Monday, September 29, 2008

Royalti Rendah Jualan Tinggi

Baru-baru ini, dalam suatu majlis berbuka puasa, Sifu berkenalan dengan seorang penceramah TV yang terkenal dan bertaraf selebriti. Saya pun salah seorang yang berminat mendengar tip-tip yang beliau berikan apabila beliau muncul di TV.

Beliau juga seorang konsultan dan trainer dalam bidang kepakaran beliau.  

Seperti biasa apabila bertemu dengan tokoh-tokoh selebriti seperti beliau saya akan memujuk supaya mereka menuliskan ilmu pengetahuan mereka itu menjadi manuskrip buku yang PTS dapat terbitkan.

Kepada selebriti itu saya berkata, "Tulislah buku, saya boleh terbitkan. Tuan mempunyai ilmu yang sangat berguna kepada orang ramai."

"Royalti PTS rendah sangat," jawab beliau. Daripada jawapannya itu saya tahu bahawa beliau tidak terdorong menulis bukunya. Isu royalti PTS yang rendah digunakan sebagai alasan sahaja.

Jadi, jangan tidak, saya pun berkata, "Royalti PTS rendah tetapi jualan PTS tinggi." 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Memilih antara Diri yang Terkenal ataupun Buku yang Terkenal Previous entry: Ke Angkasa dengan Bahasa Cina
MKI  on  09/29  at  07:11 AM

Salam sejahtera Puan Ainon,

Fenomena ini berlaku di kalangan pensyarah. Kata mereka: Ah.. buat apa tulis, bukan bidang.

Akhirnya yang bidang juga tidak tertulis yang bukan bidang juga ketinggalan.

Royalti? Saya menulis sejak tahun 1994. Royalti buku dengan PTS adalah yang tertinggi dan saya percaya ia konsisten.

Sebagai Profesor, saya diberi royalti sebanyak 17 - 20 peratus dengan satu penerbit. Namun royalti bukan segalanya!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/29  at  07:29 AM

Puan Ainon,

Beliau hanya berminat untuk bercakap tetapi tidak berminat menulis. Keseronokkan dalam bercakap, bukan menulis baginya. Itu tidak mengapa, minat, perkara individu. Tetapi bila seseorang mengajak kepada perkara yang baik, adab yang baik pula ialah merakamkan penghargaan di atas sesuatu ajakan. Bila kita menerima sesuatu yang baik, adab yang baik ialah membalas kebaikan dengan kabaikan juga.

Ketika bercakap kita perlu melihat 1 ke 2 langkah ke hadapan, ketika menulis kita kena melihat 10 langkah ke depan, sebelum menulis kita telah dapat melihat 100 langkah yang di hadapan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/29  at  07:40 AM

Yang Dimuliakan Prof,

Memang betul Prof, banyak pensyarah memberitahu mereka hanya mahu menulis buku dalam bidang mereka sahaja sedangkan buku-buku akademik seperti itu PTS tidak terbitkan, oleh kerana PTS hanya menerbitkan buku ilmu.

(Buku akademik adalah buku ilmu yang ditulis menggunakan gaya akademik: Antara cirinya, ia mengandungi banyak definisi, banyak nota kaki, banyak petikan daripada buku-buku akademik lain, bibliografinya panjang, dan indeks kabusnya tinggi.)

Macam kata Prof, akhirnya mereka tidak menulis apa-apa buku.

Banyak juga pensyarah yang belum apa-apa sudah bertanya berapa royalti yang PTS beri. Kami di PTS sudah masak dengan pertanyaan seperti itu. Memang, kalau belum apa-apa sudah ditanyakan isu royalti, dijamin orang yang bertanya itu tidak akan menulis apa-apa buku.

Duit adalah kerja Tuhan. Manakala menulis adalah kerja manusia. Jadi kita buatlah kerja kita, yakni menulis, insyaAllah duit datang sendiri.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: