RM150,000-00 Modal Pameran PTS di PABKL
PTS menyediakan 960 nasi bungkus untuk petugas-petugas sepanjang pesta buku. Setiap bungkus berharga RM6-00.
Itu tidak termasuk bekalan makan ringan sepanjang masa: mi maggi, kopi, teh, roti, sekaya, sardin tuna, gula-gula, air putih, biskut tawar, roti manis....
Sewa 15 buah booth adalah RM50,000-00, dibayar tunai setahun lebih awal.
Pelbagai hadiah dan cenderamata.
Elaun kerja lebih masa untuk petugas logistik.
Bayaran iklan dan promosi di media cetak dan TV9.
Dan segala macam kos mencetak katalog, banner, poster, bunting dan kad bisnes.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Wow…
Harga sebuah rumah teres dua tingkat di Seremban saiz 20` X 75`
Dan tahun depan, saya mohon jadi pembekal nasi bungkus untuk PTS…dapat jugak RM6,000 untuk 2 minggu
Wassalam.
960 x RM6.00 = RM5,760.00. Wah! Puan Sifu, andai saya yang membekalkan nasi bungkus tersebut, keuntungan yang diperoleh saya akan laburkan semula untuk buku-buku PTS
.
Iklan sikit, perlukan perkhidmatan katering? Sini http://www.themakan.net
Assalamualaikum wr wb!
Anggaplah kos tersebut sebagai pelaburan demi memandaikan bangsa @ ummat.
Assalaamu’alaikum,
Saya suka puan tulis sekaya dan bukannya kaya.
^_^
Sudah lama saya tidak lihat dan dengar perkataan ‘sekaya’ itu. Jika diberitahu kepada anak-anak saya, mungkin mereka tidak tahu apa itu sekaya. Istilah-istilah barangan dalam Bahasa Melayu sekarang banyak dikuasai oleh pekilang, pembuat, pengedar dan pengiklan sesuatu barang. Bukan lagi oleh DBP. Disebabkan istilah-istilah baru yang dipopularkan itu didengar dan dilihat setiap hari di mana-mana, maka anak-anak kita beranggapan bahawa istilah itulah yang betul.
Post a comment