Thursday, July 15, 2010

RM250 Ribu Bajet Membeli Ruang Iklan untuk Kempen Baca@Ramadhan PTS

Tuan Roslan Isa (foto), adalah eksekutif pemasaran (media) di Jabatan Marketing PTS. Beliau memberitahu bahawa bagi meningkatkan jualan buku-buku PTS sepanjang musim bulan puasa dan hari raya, Jabatan Marketing PTS membeli iklan di pelbagai media mengikut kekuatan setiap media dan sasaran pengguna. Kempen promosi ini sudah bermula dijalankan sejak bulan Jun hingga hujung Ramadan 1431 Hijrah. Berikut butiran iklan dalam media yang dibeli oleh PTS.

1. Iklan dalam Harian Metro bagi buku resepi dan agama.

Tarikh iklan diterbitkan:
20.06.2010
27.06.2010
04.07.2010
11.07.2010
18.07.2010
25.07.2010
05.08.2010
15.08.2010

2. Iklan dalam Harakah bagi mempromosi buku-buku agama dan resepi.

Tarikh iklan diterbitkan:
18.06.2010
25.06.2010
19.07.2010
23.07.2010
30.07.2010

3. Iklan dalam Harian Metro untuk edisi khas POPULAR dan MPH.

3.1. POPULAR: Buku-buku PTS yang dibeli di POPULAR akan dapat rebat 10 peratus dan 10 peratus hasil jualan akan didermakan untuk badan kebajikan terpilih.

Tarikh iklan diterbitkan:
03.07.2010
17.07.2010

3.2. MPH: Iklan dalam majalah terbitan MPH: Sokongan supaya menggalakkan pembaca membeli buku-buku PTS di MPH.

Tarikh iklan diterbitkan:
10.07.2010
24.07.2010

4. Iklan dalam stesen televisyen RTM1.

Iklan ini dalam bentuk sound slide berkaitan ucapan selamat berbuka puasa beserta visual koleksi buku .(JavaScript must be enabled to view this email address). Durasi iklan selama 30 saat sebelum masuk Azan Maghrib.

Tempoh iklan disiarkan adalah selama 1 bulan dari 11 Ogos - 10 September 2010.

5. Iklan dalam stesen radio Sinar.fm

Iklan yang disiarkan tiap-tiap hari sebelum bulan Ramadhan. Tarikh: 26 Julai hingga 1 Ogos 2010.

Iklan yang disiarkan tiap-tiap hari dalam bulan Ramadan. Tarikh: 12 Ogos hingga 20 Ogos 2010.

NOTA: PTS juga akan membeli ruang iklan dalam Radio IKIM.fm. Pada masa ini urusan perundingan harga dan jadual iklan sedang dibincangkan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Kesan Positif Perbelanjaan Membeli Ruang Iklan BACA@RAMADHAN Sepanjang Bulan Jun 2010 Previous entry: Tip Bahasa Sastera: Status Dialog Bahasa Basahan
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/19  at  06:35 PM

INI ADALAH SATU LANGKAH YANG BAIK DAN POSITIF
YANG DIUSAHAKAN OLEH PENERBIT.

SATU LAGI IKLAN YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH
PTS ADALAH PADA SETESYEN KTM SELURUH MALAYSIA.
BEGITU JUGA PADA KOMUTER YANG MEMPUNYAI
RIBUAN PENUMPANG SETIAP HARI.  PURATA MEREKA
BERADA DI DALAM GERABAK ADALAH PALING KURANG
30 MINIT.

HARAP BUKU SAYA PUN TERPILIH.

INSYALLAH.

TERUSKAN USAHA BAIK INI

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: