Sunday, August 21, 2005

RM2 Ribu untuk Sebuah Sinopsis Cerita?

Ya! RM 2 ribu adalah bayaran yang dibuat oleh sebuah penerbit untuk sebuah sinopsis jalan cerita khayalan tentang siapa sebenarnya yang menerbangkan pesawat-pesawat yang menyerang bangunan World Trade Centre dalam peristiwa September 11.



Sekali pandang, nampaknya pencipta sinopsis itu amat beruntung. Dia berjaya menjual sebuah sinopsis cerita yang ditaip atas tiga helai kertas, pada harga yang begitu baik.



Cerita lengkap sinopsis itu belum mula ditulisnya disebabkan dia sibuk dengan projek lain. Hanya ringkasan cerita sahaja yang siap ditulis. Baru sinopsis pun penerbit sudah sanggup membelinya pada harga RM 2 ribu.



Katakanlah saudara mencipta sebuah cerita, kemudian saudara menuliskan jalan cerita itu dalam bentuk sinopsis. Kemudian saudara menjual sinopsis itu kepada penerbit ABC. Apakah implikasinya?





  1. Disebabkan saudara sudah menjual hakcipta cerita itu kepada penerbit ABC, ini bermakna, saudara tidak lagi mempunyai apa-apa hak lagi ke atas cerita itu. Senang cakap: Cerita itu bukan lagi saudara punya.







  1. Penerbit ABC berhak melakukan apa sahaja kepada cerita itu. Sebagai contoh ia boleh menjual cerita itu kepada penerbit lain dengan harga RM10 ribu.






  1. Penerbit ABC boleh mencari pengarang lain bagi menuliskan cerita lengkap dan menerbitkannya.






  1. Penerbit ABC boleh melarang saudara daripada menulis apa-apa karya berdasarkan cerita itu dan menerbitkannya dengan penerbit lain.






  1. Penerbit ABC boleh menghasilkan produk lengkap seperti buku, komik, animasi, filem, drama dan apa-apa produk derivatif daripada cerita itu. Satu sen pun saudara tidak akan dapat daripada penjualan produk-produk itu.




Apa yang hendak dihairankan apabila penerbit sanggup membayar RM 2 bagi tiga keping kertas yang di atasnya tertulis sebuah jalan cerita yang mempunyai ciri-ciri yang kemudian dapat dieksploitasi dengan pelbagai cara dan di mana setiap cara itu adalah sumber keuntungan.


Pernahkah saudara membaca cerita Pak Pandir dengan tiket kereta api?


Pada suatu hari Pak Pandir hendak ke Singapura dengan menaiki kereta api. Dia pun pergi ke stesen dan membeli tiket perjalanan jam 10 pagi. Kerana lambat, kereta api bertolak tanpa menunggunya. Melihat kereta api pergi, sambil memegang tiketnya, Pak Pandir berkata, "Engkau tinggal aku! Tak apalah, tiketnya ada pada aku!"


Hati-hati apabila saudara menjual sebarang karya ciptaan saudara kepada mana-mana pihak. Ramai penulis tidak faham implikasi jual-beli hasil ciptaan mereka dengan penerbit.


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Hubungan penulis-penerbit
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Siapa Aina Emir? Previous entry: Tempah Maut
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/30  at  04:23 AM

Salam sejahtera..Selaku penerbit penyeleras saya ingin membuat sedikit pembetulan disini. Bagi pihak produksi, kami tidak akan mempergunakan segala kepakaran yang ada kepada penulis sinopsis itu untuk kepentingan kami sendiri. Contohnya penulis skrip itu membuat sinopsis hanya 3 keping dibayar rm2ribu kira bagusla tu. Sebab kalau diikutkan 1 sinopsis beserta skrip sekali harganya rm4ribu-rm4500 untuk 1 telemovie. Mana boleh menjangkau rm10ribu. Skrip kalau nak buat dalam 99 page. Sapa yang untung penulis sinopsis yang 3 page tu ke atau penulis skrip 99 page tu. Fikirkan>?

Puan Ainon selaku atau sebagai presiden tidak boleh membuat spekulasi sebegitu. Berdasarkan cerita itu memanglah pihak penerbit suka dan amat berpuas hati tetapi bagaimana pula dengan stesyen TV kerajaan dan Swasta tidak terima dengan sinopsis tersebut. Macamna pula tu? Nak salahkan sape. Penerbit juga yang akan menanggung rugi.

Untuk pengetahun Puan Ainon jugalah, sekiranya sinopis itu diterima dimana-mana stesyen, penulis itu sendiri akan kena turun padang contonnya datang ‘present’ dihadapan panel-panel yang tahu akan segala-galanya cerita-cerita yang sesuai untuk tontonan masyarakat. Mana boleh suka-suka hati pihak penerbit atau pengarah sendiri yang present. Sebab cerita itu 100% ditulis oleh penulis tersebut. Macammana orang lain yang dapat keuntungan. kalau kita nak majukan industri kita, kita haruslah mempertahankan hak kita. dan mempercayai orang lain tetapi sebelum nak percayakan orang selidik dulu latarbelakang orang tu. nanti sendiri juga yang rugi.

Jadi bagi yang berminat berkarya tulisla cerita untuk menampung kehidupan anda. Sedikit sebanyak itu boleh menampung keluarga anda di kampung. fikir-fikirkalah.

assalammualaikum…

Pria Tertampan di Dunia  on  11/18  at  12:38 PM

Sinopsis cerita memang penting.

Film Korea Bagus HP Android Buah-Buahan

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.