RM189 juta + RM151 Juta untuk Benda-benda Kegemaran dan Keseronokan Pelajar Lelaki
Dunia lasak, dunia yang membahayakan nyawa, dunia sukan kompetitif, dunia sukan permotoran, dunia lumba kereta, dunia F1 adalah dunia yang digemari remaja lelaki.
Maka, RM189 juta akan dibelanjakan oleh kementerian pelajaran untuk membeli gajet-gajet projek F1.
Aktiviti bertukang, aktiviti pasang-memasang, aktiviti bermain-main dengan gajet, dengan blok-blok keras adalah aktiviti yang digemari pelajar lelaki.
Maka, RM151 juta akan dibelanjakan untuk membeli blok-blok dan gajet LEGO.
Bertukang dengan menggunakan bahan-bahan keras seperti kayu dan besi, menggunakan alat seperti skru, plag, tukul, gergaji dan wayar adalah digemari oleh pelajar lelaki.
Pelajar-pelajar sekolah menengah tingkatan 4 dan 5 yang mengikuti mata pelajaran rekacipta adalah terdiri daripada pelajar lelaki dan pelajar perempuan.
Baik lelaki mahupun perempuan, mereka menggemari aktiviti mencipta pelbagai reka cipta. Tetapi pelajar-pelajar perempuan meminati jenis-jenis rekacipta yang amat berbeza daripada lelaki.
Pelajar perempuan suka menghasilkan rekacipta menggunakan bahan-bahan yang lazat, yang lembut, yang wangi, yang halus, yang cantik, yang berwarna-warni.
RM340 juta, sudah dan akan, dibelanjakan oleh menteri pelajaran di mana beliau secara peribadi terlibat memilih F1 dan LEGO.
Nyatalah bahawa RM340 juta akan digunakan bagi membeli benda-benda yang menyeronokkan pelajar-pelajar lelaki.
Gosip-gosip yang kita dengar juga mengatakan Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) tidak pernah memasukkan gajet F1 dan LEGO dalam kurikulum rekacipta, oleh itu PPK tidak mempunyai bajet bagi pembelian gajet-gajet itu. Menteri sendiri yang mengambil inisiatif 'mencarikan' bajet tersebut dengan cara menggunakan wang yang sudah diperuntukkan untuk tujuan-tujuan lain dalam kementerian itu.
Nota: Rakyat pembayar cukai berhak mengetahui siapakah pakar-pakar pendidikan yang telah menilai dan memperakukan kesesuaian gajet F1 dan LEGO dimasukkan dalam kurikulum mata pelajaran rekacipta. Kita menunggu penjelasan daripada menteri pelajaran.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Saya percaya ramai guru-guru rekacipta (RC) bersetuju bahawa budget berjuta2 yang akan dihabiskan untuk program F1 dan LEGO ini lebih baik digunakan untuk keperluan lain yang lebih mendesak. Contohnya, makmal komputer dan komputer yang semakin outdated atau banyak yang sudah rosak.
Jika RM340 juta ini diagihkan dengan adil kepada 300 buah sekolah RC, setiap sekolah akan mendapat tidak kurang RM1.13juta. Untuk peruntukan RMK-9, bagi tempoh 5 tahun, setiap tahun budget sebanyak RM226,000 boleh diperuntukan bagi setiap sekolah!
Bayangkan apa yang boleh dihasilkan oleh anak-anak kita dengan bantuan guru-guru RC sekiranya budget sedemikian rupa diberikan pada mereka untuk menghasilkan produk rekacipta masing-masing. Selama ini budget yang diberi pada guru-guru RC “ciput”. Ada guru yang terpaksa keluar duit sendiri untuk memastikan anak-anak murid berjaya.
Kita syorkan kepada kementerian seperti mana saranan Abideen dan Azmi, memanggil pakar-pakar tempatan untuk menilai program-program ini. Dan seterusnya menghasilkan program tempatan yang lebih berprestij. Pihak KPM boleh menggunakan separuh dari budget (RM100k setiap sekolah = RM30 juta setiap tahun!) untuk mempromosikan program-program yang lebih gah daripada F1 dan LEGO.
