RM53 Ribu Bajet Membeli Hadiah untuk Peraduan Sempena Kempen Membaca pada Cuti Sekolah Hujung Tahun

Puan Nor Hazizam Abd. Rahman (foto), pengurus jabatan marketing PTS, memberitahu beliau sudah mendapat kelulusan bajet RM250 ribu bagi melancarkan kempen membaca secara besar-besaran pada musim cuti sekolah hujung tahun nanti.
Kempen akan bermula pada bulan Oktober 2010.
Tema kempen membaca PTS itu nanti adalah "Back To School" mengambil sempena pesta pelbagai kempen marketing oleh syarikat-syarikat pengeluar barangan persekolahan yang akan dilancarkan pada musim cuti sekolah.
Salah satu acara kempen adalah "Peraduan Teka Tajuk Buku" (poster dalam foto di atas). Bajet untuk membeli hadiah-hadiah peraduan itu adalah RM53 ribu.
Hadiah-hadiah yang disediakan adalah barang-barang elektronik yang menjadi kegilaan remaja. Ini kerana target kempen membaca PTS itu nanti adalah para remaja yang sedang bersekolah.
Menurut Puan Nor Hazizam, dengan pelaburan RM250 ribu itu, PTS mensasarkan jualan buku-buku PTS dapat dinaikkan pertambahannya sebanyak RM2 juta.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Peraduan ini mesti ada slogan. Bab mencipta slogan paling saya lemah.
.......................
Tuan Web Sutera, tahun ini peraduan tidak menggunakan slogan, sebaliknya siapa yang paling cepat menghantar jawapan.
Jawapan pula dihantar menggunakan SMS!
Post a comment