Sunday, January 07, 2007

Risiko Pengarang Bercerai

Penerbit buku-buku motivasi khuatir apabila pengarang motivator mereka menghadapi masalah rumah tangga.

Di Indonesia, motivator paling top sejak 10 tahun lalu adalah Aa Gym. Beliau kerap membawa isterinya muncul di khalayak.

Buku-buku, VCD, CD, pakej training, kuliah terbuka, rancangan TV dan radionya amat popular. Beliau kaya raya. Statusnya serupa dengan artis selebriti. Lebih banyak orang datang mendengar Aa Gym bercakap daripada mendengar Presiden Bambang Yudoyono bercakap.

Baru-baru ini seluruh Indonesia gempar, terkejut, banyak yang tidak mahu percaya, apabila tersebar berita bahawa Aa Gym mengambil isteri kedua, seorang artis janda beranak tiga.

Di Amerika, motivator kasih sayang yang paling popular dan kaya raya adalah Dr. John Gray, penulis siri "Men are from Mars. Women are from Venus". Jualan bukunya jatuh merudum apabila tersebar berita beliau bercerai dengan isterinya.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Nasib Penulis
(15) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Laporan Bengkel Novel Fiksyen Fantasi Previous entry: Hakcipta dan Karya Plagiat
rastom  on  01/07  at  07:29 PM

Wah! Untung berganda ganda. Gempar dan terkejut mungkin bakal mencetuskan satu revolusi mengimarahkan institusi poligami di sana, siapa tau?
——-

alang kelana  on  01/07  at  08:19 PM

“........Wah! Untung berganda ganda. Gempar dan terkejut mungkin bakal mencetuskan satu revolusi mengimarahkan institusi poligami di sana, siapa tau?.........”

..Dan akan buat buku-buku poligami laku keras…. smile

Siti Hajar  on  01/08  at  11:11 AM

Saya Google dan baca beberapa artikel mengenai Aa Gym. Begitu besar pengaruh beliau hinggakan Kerajaan Indonesia bercadang menilai semula undang-undang poligami. Saya kira isu itu tidak akan menjadi begitu berat jika beliau mengahwini seorang wanita miskin beranak ramai atau seorang wanita yang dilihat mampu membantu beliau menyebarkan dakwah dengan lebih baik. Beliau mengahwini seorang ibu tunggal yang masih muda dan cantik yang mempunyai pekerjaan dan bekas model pula. Justeru keikhlasan dan isi kuliah beliau disoal kembali oleh pengikutnya, “Adakah itu hanya teori?”
Perhatikan juga, bagi saudara yang membaca, perbuatan beliau juga mendapat teguran daripada kaum pria. grin

Puan Ainon Mohd.  on  01/08  at  11:33 AM

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Isu poligami ini isu yang sensitif. Undang-undang poligami dalam Islam adalah undang-undang Tuhan. Jadi kita mesti redha dengan undang-undang Tuhan ini. Dalam undang-undang itu tidak ada sebarang panduan tentang status dan rupa perempuan yang bagaimana yang patut diambil sebagai isteri-isteri muda. Itu hak lelaki.

Jodoh Aa Gym sudah diizinkan oleh Tuhan sedemikian itu. Tentu ada hikmahnya. Kalau ramai lelaki ikut jejak Aa Gym, banyaklah artis2 wanita yang janda tidak perlu meneruskan profesion artisnya lagi…

Tentang janda-janda yang tua, miskin dan banyak anak, kita galakkan lelaki kaya (dan berpoligami pula) membayar zakat terus kepada janda-janda itu (supaya tuan-tuan kurang rasa bersalah kerana menikahi janda muda, cantik dan tidak banyak anak!)

Hmm… kalau terkena batang hidung saya sendiri, saya pun tidak tahu apa agaknya yang saya tulis dalam blog ini!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/08  at  10:22 PM

insyallah…
saya percaya puan sifu akan menggunakan teori2 psikologi dan komunikasi intim sebagaimana yang saya baca dari buku2 puan sifu. saya sangat teruja untuk mengaplikasikan teori2 puan sifu malangnya saya masih bujang lagi eh eh eh eh.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/08  at  11:04 PM

Saudara Faisal,

Semasa sahabat saya melangsungkan perkahwinan, saya tidak hadir ke majlis tersebut.  Kedua-dua pengantin adalah sahabat rapat saya - minat mereka adalah menulis dan membaca.  (Mereka banyak menulis artikel ke akhbar-akhbar tempatan semenjak di kampus lagi.  Saya doakan perkahwinan mereka berkekalan).

Oleh kerana saya tidak hadir ke majlis mereka, saya kirimkan hadiah perkahwinan mereka melalui sahabat lain - buku ‘Men are from Mars, Women are from Venus - John Gray.  Dan mereka amat menghargai hadiah itu.

Jadi Saudara Faisal, apa kata kalau buku-buku Puan Ainon itu saudara jadikan antara hantaran perkahwinan kepada bakal isteri saudara nanti- rasanya lebih membawa makna.

Siti Hajar  on  01/08  at  11:26 PM

Saudara Faisal,

>>Jadi Saudara Faisal, apa kata kalau buku-buku Puan Ainon itu saudara jadikan antara hantaran perkahwinan kepada bakal isteri saudara nanti- rasanya lebih membawa makna.

Ingat ya, kata kunci di sini ialah ANTARA. He he.

Siti Hajar  on  01/09  at  06:42 PM

Saya terjumpa artikel ini sewaktu merayau di Internet setelah mendapat pautan untuk media Indonesia.
Reaksi Teh Ninih, isteri Aa Gym tentang tindakan suaminya berpoligami: Aa Gym-Teh Ninih Tampil Mesra di Qatar
Kamis 14 Desember 2006
Meskipun keputusannya berpoligami mengundang pro-kontra luas di tanah air, pamor dai tersohor KH Abdullah Gymnastiar tak berkurang di mata jamaahnya di luar negeri. Ratusan orang hadir dalam pengajian di Doha, Qatar, kemarin.

Dai ternama KH Abdullah Gymnastiar dan istrinya, Teh Ninih, kemarin berbagi tip dengan ibu-ibu dan bapak-bapak warga Indonesia di Doha, Qatar. Bersama KH Didin Hafiuddin, Aa Gym dan Teh Ninih menjadi pembicara dalam Sarasehan Keluarga Sakinah di Qatar Charity, Doha.

Kehadiran tiga pembicara itu ternyata menarik banyak orang. Menurut catatan panitia, ada 350 orang yang hadir. kursi yang disediakan terisi penuh oleh peserta.

Bahkan, banyak peserta sarasehan yang membawa anak-anak mereka, baik yang masih bayi maupun yang sudah besar. Agar tidak mengganggu acara, anak-anak itu disibukkan dengan lomba mewarnai.

Suasana gelak tawa pun mulai terdengar ketika Aa Gym diminta untuk berbicara di podium. Aa tidak langsung berdiri, tapi mempersilakan istrinya berbicara terlebih dulu. Namun, istrinya juga menolak sehingga Aa mengajak istrinya melakukan hompimpa di depan mimbar.  Hasilnya, Teh Ninih yang berbicara terlebih dulu. Para peserta makin senang karena Teh Ninih banyak menyinggung perkawinan kedua Aa sebagai contoh ceramahnya. ’’Ini memang ujian terberat dalam hidup saya, ’’ kata Teh Ninih yang disambut tawa para muktamirin. Teh Ninih yang berusia 39 tahun itu lantas mengungkapkan tip ilamik (ilmu, amal, dan ikhlas) untuk mencapai keluarga sakinah.

’’Untuk mengurus keluarga, kita juga harus tahu ilmunya. Seperti suami saya yang nikah lagi, kita juga harus tahu ilmunya,’’ kata Teh Ninih yang disambut tawa hadirin.

Aa yang berada di samping Teh Ninih lantas berdiri dan memperjelas pernyataan istrinya.  Dia menyatakan bagaimana hasilnya kalau membuat nasi goreng tapi tidak tahu ilmu membuatnya. ’’Ibu-ibu sudah tahu belum ilmu lelaki. Kalau ibu-ibu belum tahu, bagaimana ibu-ibu bisa memahami suaminya. Kalau tidak, ibu-ibu bisa stres,’’ katanya.

Teh Ninih juga memotong perkataan suaminya,  apakah bapak-bapak juga sudah belajar tentang wanita? ’’Kalau belum, juga bisa stres. Kita sama-sama bisa stres. Tapi, kalau sudah belajar, kita tidak akan bisa stres,’’ kata Ninih. Perempuan yang dikaruniai tujuh anak itu mengakui, lelaki punya puber kedua dan ketiga, sedangkan perempuan tidak. Nah, di situlah dirinya merasa diuji.

’’Teh Ninih kan sering ceramah bagaimana menjadi istri yang baik dan kini benar-benar saya coba amalnya seperti apa. Ilmu adalah pemandu, sedangkan amal adalah praktiknya,’’ kata Aa yang disambut senyum istrinya dan para peserta.Resep terakhir adalah ikhlas.