Itu belum masuk berbilion yang dicadangkan untuk hangus dalam 2-3 tahun ini untuk semua projek DS Hishamuddin (LEGO, F1, DEPCO).
Saya baru buka website F1, bukankah juara kebangsaan tahun yang lalu dari SMK Convent Bukit Nanas?
Saya juga perasan jumlah makmal F1 bilangannya separuh sahaja daripada apa yang puan dakwa.
Mana satu yang fakta puan?
Ya, memang tahun lepas SMK Convent menang. Masa itu F1 masih dalam pilot lagi. Tahun ini dibuat di Malaysia. Yang menangnya anak-anak Mat Saleh, macam juga tahun-tahun sebelumnya.
Brunei pernah menjuarai program ini satu masa dulu - semasa hendak diperkenalkan ke Brunei. Doesn’t it sound fishy?
Dari apa yang saya dengar, ada dalam 60 manufacturing center bawah F1. Jumlah kesemuanya akan jadi 300 buah untuk sekolah RC. Itu tidak masuk lagi 1700 buah sekolah-sekolah lain yang akan diperkenalkan.
Dengar cerita juga, selepas ni F1 akan sapu semua sekolah, termasuk sekolah agama dan sekolah kebangsaan.
Hebatnya orang meniaga ni… Killing 300 + 1700 + 7000 + ??? birds with one bullet!!
Wah, boleh tahan juga analisa Suzana ini.
Boleh saya tambah di sini, meminjam kata kawan saya “Takkan hendak mengajar orang memandu, guna Merc. Kancil pun memadai!”
Yang lebih haru, harga Merc itu sudah jadi 2 hingga 3 kali lebih mahal sebab kena ‘cukai’, ‘tol’, ‘komisyen’ dan entah apa lagi istilah yang mereka gunakan.
Pokok pangkalnya - RASUAH!
zana, jgn mengarut, sejak bila brunei menang? kalau ada fakta tolong buktikan
Terima kasih hani kerana membetulkan maklumat saya. Memang wakil Brunei tidak pernah menang dlm pertandingan F1. Sila rujuk wikipedia @ http://en.wikipedia.org/wiki/F1_In_Schools untuk maklumat lanjut.
Setahu saya, memang F1 & LEGO telah mengeluarkan kos awal untuk projek berkaitan. Tetapi tak pasti pulak sampai RM2juta! Mengapa ya mereka sanggup melabur sebegitu besar kalau setakat pilot dan tiada kepastian untuk dianugerahkan projek tersebut? Businessman macamana yang sanggup ambil risiko besar kalau tak ada “assurance” ya?
Maklumat dari kawan2 di kementerian lain mengatakan awalnya LEGO ni diperkenalkan oleh satu syarikat bumiputera, Tithes Corps. Alih2, yang dapat projek SASBADI. SASBADI ni dulu core business dia jual buku je. Front je bumi, belakang semua orang tahu. Macam F1 jugak lah.
Isu yang dipersoalkan di sini ialah mengapa KPM sanggup menghabiskan berbilion RM untuk produk import? Mengapa budget yang ada tidak digunakan sepenuhnya untuk membantu dan membangunkan usahawan tempatan. Takkan selepas 50 tahun merdeka, plastik LEGO dan mesin2 untuk F1 tu tak boleh dihasilkan oleh jurutera tempatan? Bayangkan berapa banyak program pembangunan modal insan dan perusahaan yang dapat dikeluarkan dengan budget sebegitu besar!
Begitu juga, mengapa perolehan sebegitu besar tidak ditender saje? Bukankah melalui tender dapat kita nilaikan syarikat mana yg lebih layak dan juga murah? Berbilion tu. Banyak usahawan teknikal bumiputra yg boleh dibangunkan.
Saya juga rasa terpanggil untuk membela DS Hisham, bukan nak mengampu. Ada berita yang mengatakan sebenarnya DS Hisham tidaklah endorse secara pukal program F1 tu. Dia hanya endorse the program bagus utk sek2 di M’sia. Tapi tidaklah borong semua peralatan & perkakasan dari F1 dan konco2nya.
ha, mcm tu la suzana, jdlah pengguna blog yang bijak, jgn termakan apa saja yg dihantar ke sini.
psl F1 tu,cm yang saya janjikan, nanti kita tengok apa maklumat yang kawan saya, pegawai PPK dan peg bhg sekolah bagi. harap suzana boleh bersabar, sebelum buat sebarang tuduhan terhadap seorang menteri yang saya rasa (klu org lain x rasa tak apa, tp saya rasa) sangat diperlukan demi masa depan anak bangsa kita
ohh satu lagi suzana ku sayang,
terima kasih kerana mengakui bahawa Lego n F1 ada keluar belanja besar utk pilot - sekurang2nya kita bersama dlm hal - mengakui - bahawa pegawai PPK dan KPM tahu tentang program ini dan MENYANGKAL dakwaan Sifu bahawa pegawa PPK tiba terkejut kerana baru tahu sebab berita dlm star. tq, tq, tq.
Saya mengenali ramai pelajar perempuan yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini dan saya berasa puan tidak berhak berkata bahawa pertandingan ini hanya menyeronokkan pelajar lelaki kerana pertandingan ini bukan berdasarkan jantina seseorang tetapi menguji pemikiran dan penggunaan praktikal teori sains yang dipelajari. Ramai rakan saya mendapat faedah daripada program ini dan sekiranya puan tiada bukti bahawa pertandingan F1 tidak membawa faedah kepada pelajar atau bahawa pertandingan F1 adalah membazirkan wang, puan tidak harus berkata begitu di sini. Yang penting bukan menang atau kalah tapi kalau ilmu diperoleh atau tidak.
Please do not say it as though you know what’s on every girls’ mind. Not all girls like rekacipta that uses lazat(???), soft and colourful materials. There are girls in Malaysia and around the world who like Science & Tech and design. Certainly, Formula 1 is not only for male but there are female fans too and I’m one of them. Your statement regarding money spent to ‘menyeronokkan pelajar-pelajar lelaki’ is rather offending. What about the girls who entered this competition? No offence but you sound sexist to me.
This f1 InSchools competition is introduced to promote engineering and Science & Tech among school children and it is never a waste of money. What is more important than the education of our future generation who one day will take over the country? Think wisely.
Besides, I agree with what Safiah said about the benifits and knowledge obtained from the competition. Nothing can buy the knowledge and friendship one gained, not even money.
Lastly, get your facts(on the cost) right before you posting.
Cheryl, awak cakap English pun berterabur. Eja benefit pun salah. Pemikiran pun kuning. Apa benda awak cakap ni, boleh cakap Melayu tak? Mengarut dan tak munasabah.
Satu lagi Cheryl, awak patut kurangkan pemakaian seksi. Pakaian seksi tak sesuai untuk awak, awak tu perempuan.
Assalamualaikum semua,
Belajar sains dan kejuruteraan memang amat digalakkan oleh Islam. Tetapi penggunaan bahan-bahan bantu pengajaran yang membazir, itu dilarang keras oleh Islam.
Sekadar terlintas di fikiran.
Saya setuju dengan sebahagian pendapat Cheryl. Dalam dunia internet hari ini kita harus melengkapkan generasi muda dengan pengetahuan sains dan teknologi. Mengatakan S&T dan bidang kejuruteraan hanya sesuai untuk pelajar2 lelaki kerana sifatnya yang “masculine” adalah satu falasi.
Presentation berikut dari shift_happen di YouTube sangat bagus untuk rujukan. http://www.youtube.com/watch?v=pMcfrLYDm2U.
Antara fakta dan persoalan menarik yang dikemukakan adalah kebanyakan bidang ilmu yang ditawarkan diuniversiti hari ini tiada 10 tahun dulu, contohnya nano-technology, new media dan organic agriculture. Dan kita perlu menyediakan generasi hari untuk pekerjaan dan ilmu yang belum diketahui lagi kerana kepesatan kemajuan S&T;hari ini.
Tetapi saya fikir apa yang Sifu cuba sampaikan ialah mengapa difokuskan budget sebegitu besar untuk satu aliran sahaja? Rekacipta tidak terhad dengan S&T. Dan tidak semua pelajar, baik lelaki mahupun perempuan, yang meminati aliran ini. Tambahan pula urusniaga F1 yang dijalankan itu tidak telus.
F1 in Schools itu hanya satu program yang diimpot dari UK. Mengapa tidak diusahakan satu program tempatan?
