Royalti untuk Penterjemah
![]()
Royalti adalah bayaran yang diterima dari penerbit apabila penulis memegang hakcipta sesuatu karya. Jika penulis menjual hakciptanya kepada penerbit, maka dia tidak akan menerima royalti.
Di Malaysia, selama ini royalti hanya dinikmati oleh pengarang buku-buku karya asal. Penterjemah dibayar menggunakan sistem upah, atau bahasa manisnya 'honorarium'.
Kecuali di PTS!
Di PTS, penterjemah pun dapat menikmati bayaran royalti kerana PTS memberi pilihan kepada penterjemah, apakah beliau mahu menjualkan hakcipta terjemahannya kepada PTS ataupun menyimpannya.
Royalti dibayar selepas dikira jumlah naskhah yang terjual bagi sesuatu tahun itu. Apabila karya itu laku banyak, maka banyaklah royalti yang diterima.
Apabila karya terjemahan itu laku dijual selama 20 tahun, maka tiap-tiap tahun selama 20 tahun penterjemah akan menerima royaltinya.
Buku Aisyah ini adalah banyak karya terjemahan terbitan PTS di mana penterjemahnya memilih bayaran cara royalti.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Puan Ainon,
Apakah ciri-ciri buku yang diterjemahkan? Sekiranya seseorang berminat untuk membuat terjemahan, adakah terdapat kursus-kursus yang diadakan di Malaysia?
Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seorang penterjemah dan kemahiran-kemahiran yang perlu dia pelajari dan kuasai ?
Terima kasih
Post a comment