Thursday, July 19, 2007

Risiko Sosial Menjadi Penulis

Sesiapa yang mempunyai urusan dan bisnes dengan orang ramai perlu menerima hakikat bahawa diri kita dan produk kita akan dinilai oleh orang ramai.

Tidak mungkin kita dapat menjadi penulis terkenal yang hanya dipuji-puji, yang tidak pernah dikritik oleh pihak lain, baik kritikan itu ditujukan kepada peribadi kita mahupun buku-buku kita.

Tidak mungkin kita dapat menjadi wira tinju jika tidak sanggup menahan sakit dan muka kita lebam-lebum.

Sebagai penulis, jika kita tidak mahu dikritik, malah mungkin dikutuk, jangan jadi penulis. Cukup dengan menjadi pembaca buku-buku orang lain sahaja.

Kritikan dan kutukan bukan semestinya bukti kita penulis yang bodoh, pendusta, penipu. Nabi Muhammad pun dikutuk orang. Sampai saat ini beliau masih dikutuk, sedangkan beliau adalah sebaik-baik manusia, terpelihara daripada melakukan kesilapan.

Jika kita sudah menerbitkan buku, tetapi tidak pernah dipuji dan dikritik, itu bermakna buku kita tidak dibaca orang.

Wahai mentee-menteeku, bersedialah menerima pujian, kritikan, dan mungkin juga kutukan....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Motivasi Penulis
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Siapa Menumbuk, Siapa Penumbuk Previous entry: Penulis Bertaraf Selebriti Mahu Saman Blogger
Kang  on  07/19  at  07:04 PM

Assalamualaikum Mbakyu,

Sangat setuju. Sepatah kata peribahasa lama, “Mati semut kerana manisnya gula, bukan kerana masamnya cuka.”

Kalau ada orang yang memuji, pasti ada orang yang mengutuk. Bukankah itu Hukum Seimbang, “Tidak semua orang suka dan tidak semua orang tidak suka.”

Kata hikmat dalam penerbitan, “No news is a good news”—pujian belum tentu menaikkan jualan, tetapi kutukan selalunya menaikkan jualan kerana itulah fitrah manusia—makin dilarang, makin dicemuh—makin dicari-cari.

Saya menerima banyak pujian; saya juga menerima lebih banyak kutukan. Jualan buku-buku saya, Alhamdulilah, syukur pada Allah, makin meningkat.

Saya ambil sepatah kata salah seorang guru penulisan saya, Sulaiman Masri, “Kambing menanduk orang bukan berita, tetapi orang menanduk kambing, itulah berita”
——-

norlelazubir  on  07/20  at  04:45 AM

Assalamualaikum Puan Sifu,

Terima kasih atas nasihat ini.

denai  on  07/20  at  09:01 AM

Kita memerlukan kekuatan untuk tidak malu dan berani dikritik. Rasa malu yang tinggi yang membimbangi idea, pendapat yang ditulis tidak sebaik mana. Rasa malu kerana tulisan yang dihasilkan adalah tulisan ‘biasa sahaja’.

Rasa malu ini menjadi penghalang untuk menulis kerana takut dikritik dan dikata orang, ‘ini biasa sahaja’, ‘kalau begini tulisannya, sayapun tahu’ dan sebagainya.

Mungkin dengan membebaskan dari rasa malu dan takut ini menjadikan penulis bebas untuk menulis apa saja dan bersedia dengan hujah kenapa tulisan tersebut di tulis. Apakah latar belakang yang mendorong tulisan itu ditulis dan kepada siapa ia hendak ditujukan.

Saya cuba untuk tidak malu menulis perkara ini di sini setelah saya menjumpai perkataan ‘malu’ membawa banyak erti dalam pertuturan orang kita. Malah ia telah banyak kita gunakan di tempat yang tidak sepatutnya malu.

Mohon permisi.


sayapun (SALAH) = saya pun (BETUL)

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: