Saturday, March 31, 2007

Risiko Sosial Membaca Buku Agama di Khalayak

Amat sukar kita hendak nampak orang membaca buku agama di khalayak, seperti dalam kapal terbang, di stesen kereta api, dalam LRT dan lain-lain. Buku agama dibaca di tempat tersorok seperti dalam rumah ataupun dalam bilik pejabat.

Salah satu faktor orang menyorok-nyorok membaca buku agama adalah disebabkan kulit buku agama yang menggunakan simbol-simbol agama dengan terlalu amat terang dan jelas, seperti kubah masjid, unta, daun budi Islamik dan lain-lain lagi.

Warna-warna yang digunakan bagi kulit buku-buku agama juga terlalu terang benderang dan berkilau-kilau.

Satu lagi faktor adalah perkataan-perkataan yang dijadikan judul buku-buku agama yang banyak diambil daripada perkataan Arab.

Orang tidak mahu membaca buku-buku agama di khalayak kerana perbuatan itu mempunyai risiko sosialnya.

Ambil sebagai contoh, kalau ada orang tua yang membaca buku bertajuk SEMBAHYANG TAUBAT dalam dewan menunggu penerbangan mungkin menyebabkan orang muda yang nampak berkata dalam hati, "Sudah tua baru dia hendak belajar sembahyang taubat!"

Kalau yang membaca buku SEMBAHYANG TAUBAT itu orang muda, mereka yang nampak mungkin berkata dalam hati, "Apalah dosa besar budak muda itu agaknya sampaikan dia hendak sembahyang taubat."

Kalau yang membaca SEMBAHYANG TAUBAT itu perempuan berambut merah dan memakai baju-T lengan pendek dan ketat, mereka yang nampak mungkin berkata, "Betulkah otak perempuan itu?"

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Agama
(9) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Risiko Penulis Kahwin Banyak Penerbit Previous entry: Isu Pembaca Tahu Bahasa Melayu Tetapi Tidak Tahu Kata Pinjaman Arab
Fable Fox  on  03/31  at  05:50 PM

Entahlah. Adakah itu mentaliti orang kita? Atau orang kita sendiri beranggapan orang kita akan beranggapan begitu (maaf Sifu), atau kita beranggapan orang akan beranggapan sebegitu kerana kita sendiri beranggapan sebegitu di dalam situasi yang sama (sekali lagi, maaf Sifu).

Entahlah. Susah juga. Apa yang pasti, dalam kes saya, saya tidak kisah. Orang orang, saya saya.

Tetapi saya akui saya memang pelik. Tetapi saya jarang sekali berfikir ‘apa akan orang kata?’ Sebabnya mudah, selama hampir 30 tahun hidup, orang memang suka mengata, tetapi mereka tidak berusaha mengubah kehidupan kita.

Lebih baik kita buat benda yang kita mahu buat, selagi tidak melanggar undang-undang.

Fable “it’s MY life” Fox
——-

Ideal  on  03/31  at  06:53 PM

Saya kira begitu jugalah risiko sosialnya kalau seorang laki-laki membaca novel Melayu di khalayak.

“Eeiiii… jiwangnya dia…”

alang kelana  on  03/31  at  09:17 PM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

Apabila seorang lelaki membaca buku ‘poligami’ di dalam LRT, adakah:

(a) Penumpang-penumpang wanita akan menjeling ‘tajam’ kepada beliau;

(b) Penumpang-penumpang lelaki senyum dan mengangkat tangan dengan tanda isyarat bagus?

(c) Kedua-dua jawapan di atas?

smile

rastom  on  03/31  at  10:46 PM

Tuan Alang (dengan izin tuan rumah),

Yang menjeling tajam hanya yang sudah berkahwin, sementara yang masih single pasti menjeling manja.

Siti Hajar  on  04/01  at  12:41 AM

Tuan Rastom, (saya juga mohon izin daripada Puan Sifu)

Menjeling manja? Mungkin hanya segelintir.

Majoritinya masih menjeling tajam juga. Dan akan menjadi topik hangat bicara waktu minum teh bersama kawan.

zalisa  on  04/01  at  08:35 AM

Sdr Siti Hajar,

Ha ha ha… sejuk, sejuk, sejuk.

Web Sutera  on  04/01  at  02:45 PM

Erm, jeling, kerling!

Jangan jadi juling sudah!

Kata Sifu itu ada benar juga. Orang segan hendak baca buku-buku agama sedemikian.

Dalam kes saya, saya tidak kisah membaca di mana-mana sahaja, kerana memang saya sentiasa membawa buku, sama ada dalam beg sandang saya atau letak di dalam kereta di mana sahaja saya pergi, hatta ke pasar.

Buku terbaharu yang saya bawa ke mana sahaja ialah Insan! Ingatlah oleh TG Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Tidak pula saya rasa malu. Saya sudah habis baca pun, cukup indah dan bermanfaat isi kandungannya, fasal kematian dan azab di Masyhar.

Fable Fox  on  04/01  at  03:40 PM

Kecuali anda kaya. Kalau anda baca buku poligami, pasti ramai wanita senyum. Heh..heh..heh..

alang kelana  on  04/01  at  11:01 PM

Tuan Fable Fox (saya mohon izin Puan Sifu),

“Kecuali anda kaya. Kalau anda baca buku poligami, pasti ramai wanita senyum. Heh..heh..heh..”

Bagaimana kalau “BERLAGAK” kaya..? smile

Nota Sifu: Kes gadis-gadis tertipu oleh lelaki berlagak kaya ini macam sudah biasa kita dengar….

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: