sendiri mengatakan diam itu adalah pilihan terbaik.

Jadi di sini, siapa yang berburuk sangka? Siapa yang bongkak dan syok diri? Apakah anda ada bertanya terus kepada pihak FIXI sendiri mengenai situasi pelarangan itu? Saya rasa (saya sudah tahu mentaliti masyarakat kita) hampir kesemua tidak pernah.

Puan Ainon yang membaca pun tidak kisah dengan tohmahan anda. Sekiranya anda berterus sebegitu tanpa usul periksa (semborono/membabi buta) anda sendiri yang rugi.

Ajami Hashim  on  08/15  at  06:44 AM

“..lalu pihak pengurusan mengambil berat ke atas rungutan pelanggannya, terutama rungutan dari ibu bapa yang datang dan membelikan buku-buku bacaan untuk anak-anak mereka.”

Salaam.

Komen saya:

Saya sebagai bapa kepada 2 orang anak memang sering membawa mereka ke kedai buku untuk menggalakkan tabiat suka membaca sejak mereka kecil. Saya sendiri akan bawa mereka ke bahagian rak buku bacaan kanak-kanak untuk mereka memilih sendiri buku apakah yang mereka hendak baca. Manakala untuk buku bacaan saya, sudah tentu saya pilih sendiri tanpa melibatkan anak-anak. Saya kurang faham maksud ‘rungutan’ dalam artikel di atas, adakah maksudnya ibu bapa membabi-buta membeli novel terbitan Fixi lalu pulang dan berikan kepada anak-anak untuk membacanya? Tak masuk akal! kerana setiap sen duit hendak membeli sesebuah buku oleh ibu bapa sudah tentu dinilai dahulu isi kandungannya dengan mambaca sinopsis di halaman belakang atau menyelak dan membaca beberapa mukasurat. POPULAR harus terangkan maksud ‘rungutan’ tersebut kerana seolah-olah memperlekehkan ibu bapa yang menjadi pelanggan mereka sehingga sebegitu lalai atau lemah dalam menilai pembelian sesebuah buku di kedai POPULAR untuk bacaan anak-anak? Berapa banyak pula bilangan ibu bapa yang terlibat dalam kajian dan statistik ‘rungutan’ tersebut? Berapakah umur anak-anak yang dibelikan buku oleh ibu bapa?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/20  at  02:15 PM

Emo emo jugak budak fixi ni . Kah kah kah. Pulp fiction la sangat.  sentap lebih.

Bernafsu Dengan Buku  on  08/27  at  04:25 AM

Tenanglah. Dah nama pun PULP. Picisan. Bahasa apa lagi mahu diharap jika ia adalah PULP. Saya ingat lagi waktu Amir Muhamad ditemubual dalam Astro Awani, bukankah Amir sendiri kata buku PULP adalah buku baca sekali lalu.
Jadi untuk penggemar FIXI, Janganlah Emosi. Teruskan membaca biarpun picisan mahupun kesusasteraan tahap dewa. Bukankah membaca itu amalan mulia?

generic viagra  on  11/03  at  04:15 AM

Asking questions are genuinely pleasant thing if you are not understanding anything entirely, but this piece of writing gives nice understanding yet.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/13  at  05:03 PM

Saya sebagai penggemar buku fixi ingin menyatakan di sini bahawa tindakan Popular menolak penjualan buku berkenaan adalah satu tindakan yg tidak wajar malahan tindakan yg bodoh hanya kerana penggunaan bahasa yg x berketepatan dgn bahasa melayu tinggi.Pada pandangan saya,syarat yg dikenakan oleh syarikat fixi utk penulisnya iaitu penggunaan bahasa slanga dlm penulisan adalah idea yg sgt bernas dan patut ditiru oleh syarikat besar lain seperti PTS dan lain2 kerana statistik menunjukkan buku fixi adalah menyeronokkan dan boleh memupuk sikap suka membaca dlm kalangan remaja.Sekian

Page 3 of 3 pages  <  1 2 3

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.