RM100 Juta untuk Industri Perkhidmatan
Perdana Menteri Datuk Najib Razak hari ini mengumumkan kerajaan menubuhkan dana sebanyak RM100 juta bagi memperkukuhkan syarikat-syarikat perkhidmatan tempatan. Dana itu akan diuruskan oleh MIDA (Perbadanan Kemajuan Industri Malaysia.
Beliau mengumumkan bahawa kerajaan bertindak meliberalkan 27 sub-sektor perkhidmatan, maksudnya sektor-sektor itu tidak diwajibkan lagi memiliki 30% ekuiti Bumiputera, sebaliknya ia boleh 100% dimiliki oleh bukan Bumiputera. Dasar liberalisasi ini adalah dengan serta-merta.
Sektor-sektor itu adalah kesihatan dan perkhidmatan sosial, perkhidmatan pelancongan, perkhidmatan guaman, perkhidmatan pengangkutan, perkhidmatan bisnes, dan perkhidmatan berkaitan komputer.
Nota: Sektor penerbitan buku sehingga sekarang tidak diberi dana, walaupun satu ringgit. Bandingkan dengan sektor pembikinan filem yang diberi dana RM50 juta setahun.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salaam Puan Ainon.
Bagaimana pula dengan dana 10 juta yang diberi kepada
DBP ini?
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0421&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_17.htm&arc=hive
30% ekuiti bumiputera tidak diwajibkan tak berapa faham kena perjelaskan lagi oleh mereka sedangkan telah ada syaratpun masih tidak berjaya melonjakkan ekonomi bumiputera…...
Tadi saya telefon DBP bahagian sastera katanya peruntukan makin dipotong sekarang ini. Pihak swasta pula makin sepi kata mereka untuk menaja sesuatu program sastera atau bahasa Melayu semenjak PPSMI dilaksanakan.
Apakah makna semua ini? Adakah ini juga rancangan bagi membangunkan negara bangsa terutama Melayu…....
Kerajaaan mahu rakyat dipenuhi dengan elemen hiburan dan khayal mengkhayalkan berbanding elemen ilmu pengetahuan di dalam minda rakyat dan generasi muda. Ini tujuan jelas. Mudah…lebih banyak khayal lebih baik dari rakyat yang berilmu. Mudah untuk perkotak katikkan.
Post a comment