Adakah kita kekurangan pakar dalam bidang S&T? Ramai perekacipta negara yang telah memenangi hadiah rekacipta di peringkat antarabangsa. Mengapakah tidak digunakan khidmat mereka?
Mengapakah budget yang saya anggarkan sekitar RM1 ke RM1.5 bilion ini tidak dimanafaatkan untuk membangunkan “local contents and products”?
Bukankah pengilang tempatan boleh menghasilkan mesin CNC dan pelbagai alatan lain yang boleh digunakan dalam subjek RC?
Kepada “Cheryl nak jadi orang putih daa”, mungkin kamu tidak faham bahasa inggeris yang ditulis oleh Cheryl tapi jangan menghinanya dan berkata bahawa dia berpemikiran kuning. Dia hanya memberi pendapatnya seperti semua orang yang berkomen di sini.
Saya setuju dengan kata-kata cheryl bahawa perempuan tidak boleh di-stereotype untuk hanya suka akan rekacipta menggunakan bahan-bahan yang lazat, yang lembut, yang wangi, yang halus, yang cantik, yang berwarna-warni. Sama seperti lelaki tidak boleh di-stereotype untuk hanya suka akan benda-benda teknikal.
Yang paling penting tentang reka cipta ialah pelajar dapat memperoleh ilmu tentang teknologi baru dan diberi peluang untuk memperkembang imaginasi dan kreativiti mereka untuk menghasilkan benda baru. Inilah objektif kerajaan apabila mereka memulakan program F1 dan pada pendapat saya, sebagai peserta perempuan dulu, kerajaan memang mencapai objektif tersebut.
Mungkin kita mengikuti program dari UK supaya dapat menimba ilmu dulu tentang cara-cara melaksanakan program seperti ini sebelum mencuba untuk melakukannya secara tempatan. Contohnya kita juga mengambil bahagian dalam sukan Commonwealth dan Olimpik. Mengapa kita tidak boleh mengikuti program F1 in Schools?
Selain itu, hubungan baik dengan negara-negara lain dapat dieratkan secara tidak langsung terutamanya untuk pelajar yang berpeluang berkomunikasi dengan negara lain semasa World Championships. Tentulah ini akan memanfaatkan negara dan juga pelajar-pelajar terlibat. Hubungan seperti ini tidak dapat dinilai dengan mata wang yang dibelanjakan.
Akhir sekali, kita hendaklah menjalankan program reka cipti langkah demi langkah. Pertama sekali kita boleh mencubanya dengan menggunakan teknologi negara luar. Kemudian mungkin pada masa hadapan kita boleh memperbaik teknologi sendiri untuk memulakan pertandingan tempatan atau aktiviti-aktiviti lain yang selari dengannya.
Baiklah, memandangkan ‘Cheryl nak jadi orang putih daa’ tidak selesa dengan penggunaan Bahasa Inggeris, saya akan membalas komen anda dalam Bahasa Malaysia. Pertama sekali saya minta maaf atas kesalahan ejaan ‘benefits’ and segala kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam komen saya. Namun saya tidak faham mengapa anda menuduh saya berfikiran kuning? Adakah sebab saya menggunakan perkataan ‘sexist’? Bagi pengetahuan anda, sexist berasal dari perkataan sexism yang bermaksud sikap diskriminasi berdasarkan jantina. Diminta menyemak kamus dahulu sebelum membuat sebarang tuduhan.
Saya juga tidak faham mengapa anda berpendapat bahawa saya mengarut dan komen saya tidak munasabah kerana saya hanya ingin berkongsi pendapat dengan kalian tentang projek F1 yang bertujuan untuk memperkenalkan subjek rekacipta dan kejuruteraan kepada pelajar-pelajar sekolah. Berkaitan dengan tuduhan saya berpakain seksi, adakah anda nampak dengan mata sendiri?
Saya juga ingin menasihatkan anda supaya berfikir sebelum berkata dan jangan berkata perkara berduri yang boleh menjejaskan maruah seseorang.
Akhirnya, saya ingin meminta maaf kepada kalian sekiranya saya terlanjur cakap dan menyakitkan sesiapa secara sengaja atau tidak sengaja.
Post a comment