’’Orang-orang yang kuat imannya akan ikhlas melaksanakan amalnya hanya kepada Allah,’’ ujar Teh Ninih.

Sarasehan itu diselenggarakan oleh Pendidikan Islam Doha (PID) yang bekerja sama dengan Qatar Charity dan PIP PKS (Pusat Informasi dan Pelayanan Partai Keadilan Sejahtera) Qatar. Sehari sebelumnya, Aa Gym dan istrinya memberikan ceramah di Masjid Hamad bin Khalid yang juga diikuti warga Indonesia.(ko/jpnn)

alang kelana  on  01/09  at  07:10 PM

Asal cerita pengarang bercerai ... dah beralih kepada topik poligami…. memang hangat dan sentiasa hangat topik ini…

Ini memotivasikan lagi saya untuk segera menyiapkan buku ‘Poligami 1’ saya. smile

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/13  at  06:39 PM

saudari Norjihan dan Siti Hajar,
jika saya kahwin nanti mungkin hati menjadi maharnya dan minda menjadi hantarannya. ijab bersaksi izin berwali ilmu bersendi berurat budi…
saya tidak berapa setuju menghadiahkan buku orang lian.mungkin saya akan menulis buku sendiri (itupun jika puan sifu sudi menerbitkannya) dan didedikasikan “Untuk Isteri Yang Saya Suka!”

SifuPTS  on  01/13  at  07:03 PM

Saya suka idea Sdr. Faisal bagi menulis buku sebagai hantaran kahwin! Penulis beginilah yang saya suka!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/13  at  07:08 PM

tetapi puan sifu,
agak sukar untuk menulis ilmu kasih sayang, cinta dan perkahwinan kerana buku puan sifu telah hampir sempurna koleksinya…..(erm…geramnyer).

Siti Hajar  on  01/14  at  12:41 AM

Saudara Alang,
Saya tertarik dengan berita-berita Aa Gym bukan kerana isu poligami. Orang macam saya bila bercakap tentang poligami sering disalah ertikan atau dicop anti poligami sedangkan hakikatnya tidak begitu.

Saya tertarik dengan berita-berita tersebut kerana:

1. Seperti pemikiran yang ingin dicetuskan Sifu dengan kuliah ini, bagaimana seorang yang mempunyai pengikut yang ramai menangani sesuatu yang sensitif.

2. Ada satu artikel, sudah tidak dapat pula cari URLnya, menunjukkan cara menulis ‘showing’ yang walaupun penulis tidak omnipotent, tapi masih boleh membuatkan pembaca merasa getaran hati Teh Ninih.

Ada juga beberapa artikel yang menunjukkan bagaimana seseorang penulis itu, dengan pemilihan perkataan dan gaya penulisan berjaya membuatkan pembaca sama ada: 1. Benci dengan tindakan Aa Gym atau menyokong tindakan beliau 2. Bersimpati dengan Teh Ninih atau mencemuhnya.

Yang terakhir, membaca berita-berita itu memberi saya peluang melakukan salah satu hobi saya iaitu memikirkan makna perkataan dan penggunaan perkataan dalam sesuatu ayat.

Siti Hajar  on  01/14  at  12:46 AM

Saudara Faisal,

Pada pendapat saya apa-apa jua buku karangan saudara boleh dijadikan hantaran atau mas kahwin kecuali yang berkaitan dengan poligami atau yang bercerita tentang hal-hal yang tidak menggembirakan atau digemari isteri.

Jika saudara menyertai kumpulan penulis PTS Islamika, saudara Faris pernah menyebut PTS Islamika hendak mengadaptasi sebuah buku Indonesia tentang cinta. Yang itu boleh juga.

Jika sudah semua isu tentang Cinta telah ditulis dan dibukukan oleh Sifu, masih ada peluang untuk menulis tentang itu. Jika tidak masakan saudara Zamri masih akan meneruskan penulisan tentang hubungan lelaki-perempuan.

alang kelana  on  01/14  at  12:48 AM

Puan Sifu, Sdri Siti Hajar,

“....membaca berita-berita itu memberi saya peluang melakukan salah satu hobi saya iaitu memikirkan makna perkataan dan penggunaan perkataan dalam sesuatu ayat…..”

Memang pemikiran Cik Siti mengarah kepada penterjemahan, emmm, sebab itu boleh jadi penterjemah yang professional…

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: